Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Promosi hebat menanti pelanggan
  • ACTIVITY

Promosi hebat menanti pelanggan

Helmi Aziz April 20, 2022 4 minutes read
1669080.jpg

KAJANG – Promosi hebat dan menarik menanti pelanggan yang berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Bandar Seri Putra, Iflahatul Ummah Satuhan berkata, pelanggan berpeluang mendapat diskaun 10 peratus untuk pemegang kad Watsons selain pulangan tunai sekiranya membeli-belah di rangkaian pusat pakaian tersebut.

Menurutnya, promosi itu antara tarikan yang ditawarkan tahun ini sekali gus memastikan pelanggan dapat membeli keperluan hari raya dengan harga berpatutan.

“Untuk tahun ini kami bekerjasama dengan Watsons dan pelanggan yang mempunyai kad Watsons bakal mendapat diskaun 10 peratus apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM1 di mana-mana cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari.

Pusat Pakaian Hari-Harian menawarkan paket raya dan beg woven untuk pembelian RM100 dan RM200 dalam satu resit. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pusat Pakaian Hari-Harian menawarkan paket raya dan beg woven untuk pembelian RM100 dan RM200 dalam satu resit. – Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Selain itu, kita juga ada pulangan tunai sekiranya pelanggan menggunakan Maybank QRPay. Malah, jika pelanggan buat pembelian RM100 ke atas, mereka akan diberi paket sampul raya manakala pembelian RM200 ke atas menerima beg woven percuma.

“Pusat Pakaian Hari-Hari memang sudah terkenal dengan harga pakaian yang berpatutan dan ditambah pula pulangan tunai serta diskaun, maka ia sangat berbaloi kepada pelanggan.

“Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pulangan tunai dan diskaun di semua cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Pakaian Hari-Hari cawangan Bandar Seri Putra pada Selasa.

Menurutnya, diskaun 10 peratus Watsons itu akan berlangsung sehingga 30 Jun ini manakala untuk pulangan tunai Maybank QRPay pula akan berakhir pada 31 Mei.

Selain itu katanya, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Pusat Pakaian Hari-Hari masih mengekalkan tema sedondon yang sinonim dengan rakyat di negara ini terutama pada musim perayaan.

Lebih menarik lagi, Pusat Pakaian Hari-Hari turut menawarkan kurta daripada saiz bayi sehingga saiz dewasa yang pastinya akan menjadi pilihan setiap keluarga.

Pelbagai rekaan pakaian menanti pengunjung dengan tema sedondon. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pelbagai rekaan pakaian menanti pengunjung dengan tema sedondon. – Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Kita masih mengekalkan tema sedondon. Walaupun rekaan tidak sama, tetapi kami akan pastikan setiap keluarga yang datang akan mendapat warna yang sedondon.

“Pilihan warna kali ini juga lebih menarik. Sebelum ini kami lebihkan kepada warna gelap, tetapi tahun ini penggunaan warna pastel dan lembut menjadi tema bagi mengikut trend semasa.

“Ia memberikan lebih banyak pilihan dan sudah tentu akan memberikan satu kepuasan kepada pelanggan yang berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari,” katanya.

Serbu sebelum Ramadan

Menurut Iflahatul Ummah, kehadiran pelanggan ke Pusat Pakaian Hari-Hari mengalami peningkatan mendadak berbanding ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang dua tahun lalu.

Iflahatul Ummah. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iflahatul Ummah. – Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Kita sedia maklum sepanjang dua tahun PKP, aktiviti dihadkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Apabila diumumkan 1 April SOP sudah dilonggarkan, suasana menjadi sangat berbeza dan orang ramai mula teruja.

“Pelanggan mula datang membelisebelum Ramadan lagi dan kenaikan jumlah pelanggan boleh dikatakan hampir 80 peratus.

“Namun, kita menjangkakan lebih ramai yang akan datang membeli pada saat akhir dan kami sudah berasedia untuk menerima pelanggan. Insya-ALLAH stok Pusat Pakaian Hari-Hari untuk baju raya kali ini mencukupi,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tetap menjaga SOP semasa membeli-belah bagi memastikan Covid-19 dapat dibendung.

Pakaian lelaki pelbagai warna dan rekaan untuk digayakan pada Aidilfitri. - Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pakaian lelaki pelbagai warna dan rekaan untuk digayakan pada Aidilfitri. – Foto MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Meskipun kita dalam fasa peralihan endamik, namun kesihatan dan SOP tetap perlu dijaga. Pelanggan perlu sentiasa pakai pelitup muka dan sanitasi tangan apabila masuk ke premis kami.

“Dalam keterujaan untuk sambut hari raya serta membeli-belah di cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari, kita perlu ingat bahawa virus Covid-19 ini masih ada dan kita perlu sentiasa berwaspada,” katanya.


INFO


– Pelanggan berpeluang mendapatkan paket raya dan beg woven untuk pembelian RM100 dan RM200 dalam satu resit.

– Pusat Pakaian Hari-Hari sudah mempunyai 90 cawangan di seluruh Malaysia.

– Tiga cawangan terbaharu dibuka di Pasir Puteh, Masjid Tanah dan Bandar Seri Putra.

– Pusat Pakaian Hari-Hari akan membuka empat lagi cawangan tahun ini di Bangi, Bukit Mertajam, Sepang dan Padang Serai.

– Pelanggan boleh melayari www.hari.com.my/locator untuk mengetahui lokasi cawangan.

– Untuk membeli secara dalam talian, pelanggan boleh melayari www.ehari.com.

– Pelanggan juga boleh mendapatkan promosi dan perkembangan terkini di Facebook @harihari atau Instagram @harihariofficial.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia Mampu Anjur Expo Dunia, Pantas Bawa Masuk Program Antrabangsa Pasca Pandemik
Next: Pertandingan Ratu Cantik Antarabangsa Miss & Mrs Peace and Culture 2022

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.