Pangoi buka cawangan keenam

BUTIK pakaian jenama tempatan Pangoi melancarkan pembukaan cawangan ke enam di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya, baru-baru ini.

Pengasas dan Pengarah Urusan Pangoi, Patrick Goi berkata, pembukaan cawangan baharu di lokasi starategik dengan nilai pelaburan kira-kira RM450,000 itu, mampu menarik lebih ramai pelanggan.

“Berkeluasan 1,788 kaki persegi, Pangoi menawarkan fesyen terkini dan trendi dengan mengetengahkan konsep batik yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelanggan terutama golongan muda.

“Saya yakin, melalui pembukaan cawangan baharu ini, ia dapat meningkatkan penguasaan pasaran. Pada masa sama, mendidik masyarakat mengenai pakaian batik kerana ia melambangkan simbol keunikan dan budaya negara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Patrick, selain pakaian, Pangoi juga menawarkan pelbagai pilihan beg tangan dan aksesori sesuai untuk golongan lelaki dan wanita bekerjaya dan inginkan penampilan lebih segar.

Dalam pada itu, Patrik merancang menambah cawangan ketujuh sebagai strategi mengukuhkan jenama di pasaran.

“Lokasinya masih di sekitar Lembah Klang dan kami jangka ia boleh memulakan operasi selepas sambutan Aidilfitri, Jun depan,” katanya.

Selain itu, Patrick juga merancang membuka cawangan lain di luar Lembah Klang seperti Melaka dan Johor.

“Melaka adalah sebuah negeri yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Manakala pembukaan di Johor dapat menarik pelanggan baharu terutama dari Singapura.

“Bagaimanapun kini, kami mahu fokus pada operasi enam cawangan selain merancang untuk mewujudkan sistem pembelian atas talian bagi memenuhi trend terkini,” katanya.



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *