Proton jual 141,900 unit kereta dalam 11 bulan

Proton jual 141,900 unit kereta dalam 11 bulan

Model Proton Saga, Iriz, Persona, Exora mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 34.3 peratus berbanding jumlah jualan tahunan 2022. Gambar kanan: Roslan

Model Proton Saga, Iriz, Persona, Exora mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 34.3 peratus berbanding jumlah jualan tahunan 2022. Gambar kanan: Roslan

PROTON Holdings Bhd (Proton) berjaya melepasi jumlah jualan tahunan dengan menjual sebanyak 141,900 unit berbanding 141,432 unit pada tahun lalu.

Pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pertumbuhan sebanyak 12 peratus berbanding tahun ke tahun membawa kepada pegangan pasaran yang stabil iaitu 19.7 peratus.

“Jumlah jualan tahunan syarikat sehingga bulan November ialah sebanyak 141,900 unit.

Sebanyak 138,876 unit daripadanya merupakan jualan domestik dan selebihnya (3,024 unit) eksport.

Sumber