Pasaran getah dijangka lengang minggu depan

PASARAN getah Malaysia dijangka menyaksikan dagangan lebih lengang pada minggu depan berikutan kekurangan petunjuk baharu dengan majoriti penggiat pasaran memberi tumpuan terhadap rundingan baharu perdagangan Amerika Syarikat-China.

Menurutnya, penyusutan ringgit berbanding dolar US juga dijangka menyokong permintaan serta mengekang penurunan harga yang berterusan.

“Kalangan peniaga akan menunggu untuk melihat kehadiran lebih banyak petunjuk pasaran yang jelas,” katanya.

Pemimpin China yang juga Naib Perdana Menterinya, Liu He dijadual mengunjungi Amerika Syarikat pada 30-31 Januari ini bagi menghadiri pusingan seterusnya rundingan dagangan Bejing-Washington.

Bagi minggu yang baru berakhir, harga getah kebanyakannya diniagakan lebih tinggi dan dipengaruhi oleh prestasi ringgit dan harga minyak mentah.

Pada asas mingguan Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk gred tayar SMR 20 susut 1.5 sen kepada 547.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan dua sen kepada 392.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi SMR 20 meningkat 3.5 sen kepada 547.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 0.5 sen kepada 392.0 sen sekilogram.- Bernama



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *