Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Pakej rangsangan ekonomi: Sentimen pasaran meningkat
  • ACTIVITY

Pakej rangsangan ekonomi: Sentimen pasaran meningkat

Helmi Aziz February 18, 2020 3 minutes read
623246.jpg

BURSA Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan sentimen pasaran yang meningkat berikutan berita bahawa kerajaan akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi untuk menangani penularan Covid-19, pada 27 Februari ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.30 mata kepada paras tertinggi harian pada 1,544.46 daripada 1,539.16 semasa ditutup semalam.

Selepas dibuka rendah 0.44 mata kepada 1,538.72 pagi ini, indeks tempatan merosot kepada paras terendah harian pada 1,534.97.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 465 berbanding 330, dengan 427 kaunter tidak berubah, 756 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 2.67 bilion saham bernilai RM2.26 bilion daripada 2.73 bilion saham bernilai RM2.30 bilion semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada 27 Februari ini yang bertujuan untuk mengurangkan impak ekonomi luaran akibat Covid-19 terhadap Malaysia.

Guan Eng berkata, bantuan akan disalurkan kepada sektor-sektor yang terkesan bagi membolehkan ekonomi negara bangkit semula dengan sebaik mungkin dan menerima manfaat daripada pemulihan semula ekonomi yang dijangkakan berlaku setelah Covid-19 berakhir.

“Kerajaan akan membantu syarikat-syarikat yang terkesan, tetapi penekanan harus diletakkan terhadap usaha meneroka ruang pendapatan alternatif, seperti peralihan kepada penggalakan pelancongan domestik, dan mendapatkan sumber daripada pasaran lain.

“Ini juga melibatkan langkah mengekalkan daya tahan pasaran tenaga kerja tempatan selain memastikan infrastruktur fizikal dan perkhidmatan juga perlu kekal tersedia sewaktu kekurangan permintaan dalam jangka masa pendek,” kata Guan Eng

Mengenai saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.47, Tenaga meningkat 10 sen kepada RM12.68, Public Bank susut 18 sen kepada RM17.62 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.50.

Daripada saham aktif, MYEG meningkat dua sen kepada RM1.37, manakala Bumi Armada dan Ekovest, masing-masing naik 1.5 sen kepada 39.5 sen dan 76 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 42.19 mata kepada 11,066.08, Indeks FBMT 100 naik 40.05 mata kepada 10,853.00 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 71.75 mata kepada 11,899.03.

FBM 70 naik 63.52 mata kepada 14,071.02 dan FBM Ace meningkat 5.65 mata kepada 5,619.81.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.40 mata kepada 146.71, Indeks Perladangan meningkat 43.96 mata kepada 7,335.11, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.50 mata kepada 14,572.96.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.77 bilion saham bernilai RM2.02 bilion daripada 1.68 bilion saham bernilai RM2.05 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran susut kepada 357.40 juta unit bernilai RM56.48 juta daripada 385.82 juta unit bernilai RM62.42 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 537.41 juta saham bernilai RM177.27 juta daripada 660.45 juta saham bernilai RM184.52 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 261.90 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (228.48 juta), pembinaan (211.56 juta), teknologi (225.51 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (36.24 juta), hartanah (161.81 juta), perladangan (50.41 juta), REIT (21.38 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (384.12 juta), penjagaan kesihatan (43.23 juta), telekomunikasi dan media (37.89 juta), pengangkutan dan logistik (82.63 juta) dan utiliti (34.21 juta).-Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Wajibkah anak sindrom down berkhatan?
Next: Tip penjagaan papan induk

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.