Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Perangsang Selangor fokus empat sektor perniagaan
  • ACTIVITY

Perangsang Selangor fokus empat sektor perniagaan

Helmi Aziz May 27, 2019 2 minutes read
331626.jpg

SYARIKAT pegangan pelaburan, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor) akan menumpukan empat sektor perniagaan bagi menjayakan Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) syarikat itu.

Pengerusinya, Raja Shahreen Raja Othman berkata, sektor tersebut adalah perkilangan, perdagangan, pelesenan serta infrastruktur yang dilihat mampu meningkatkan potensi syarikat pada masa akan datang.

“Langkah ini juga dibuat berikutan kita tidak lagi terbabit dalam industri air selepas menjual semua kepentingan dalam Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH Holdings) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), baru-baru ini.

“Menerusi pengambilalihan yang dilakukan sejak pelaksanaan BTP pada 2016, kami berusaha memperluaskan lagi jangkauan di peringkat global selain memastikan aspek geografi, sektor dan produk dapat dipelbagaikan. Gabungan usaha itu akan memperkukuh lagi kedudukan Perangsang Selangor dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di sini, baru-baru ini.

Raja Shahreen berkata, pihaknya yakin langkah itu dapat menjana pulangan lebih tinggi bukan sahaja kepada Perangsang Selangor, tetapi juga untuk para pemegang saham syarikat tersebut.

“Selain itu, Perangsang Selangor akan turut memuktamadkan pengambilalihan Toyoplas Manufacturing (Malaysia) menerusi undian pemegang saham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada akhir Julai ini.

“Kita sudah memeterai perjanjian perkongsian jualan bersyarat dengan Toyoplas Consolidated Ltd bagi tujuan pengambilalihan itu sebelum ini,” katanya.

Pada 24 April lalu, syarikat bersekutu milik 30 peratus Perangsang Selangor, SPLASH Holdings menerima tawaran pengambilalihan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) daripada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Tawaran itu melalui perolehan 50,000,000 saham biasa bernilai RM1.00 sesaham dan 350,000,000 Saham Pinjaman Tanpa Cagaran Boleh Tebus di dalam SPLASH untuk balasan tunai sebanyak RM2.55 bilion pada 9 Ogos 2018. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hapuskan kolesterol dengan kacang bendi
Next: Tudung bawal RM50,000, paling mahal di dunia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.