Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Community
  • Program Alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ 2024 Cipta Memori
  • Community

Program Alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ 2024 Cipta Memori

Helmi Aziz July 16, 2024 2 minutes read
WhatsApp Image 2024-07-16 at 4.12.16 PM

Pusat alumni di institut pendidikan menunjukkan pentingnya sumbangan dari bekas pelajar kepada institusi tersebut. Program Alumni ‘Sirih Pulang ke Gagang’ 2024 SMV/SMT/KV ERT Setapak Kuala Lumpur dianjurkan oleh pengurus pusat alumni Kolej Vokasional ERT Setapak untuk mempereratkan hubungan di antara alumni, serta memupuk kesejahteraan komuniti vokasional dengan lebih efektif.

Program ini merupakan yang pertama kali diadakan di perkarangan Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur, berhasil mengumpulkan 45 batch alumni dari tahun 1975 hingga 2023, dengan kehadiran lebih dari 400 orang. Acara ini turut dihadiri oleh Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak, Puan Hajjah Majmin Md. Noor, Dato’ Zainuri (Pengasas Nurizz Kosmetik dan Pengerusi Alumni), serta Rasta Rashid (Pengasas Rasta Creation).

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara bekas pelajar serta mengenang kenangan yang berharga, sekaligus meneruskan warisan di mana alumni dapat memberi inspirasi kepada masyarakat.

Alumni SMV/SMT/KV telah menghasilkan banyak tokoh korporat dan figur terkenal di Malaysia, seperti perancang fesyen selebriti, model antarabangsa, pensyarah terkemuka, chef di hotel berbintang 5, pemilik kosmetik terkenal, jurusolek artis ternama, dan pengarah-pengarah syarikat.

Idea untuk mengadakan program ‘Sirih Pulang ke Gagang’ ini berasal dari Puan Hajjah Majmin Md. Noor, Pengarah Kolej Vokasional ERT Setapak. “Selain mengumpulkan semua bekas pelajar, kami juga sedang menggalakkan pengumpulan dana untuk meningkatkan perpustakaan sekolah vokasional. Jika ada sisa dana, ia akan digunakan untuk keperluan lain di sekolah,” jelas Rasta Rashid.

“Kami sengaja tidak mengadakan program ini di hotel kerana tidak semua dapat menanggung kos yang tinggi. Dengan menggunakan dewan di Kolej Vokasional, kos dapat dikurangkan dan kemudahan lain juga tersedia di tempat ini,” tambah beliau.

Menurut Dato’ Zainuri, tujuan program ini adalah untuk menghimpunkan bekas pelajar yang berjaya. “Kami ingin menunjukkan bahawa alumni vokasional dapat mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka. Wabak Covid-19 juga menunjukkan bahawa kemahiran saya dalam masak membantu saya untuk menghasilkan pendapatan yang mencukupi,” katanya.

Bagi perancangan masa hadapan, Dato’ Zainuri berharap untuk menubuhkan Persatuan Anak-Anak TVET di Malaysia. Tiket untuk menyertai program ini dijual dengan harga RM100 untuk setiap peserta.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PERSATUAN HOTEL BAJET & BISNES MALAYSIA BEKERJASAMA DENGAN VENDFUN SDN. BHD. UNTUK MEMACU INOVASI HOTEL PINTAR DI MALAYSIA
Next: Majlis Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Diadakan di Kuala Lumpur

Related Stories

Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Contractors
  • Business & Industry
  • Community
  • Construction
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Real Estate

Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries

Farihin Azlan May 7, 2026
PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.