Penerbangan Malaysia-Singapura dijangka pulih suku pertama 2023

Penerbangan Malaysia-Singapura dijangka pulih suku pertama 2023

Riad (enam dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes pada majlis meraikan penyambungan semula penerbangan AirAsia ke T4 Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Khamis.

KUMPULAN syarikat penerbangan di bawah Capital A, AirAsia Berhad menyasarkan pengoperasian semula laluan Malaysia-Singapura pulih sepenuhnya menjelang suku pertama tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Berhad, Riad Asmat berkata, penerbangan antara kedua negara pada ketika ini melibatkan 15 pesawat setiap hari menerusi beberapa lokasi antaranya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sibu dan Kota Kinabalu.

Riad Asmat

Riad Asmat

“Menjelang Disember tahun ini, kita jangka penerbangan Malaysia-Singapura akan pulih sehingga 86 peratus.

“Kini kita sedang melaksanakan penerbangan seperti sebelum Covid-19, iaitu 15 penerbangan dari Malaysia ke Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan pada Disember nanti diharap dapat mencapai 20 penerbangan sehari,” katanya.

AirAsia meraikan penyambungan semula pengoperasian penerbangannya ke T4 Lapangan Terbang Antrabangsa Changi pada Khamis dengan pesawat pertama dari Kuala Lumpur mendarat pada jam 8.30 pagi tadi.

AKAN MENYUSUL

Sumber