Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • PNB umum dividen 4.3 sen
  • ACTIVITY

PNB umum dividen 4.3 sen

Helmi Aziz March 30, 2022 2 minutes read
1644823.jpg

KUALA LUMPUR – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan dividen masing-masing sebanyak 4.30 sen dan 4 sen bagi dua dana harga tetapnya, iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

Dalam satu kenyataan pada Rabu, ASNB, berkata jumlah pembayaran pengagihan pendapatan bagi kedua-dua dana itu berjumlah RM1.39 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2022.

Daripada jumlah itu, ASB 2 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM514.5 juta, kepada 481,030 pemegang unit yang kini memiliki 11.96 bilion unit.

Sementara itu, ASM mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM883.5 juta, iaitu kepada 567,904 pemegang unit dengan pegangan 22.09 bilion unit.

“Sehingga 22 Mac 2022, ASB 2 merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM563.93 juta, manakala ASM mencatatkan RM1.03 bilion,” katanya.

PNB berkata, pengagihan pendapatan ASB 2 dan ASM bersamaan dengan jumlah pulangan masing-masing sebanyak 4.30 peratus dan 4.00 peratus, yang kedua-duanya mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 1.85 peratus sebanyak 245 mata asas untuk ASB 2 dan 215 mata asas untuk ASM.

“Pendapatan bagi kedua-dua dana ini diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa, yang secara umumnya didorong oleh pembukaan semula ekonomi di kebanyakan negara seiring kita menuju ke fasa endemik.

“Kedua-dua dana ini juga meraih keuntungan menerusi strategi kepelbagaian portfolio dengan peningkatan peruntukan dalam pelaburan antarabangsa,” katanya.

Bagi ASB 2, PNB berkata pelaburan antarabangsa meningkat kepada 18.7 peratus berbanding 15.7 peratus pada tahun lepas, dan untuk ASM ia naik 20.5 peratus berbanding 19.8 peratus pada 2021.

Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASB 2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi setiap dana.

Jelas PNB, pengagihan yang diisytiharkan oleh dana-dana ini akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 April 2022.

“Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB bagi kedua-dua dana tersebut telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 23 hingga 31 Mac 2022 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.

“Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 April 2022,” tambahnya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Deftech, IDV tubuh pusat MRO tempatan
Next: Tidak rancang terbit CBDC borong, runcit

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.