PGB lancar projek fasa kedua Pekan Sentral

PGB lancar projek fasa kedua Pekan Sentral

  • July 23, 2019
  • 0 comments
PARAGON Globe Berhad (PGB) melancarkan fasa kedua Pekan Sentral iaitu sebuah projek komersial pegangan bebas dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM126.1 juta.

Projek tersebut dibangunkan oleh Paragon Bizhub Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh PGB.

Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Godwin Tan Pei Poh berkata, Pekan Sentral adalah pembangunan komersial moden yang terletak di Taman Perindustrian Pekan Nenas di Pontian, Johor.

“Pekan Sentral mempunyai 158 unit pejabat kedai dua tingkat dan tiga tingkat kedai pejabat di atas tanah berkeluasan 6 hektar.

“Ia direka bentuk kontemporari yang bertujuan menyediakan potensi perniagaan tidak terhad kepada pelabur dan pemilik perniagaannya,” katanya pada pelancaran projek berkenaan di sini baru-baru ini.

Godwin berkata, Pekan Sentral fasa kedua itu dilancarkan susulan kejayaan fasa pertamanya yang diperkenalkan pada November 2017.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge