Blog

  • Program Associate Trainers lahirkan asatizah, jurulatih #QuranHour

    Program Associate Trainers lahirkan asatizah, jurulatih #QuranHour

    YAYASAN Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) buat julung kalinya menganjurkan program Associate Trainers #QuranHour untuk melahirkan asatizah dan jurulatih #QuranHour.

    Berlangsung pada 10 November lalu di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor, para peserta yang terdiri daripada asatizah dan jurulatih bakal membawa al-Quran melalui baca, faham dan amal atau disebut Quran Tadabbur & Tazakkur (QTT) kepada masyarakat.

    Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program tersebut bertujuan untuk melahirkan pembawa panji al-Quran dan hadis sebagai ejen perubahan masyarakat dengan membawa nilai-nilai mulia tersebut.

    Katanya, mereka diharapkan membawa visi WUIF iaitu legasi akhlak al-Quran dan misi, berinterakasi dengan al-Quran secara total. Ia berdasarkan kepada Surah al-Tahrim, ayat 6 yang mengajak kita menyelamatkan diri dan keluarga daripada api neraka.

    “#QuranHour merupakan kempen berimpak tinggi yang diinisiatifkan oleh WUIF untuk menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

    “Usaha tersebut menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran dan hadis untuk membentuk kerangka fikir dan akhlak Muslim sejati, seterusnya membawa perubahan positif tamadun insan,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan baru-baru ini.

    Antara aktiviti terlibat seperti Kempen Keagungan al-Quran dalam mewujudkan kesedaran masyarakat kepentingan untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal al-Quran serta sunah melalui inisiatif World #QuranHour, Malaysia #QuranHour, New Year #QuranHour, World Convention Al-Kahfi dan Konvensyen Sahabah al-Quran.

    Selain itu, terdapat aktiviti QTT dalam penyelarasan kerangka fikir melalui #savingfamilies yang menyasarkan 3,000 ikon keluarga sebagai model dalam melaksanakan al-Quran dan sunah; #savinglegacy dalam melahirkan bangsa berbudi dan penyayang dan #savingthenation bagi mewujudkan Negara Rahmah, model Malaysia yang berpandukan al-Quran dan sunah.

    Misi Surah al-Rahman

    Marhaini berkata, misi #QuranHour pada 1441H /2020 yang membawa kempen Reboot Malaysia Harmony memilih Surah al-Rahman yang mengajak kita untuk mensyukuri empat nikmat iaitu din (al-Quran), al-Insan (penciptaan manusia), al-Bayaan (dapat menyampaikan rasa yang tidak memiliki makhluk) dan matahari serta bulan (penciptaan alam semesta).

    Menurut beliau, al-Rahman ialah nama ALLAH yang bermaksud Maha Pengasih membawa nilai compassion. Semoga nilai al-Quran yang diterapkan melalui surah berkenaan dapat membawa keharmonian kaum di Malaysia, seterusnya menjadi negara berbudi dan penyayang.

    Sementara itu Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail berkata, program Associate Trainer #QuranHour dapat melahirkan asatizah dan jurulatih yang boleh menyampaikan mesej al-Quran melalui kemahiran tadabbur dan tazakkur yang mudah, bersistematik dan praktikal.

    “Peserta akan mengikut beberapa latihan Training of Trainers kepada tiga peringkat iaitu tahap 1 yang melibatkan kemahiran tadabbur dan tazakkur, tahap 2 (penyelidikan dan pembangunan) dan tahap 3 (kemahiran penyampaian).

    “Program itu mengambil masa enam bulan hingga setahun selama enam siri perjumpaan atau kelas secara offline. Selain itu, mereka turut diberi tugasan secara offline dan online serta menjalani praktikal dalam program WUIF,” katanya.

    Program Associate Trainers #QuranHour memerlukan komitmen peserta untuk bersama membawa gelombang al-Quran dari Malaysia ke peringkat global bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.



    Sumber

  • Penyakit artritis psoriatik bukan setakat kulit bersisik

    Penyakit artritis psoriatik bukan setakat kulit bersisik

    ANDA MUSYKIL, DOKTOR JAWAB

    SOALAN 1

    DOKTOR, saya menghidap penyakit psoriasis. Sejak kebelakangan ini saya mendapat masalah sendi. Kadangkala ia berasa sakit. Doktor memaklumkan ia barangkali artritis psoriatik. Bolehkah doktor terangkan lebih lanjut tentang penyakit ini?

    – GADIS DERITA, MAWAR OTHMAN, 31, KAJANG SELANGOR

    JAWAPAN:

    CIK MAWAR, artritis psoriatik (PsA) adalah satu bentuk artritis kronik yang boleh dihidapi oleh sesetengah pesakit psoriasis.

    Gejala-gejala ringan hanya akan ‘marak’ sekali-sekala manakala gejala yang lebih teruk boleh menyebabkan kerosakan sendi jika tidak dirawat.

