Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Helmi Aziz April 21, 2022 2 minutes read
1670446.jpg

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Khamis berikutan jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat akan datang pada awal Mei ini, kata penganalisis.

Pada 9 pagi ini, ringgit yang mencecah paras terendah dalam tempoh 22 bulan pada akhir urus niaga Rabu, terus menyusut kepada 4.2830/2890 berbanding dolar AS daripada 4.2800/2830, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangkakan diniagakan rendah hari ini ketika penggiat pasaran memberi tumpuan terhadap langkah Fed yang seterusnya.

“Malam ini, Pengerusi Fed Jerome Powell akan bercakap sebagai panelis pada seminar Tabung Kewangan Antarabangsa. Beliau mungkin memberi penekanan untuk menjelaskan pendirian Fed mengenai langkah mengetatkan lagi dasar monetari sedia ada.

“Selain itu, terdapat jangkaan bahawa kadar inflasi mungkin mencecah paras kemuncaknya tidak lama lagi, namun ini pun masih terlalu awal,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, gangguan bekalan akibat sekatan pergerakan di beberapa bahagian di China akan turut memberi tekanan harga dan menjejaskan aspek penghantaran penting di serata global.

“Ini ditambah pula dengan konflik ketenteraan berterusan Rusia-Ukraine yang menyebabkan harga komoditi meningkat.

“Ringkasnya, pasaran pertukaran asing amat sensitif terhadap sebarang ketidaktentuan yang ketara. Berikutan itu, para penggiat pasaran akan mencari perlindungan dengan memilih mata wang selamat seperti dolar AS,” katanya.

Kalangan penggiat pasaran terbabit juga akan memantau indeks harga pengguna Malaysia bagi Mac yang dijadual diumumkan esok.

Sementara itu, Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, ringgit berkemungkinan mendapat sedikit sokongan hari ini apabila hasil Perbendaharaan AS susut manakala dolar AS lebih rendah berbanding yen Jepun.

“Oleh itu, yuan yang mempunyai kaitan rapat dengan ringgit, akan lemah jika pihak People’s Bank of China (PBoC) terus menyebabkan penurunan yuan bagi meningkatkan eksport.

“Secara idealnya, ringgit akan mencatat prestasi lebih baik jika PBoC mengurangkan kadar faedah bagi merangsang pertumbuhan domestik serta import dan itu masih belum berlaku,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1380/1426 daripada 3.1371/1398 semalam namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.3427/3476 daripada 3.3432/3458.

Unit tempatan itu rendah berbanding pound Britain kepada 5.5910/5989 daripada 5.5781/5820 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6415/6480 daripada 4.6468/6501. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Perkasa agenda penyatuan, kekuatan ummah
Next: Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.