Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Petronas bayar dividen khas RM30 bilion
  • ACTIVITY

Petronas bayar dividen khas RM30 bilion

Helmi Aziz March 8, 2019 2 minutes read
215951.jpg

PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) akan membayar dividen sebanyak RM54 bilion kepada kerajaan termasuk dividen khas RM30 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2018, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin hari ini.

Bercakap kepada pemberita pada sesi taklimat mengumumkan prestasi kewangan dan suku keempat 2018 syarikat itu di sini, hari ini, beliau berkata, dividen khas itu akan dibayar secara berperingkat sepanjang tempoh 2019, bermula pada Januari.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, kerajaan menjangkakan akan menerima dividen khas sebanyak RM30 bilion daripada Petronas dan menjadikan hasil Kerajaan Persekutuan berjumlah RM261.8 bilion atau 17.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2019.

Bayaran dividen khas daripada keuntungan Petronas itu akan digunakan sepenuhnya bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik cukai yang dianggarkan RM37 bilion merangkumi cukai pendapatan sebanyak RM18 bilion dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan berjumlah RM19 bilion.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2018 (FY18), keuntungan bersih Petronas meningkat sebanyak 22 peratus kepada RM55.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2018 daripada RM45.5 bilion pada 2017, didorong oleh peningkatan hasil serta kiraan semula susut nilai aset bersih.

Sebahagian daripada peningkatan itu diimbangi oleh kos produk serta pengeluaran bersih lebih tinggi, susut nilai dan pelunasan dan perbelanjaan cukai.

Hasil bagi 2018 meningkat sebanyak 12 peratus kepada RM251 bilion daripada RM223.6 bilion dalam tahun kewangan 2017, disebabkan terutamanya purata harga direalisasi lebih tinggi bagi semua produk utama namun sebahagiannya diimbangi oleh kesan pengukuhan ringgit berbanding dolar US serta jumlah jualan lebih rendah terutama bagi gas asli cecair (LNG).

Aliran tunai daripada kegiatan operasi pula meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM86.3 bilion daripada RM75.7 bilion pada 2017. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Apakah amalan yang sesuai dilakukan pada bulan Rejab?
Next: Umat Islam jangan perlekeh, wajib bimbing saudara baharu

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.