Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pendekatan mampan penting untuk pemulihan industri penerbangan
  • ACTIVITY

Pendekatan mampan penting untuk pemulihan industri penerbangan

Helmi Aziz February 5, 2022 2 minutes read
1439187.jpg

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyeru kepada pendekatan yang lebih mampan untuk membantu industri penerbangan di rantau ini pulih daripada kesan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

Sekatan perjalanan hanya boleh diterima pada peringkat awal wabak dan sejak dua tahun lepas, Malaysia telah belajar menguruskan Covid-19 dengan penggunaan topeng, penjarakan sosial serta vaksin.

“Apabila kes-kes mula berkurangan dan jejak penularan dapat dikesan, ia mewujudkan ruang pengkajian lebih mendalam mengenai virus berkenaan, seterusnya, hospital boleh bersedia dan vaksin diperkenalkan.

“Tetapi pengajaran utama yang meninggalkan kesan adalah kesia-siaan sekatan perjalanan jangka panjang,” beliau berkata dalam akaun LinkedIn miliknya pada Sabtu.

Fernandes menjelaskan bahawa sekatan perjalanan nampaknya masih kekal walaupun keperluannya tidak menampilkan perbezaan ketara.

“Selepas virus atau sesuatu varian bebas beredar dalam negara, apa-apa jangkitan yang diimport hanya mewujudkan sedikit perbezaan kepada beban penyakit tetapi rakyat lebih menderita akibat kesan sosial dan impak sekatan susulan sekatan perjalanan,” katanya.

Katanya, satu lagi isu adalah orang masih mendapat kebenaran untuk menyeberangi sempadan seperti pekerja penting dan diplomat.

“Australia dan New Zealand mungkin berjaya melaksanakan sekatan perjalanan jangka panjang tetapi akhirnya menanggung kos yang amat besar khususnya ke atas hubungan global serta kesejahteraan rakyat mereka, ini tidak mampan.

“Pendekatan terbaik dan lebih mampan adalah untuk mempromosikan dasar kos efektif (vaksin serta penggalak) termasuk penggunaan logik,” kata Fernandes.

Beliau menjelaskan sekatan tidak boleh dikenakan hanya bagi memperlihatkan ketegasan, kerana sebarang langkah tersebut harus sentiasa bertujuan untuk dibuat penyesuaian dan mengurangkan gangguan. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit diunjur diniagakan pada paras semasa minggu depan
Next: RM1 bilion dana BRF bantu pulihkan PKS

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.