Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila para pelabur menjangkakan perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China akan terus berlarutan, kata seorang peniaga

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1550/1600 pada Rabu.

Presiden AS Donald Trump dilaporkan memberi tahu media pada Rabu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang tarikh khusus bagi memulakan rundingan perdagangan antara AS-China.

Pada paras pembukaan, ringgit bagaimanapun diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0448/0475 daripada paras penutup 3.0446/0492 pada Rabu, meningkat berbanding yen kepada 3.8352/8391 daripada 3.8376/8426 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6972/7027 daripada 4.7064/7137.

Berbanding pound Britain, ringgit meningkat kepada 5.2820/2862 daripada paras penutup 5.2922/2003 pada Rabu. – Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *