Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan penuh kegembiraan mengumumkan pelancaran koleksi terbaharu, “Raya Series“, yang berlangsung selama empat hari dari 9 hingga 12 Januari 2025 di Central i-City, Shah Alam. Acara ini bukan sahaja memperkenalkan koleksi eksklusif, tetapi juga menandakan pelantikan penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha. Pada masa yang sama, Amira turut melancarkan lagu baharunya yang berjudul “Bila Nak Kahwin”.
Lagu “Bila Nak Kahwin“, yang diterbitkan oleh Sony Music Malaysia dan kerjasama kreatif dengan Emiera Othman Ventures, dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025. Video muzik lagu pop ini pula akan disiarkan pada 11 Januari 2025, jam 3 petang. Lagu ini adalah hasil ciptaan oleh dua komposer terkenal, Iqie Hugh dan Omar K, bersama Amira Othman sendiri.

Pada acara pelancaran koleksi “Raya Series”, Varisha mengetengahkan fabrik eksklusif “Ultra Comfort Cotton Voile” yang direka dengan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelebihan kelembutan luar biasa, ketahanan tinggi, serta reka bentuk yang elegan. Ia sesuai untuk kegunaan harian mahupun acara khas. Ciri-ciri hebatnya termasuk mudah dibentuk, ringan, anti kedut, serta tidak memerlukan seterika, menjadikannya pilihan utama bagi wanita yang mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan penampilan.
Acara kemuncak pelancaran koleksi ini dijadualkan pada 11 Januari 2025, dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan membuat persembahan eksklusif, termasuk nyanyian lagu baharunya “Bila Nak Kahwin” serta beberapa lagu hitsnya seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”. Pengunjung juga berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman”, yang dijangka menarik ramai peminat.

Varisha juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti promosi seperti kempen media sosial, kerjasama dengan influencers dan Key Opinion Leaders (KOLs), serta liputan media untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama ini. Semua langkah ini bertujuan untuk memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang memberi inspirasi kepada wanita moden agar sentiasa yakin dan bergaya.
Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY“, Varisha Collection terus berkomitmen menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka merasa yakin dan selesa dalam setiap detik kehidupan.