Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Proton lancar X70 CKD dengan lima naik taraf
  • ACTIVITY

Proton lancar X70 CKD dengan lima naik taraf

Helmi Aziz February 18, 2020 3 minutes read
621106.jpg

KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini secara rasmi melancarkan X70 CKD (pemasangan tempatan) dengan lima naik taraf utama.

Peningkatan itu membabitkan pemasangan enjin petrol yang lebih baik, 1.8-liter turbo dengan sistem suntikan terus (TGDi) serta klac berkembar.

Pengeluar kereta itu turut memperkenalkan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan (7-DCT) bagi menggantikan transmisi automatik (6AT) enam kelajuan yang dipasang ke atas model import sepenuhnya (CBU), sebelum ini.

Teknologi 7-DCT adalah produk proprietari Zhejiang Geely Holding Group (Geely), telah dibangunkan dengan kerjasama Volvo.

Enjin 1.8 L TGDi menjana pecutan 181 kuasa kuda (135 kilowatts) pada 5,500 putaran per minit (RPM) dan apabila digabungkan dengan klac berkembar basah ia meningkatkan tork sebanyak lima peratus kepada 300 Newton meter (NM) pada 1750-4000 RPM serta menurunkan penggunaan bahan api sebanyak 13 peratus kepada 7.6 liter setiap 100km.

Tiga naik taraf lain adalah but belakang elektrik dengan sensor kaki, kerusi hadapan dengan sistem pengudaraan dan tempat duduk belakang yang boleh direbahkan.

Naik taraf termasuklah kerusi hadapan dengan sistem pengudaraan dan tempat duduk belakang yang boleh direbahkan. - Foto Bernama

Naik taraf termasuklah kerusi hadapan dengan sistem pengudaraan dan tempat duduk belakang yang boleh direbahkan. – Foto Bernama

Peningkatan ini telah diuji semasa sesi pemanduan media dari ibu negara ke Kuantan pada minggu lepas.

X70 ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard 2WD (RM94,800 di atas jalan tanpa insurans), Eksekutif 2WD (RM106, 800), Premium 2WD (RM119,800) dan Premium X 2WD (RM122, 800), yang dilengkapi dengan bumbung panorama.

Semua varian telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP, dan dilengkapi dengan unit hiburan pintar berdasarkan paparan ‘Geely’s Global Key User Interface’ (GKUI), dengan arahan suara “Hi PROTON” melalui e-SIM yang membolehkan sambungan internet melalui pelan data mudah alih.

Ia didatangkan dalam snow white, armour silver, jet grey, ruby red, cinnamon brown dan warna terbaharu, space grey.

Eksekutif Program Kenderaan Proton (kejuruteraan dan teknikal) Shariffudin Mustaffa ketika ditemui semasa sesi ujian pemanduan berkata, transmisi baharu ini mampu meningkatkan lagi kecekapan X70.

“Sistem 7-DCT, dengan tindak balas pecutan dan tenaga yang dipertingkatkan, membolehkan kemampuan lebih baik bagi pemanduan model baharu ini.

“Klac berkembar basah juga menawarkan respons yang lebih lancar serta penukaran gear yang cepat, licin dan cekap termasuk kemampuan tork pemanduan pendakian,” katanya.

Shariffudin Mustaffa. - Foto Bernama

Shariffudin Mustaffa. – Foto Bernama

Shariffudin yang merupakan Ketua Projek Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) X70 berkata, pengeluaran SUV X70 CKD sedang berjalan dengan lancar di kilang Tanjung Malim, Perak.

“Dengan kapasiti maksimum sebanyak 150,000 unit setahun melalui barisan pengeluaran berbilang model, fasiliti canggih ini tidak mempunyai masalah untuk memenuhi sebarang peningkatan mendadak dalam permintaan,” katanya.

Model SUV pertama jenama itu, yang dibuat berdasarkan Boyue Geely telah dipasarkan di Malaysia sejak hujung 2018 sebagai kenderaan CBU.

Perkongsian Proton-Geely menjual hampir 29,000 unit CBU setakat ini.

X70, SUV mewah paling popular dalam segmen C di Malaysia pada tahun lalu dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019 dan diiktiraf sebagai Kenderaan Lima Tempat Duduk Terbaik SUV/Crossover Sederhana pada anugerah Kereta Terbaik Malaysia Ke-18 pada bulan lepas. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Proton sasar X70 catat jualan lebih baik pada 2020
Next: Angkasa sasar 3,000 outlet BA100 tahun ini

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.