Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • PNB sasarkan 150,000 pelawat MSAM 2019
  • ACTIVITY

PNB sasarkan 150,000 pelawat MSAM 2019

Helmi Aziz April 2, 2019 2 minutes read
251080.jpg

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) berharap untuk menarik 150,000 pelawat untuk Minggu Unit Amanah Malaysia 2019 (MSAM) Edisi ke-20 yang akan diadakan di Sungai Petani, Kedah pada 19-25 April depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, MSAM adalah acara unit amanah perdana yang dianjurkan secara tahunan oleh PNB yang bertujuan untuk meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia dan telah menarik kira-kira 3.8 juta pengunjung sejak penubuhannya pada 2000.

“Acara itu bergerak antara negeri ke negeri dan sejak kebelakangan ini, ia telah berpindah ke bandar-bandar sekunder selepas penyampaiannya meliputi semua ibu-ibu negeri selesai,” katanya kepada pemberita pada pelancaran MSAM 2019 di sini hari ini.

Pada tahun lepas, ia telah berlangsung di Batu Pahat, Johor dan telah menarik pengunjung seramai lebih 216,800 orang.

Beliau berkata, MSAM 2019 kali ini telah dianjurkan secara usaha sama dengan Kerajaan Negeri Kedah dan lokasi Sungai Petani telah dicadangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Terdapat satu juta pemegang unit (Amanah Saham) di Kedah yang melanggan sejumlah 13.5 bilion unit,” katanya.

Sempena MSAM tahun ini, PNB juga memperkenalkan logo MSAM yang baharu, mencerminkan kerjasama rapat antara kerajaan, pemegang-pemegang unit dan PNB.

MSAM 2019 akan menyediakan pelbagai platform serta aktiviti untuk para pengunjung menerokai dan memahami perjalanan pelaburan mereka.

“Terdapat juga pameran membabitkan semua syarikat-syarikat strategik PNB, di mana orang ramai boleh melihat kekuatan syarikat-syarikat pelaburan yang mereka buat melalui pemegangan unit amanah mereka dengan Amanah Saham Nasional Bhd.”

“Kami berharap melalui usaha ini, pemegang-pemegang unit serta masyarakat secara am, akan dapat meningkatkan kesedaran tentang hubung kait antara risiko dan pulangan,” katanya lagi.

Abdul Rahman berkata, MSAM 2019 ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi semua peringkat umur dan menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi, seperti Perodua Aruz, motorsikal Honda Dash dan iPhone.

“Mereka yang menyertai “e-Peraduan” berpeluang memenangi sebuah Ford Ranger 2.2 XLT, sebuah Toyota Vios 1.5 G atau motosikal Yamaha R25,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lambat jodoh bukan kehendak kita
Next: Solat anugerah hebat kepada umat Islam

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.