Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pendaftaran Perodua naik kepada 26,039 unit pada Ogos
  • ACTIVITY

Pendaftaran Perodua naik kepada 26,039 unit pada Ogos

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
1897232.jpeg

PENDAFTARAN kenderaan Perodua pada Ogos 2022 meningkat sebanyak 42 peratus kepada 26,039 unit berbanding 18,346 kenderaan dicatatkan pada Julai 2022 berikutan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, dari segi pengeluaran, Ogos adalah bulan terbaik setakat tahun ini dengan 28,036 unit dihasilkan, membawa kepada peningkatan yang baik dalam penghantaran untuk semua model.

Katanya, Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi (6,252 unit) dan Axia (4,857 unit).

“Kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami.

“Perodua Alza baharu kami menerima 51,000 tempahan setakat ini, dengan 7,682 unit telah didaftarkan pada Julai dan Ogos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal Abidin berkata, peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan kekurangan pekerja di peringkat operasi pembekalnya.

“Bagaimanapun, isu ini telah diatasi pada masa ini,” katanya.

Katanya, pihaknya turut memantau kenaikan harga bahan mentah pada masa ini dan bekerjasama dengan ekosistem mengenai cara terbaik untuk mengurangkan impak tersebut terhadap operasinya.

Bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini, Perodua menyaksikan kenaikan sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 kenderaan yang didaftarkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 104,933 unit didaftarkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Bagaimanapun, Zainal Abidin berkata, perbandingan bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini terganggu berikutan negara menjalani sekatan pergerakan antara 1 Jun 2021 dan 15 Ogos 2021, dan pada masa itu, semua operasi bukan keperluan telah digantung.

“Dari Januari hingga Ogos lepas, Perodua Myvi masih kekal sebagai model paling laris kami apabila 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MAJLIS Getah Malaysia jadi penganjur bersama IRGCE 2022
Next: Ringgit diunjur susut minggu depan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.