Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pengumuman Dasar Automotif Nasional baharu suku kedua
  • ACTIVITY

Pengumuman Dasar Automotif Nasional baharu suku kedua

Helmi Aziz April 8, 2019 2 minutes read
259846.jpg

KERAJAAN dijangka mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) yang disemak semula pada suku kedua 2019, ia memperkenalkan beberapa langkah meningkatkan daya saing industri melalui trend teknologi masa depan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming berkata NAP baharu itu akan merangkumi Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV), Mobiliti sebagai Perkhidmatan dan Industri 4.0 serta juga, kecerdasan buatan.

“Kajian tersebut akan memberi tumpuan kepada arah mobiliti yang baharu serta trend dalam corak pemanduan, dan ia juga boleh disesuaikan mengikut penambahbaikan dalam pengangkutan awam termasuk menerokai pembangunan vendor dalam ekosistem berkaitan,” katanya kepada pemberita semasa Bengkel Pembangunan Bandar dan E – Mobiliti anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) di sini hari ini.

Program berkenaan juga turut ditaja oleh Kementerian Persekutuan Jerman untuk Alam Sekitar, Pemuliharaan Alam Sekitar dan Keselamatan Nuklear, dengan kerjasama Dewan Perdagangan Malaysia-Jerman.

Turut hadir ialah Duta Jerman ke Malaysia, Nikolaus Graf Lambsdorff.

Menurut Ong lagi, terdapat kira-kira 30 juta kenderaan berdaftar di Malaysia dan jumlah ini dijangka berganda menjelang 2030.

Malaysia mahu mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan dengan meningkatkan tahap kecekapan ekonomi bahan api di Malaysia menjelang 2025, selaras dengan Pelan Hala Tuju Ekonomi Bahan Api ASEAN sebanyak 5.3 liter setiap 100 kilometer.

Pengurangan dalam pelepasan karbon adalah sejajar dengan pembangunan ekosistem e-mobiliti di Malaysia dan beliau menambah, kerjasama antarabangsa adalah amat penting untuk merealisasikan sasaran tersebut dan Jerman adalah rakan kongsi yang sesuai bagi inisiatif e-mobiliti Malaysia.

“Syarikat Jerman boleh menyumbang melalui pengetahuan teknikal dan profesional untuk menerajui piawaian terbaik bagi konsep kelestarian dan bandar di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata Malaysia berhasrat untuk membangunkan sebuah ekosistem mobiliti dengan infrastruktur mobiliti yang menyeluruh, terancang serta pintar, disokong dengan pembangunan bakat dan kapasiti perniagaan yang berupaya menampung matlamat itu.

“Jerman memiliki sejarah inovasi teknologi lestari yang unggul dan ini adalah satu contoh terbaik untuk Malaysia ikuti, terutamanya mobiliti dalam pembangunan perniagaan dan pembangunan bakat melalui perkongsian awam-swasta antara peneraju industri, anggota akademik dan kerajaan” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kenali keunikan Masjid Negeri Pulau Pinang
Next: Pameran istimewa Bata sempena ulang tahun ke-125

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.