Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Helmi Aziz February 10, 2022 2 minutes read
1492334.jpg

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kekurangan minat belian menjelang data mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat Malaysia yang akan dikeluarkan pada Jumaat, kata penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1840/1870 berbanding dolar AS daripada 4.1825/1850 pada Rabu.

Penganalisis itu berkata, pelabur berada dalam sentimen berhati-hati berikutan lonjakan kes harian Covid-19 yang telah mempengaruhi pergerakan ringgit.

Pada Rabu, dilaporkan bahawa jumlah kes Covid-19 negara meningkat kepada 17,134 kes baharu daripada 13,944 kes dicatatkan pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan pergerakan di Wall Street malam Rabu, ringgit Malaysia boleh meningkat pada Khamis.

“Ekuiti penanda aras seperti Standard and Poor’s 500 serta Nasdaq, masing-masing naik 1.45 peratus dan 2.08 peratus malam pada Rabu berikutan laporan pendapatan yang lebih baik daripada jangkaan daripada Disney dan beberapa syarikat teknologi lain.

“Sementara itu, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh 10 tahun susut sebanyak dua mata asas kepada 1.94 peratus walaupun Indeks Harga Pengguna pada Januari dijangka melebihi tujuh peratus tahun ke tahun,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, katanya ringgit boleh berada antara RM4.17 dan RM4.18 berbanding dolar AS pada Khamis.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6203/6229 daripada 3.6250/6275 pada Rabu, naik berbanding pound kepada 5.6622/6663 daripada 5.6765/6799 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7769/7803 daripada 4.7785/7814.

Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1173/1197 daripada 3.1148/1169 sebelum ini. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: redONE sasar jualan RM600 juta
Next: Teraju masih relevan bantu pengukuhan sosioekonomi Bumiputera

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.