    Kebanyakan pesakit mengalami psoriasis terlebih dahulu dan kemudian artritis psoriatik. Pun begitu, masalah sendi kadangkala boleh bermula sebelum psoriasis muncul.

    Keadaan itu menjejaskan sendi besar, khususnya anggota bawah, sendi distal jari tangan dan jari kaki serta boleh membebankan bahagian belakang dan sendi sakroilium pelvis.

    Bagi orang yang hidup dengan artritis psoriatik, melakukan tugasan harian seperti membutangkan baju atau mengancing zip pakaian dan mengangkat benda berat adalah satu cabaran.

    Ia adalah satu bentuk keradangan artritis. Keadaan itu berlaku apabila sistem imun menyebabkan keradangan yang boleh mengakibatkan sendi bengkak, sakit dan kaku.

    Keadaan tersebut boleh dialami oleh penghidap psoriasis iaitu penyakit autoimun kronik yang menjejaskan kulit; biasanya dicirikan oleh tompok menebal yang diliputi sisik sel kulit mati berwarna putih.

    Penyakit genetik

    Dalam kalangan kira-kira 500,000 hingga 800,000 orang rakyat Malaysia mempunyai psoriasis, dianggarkan 15 hingga 20 peratus daripada mereka menghidapi artritis psoriatik.

    Seperti psoriasis, kemaraan artritis psoriatik berlaku tanpa diduga. Artritis psoriatik boleh terjadi pada bila-bila masa. Pun demikian, bagi kebanyakan orang, ia terjadi pada usia antara 30 dan 50 tahun.

    Oleh sebab artritis psoriatik adalah penyakit genetik, seseorang berkemungkinan besar untuk mengalami keadaan itu jika ahli keluarganya seorang penghidap keadaan yang sama.

    Gejala-gejala artritis psoriatik mungkin tidak sama bagi setiap pesakit.

    Antara gejala-gejala yang biasa termasuk sakit pada bahagian bawah belakang, lesu, kuku menggerutu, sendi bengkak, kaku dan jari tangan dan jari kaki bengkak.

    Jika keradangan tidak dikawal, daya pergerakan pesakit akan merosot dan menjejaskan kualiti hidup.

    Tiada cara sembuh, tetapi ada rawatan membantu

    SOALAN 2

    Doktor, saya telah disahkan oleh doktor bahawa menghidap artritis psoriatik. Saya begitu takut untuk menghadapi masa depan. Tambahan dengan pergerakan saya yang terbatas akibat sakit-sakit sendi yang dialami. Apakah rawatan untuk penyakit ini dan bolehkah ia dibiarkan?

    -JEJAKA GUSAR, ADAM JOHAN, 37, NILAI, NEGERI SEMBILAN

    JAWAPAN;

    TUAN, buat masa ini tiada cara untuk menyembuhkan artritis psoriatik, bagaimanapun terdapat rawatan untuk membantu mengawal gejala-gejala penyakit.

    Jangan dibiarkan sahaja keadaan itu. Jika artritis psoriatik dibiarkan tanpa dirawat, keradangan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sendi dan tisu yang boleh mengakibatkan kehilangan upaya!

    Hidup dengan artritis psoriatik sememangnya membawa pelbagai cabaran. Selain menderita kerana kesakitan, kekakuan dan kelesuan, penyakit itu juga tidak dinafikan boleh menjejaskan emosi pesakit.

    Kajian menunjukkan bahawa pesakit artritis psoriatik lebih besar kemungkinan mengalami kemurungan dan keresahan, berbanding pesakit yang menghidap psoriasis sahaja.

    Ada kalanya pesakit merasa kecewa dengan kehidupan kerana keadaan menyukarkan mereka untuk melakukan tugas-tugas mudah.

    Itu seterusnya akan menyebabkan tekanan yang boleh mengakibatkan kemaraan penyakit malahan kesakitan.

    Sesungguhnya pesakit artritis psoriatik perlu memahami keadaan mereka dan mendapatkan bantuan profesional di peringkat awal.

    Itu kerana diagnosis awal dan rawatan segera penting untuk mencegah kerosakan dan kehilangan fungsi sendi.

    Memahami bebanan yang ditanggung setiap hari oleh pesakit psoriasis and artritis psoriatik, Novartis berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap keadaan itu menerusi inisiatif pendidikan seperti bengkel ‘Get a Grip on Psoriatic Arthritis’ (Memahami dan Menangani Artritis Psoriatik).

    DR SARGUNAN bersama Miss Amazing Malaysia 2019 yang juga pesakit artritis psoriatik, Sofia Lovi Ramasamy, di bengkel Novartis bertujuan mendidik orang ramai tentang penyakit berkenaan.

    DR SARGUNAN bersama Miss Amazing Malaysia 2019 yang juga pesakit artritis psoriatik, Sofia Lovi Ramasamy, di bengkel Novartis bertujuan mendidik orang ramai tentang penyakit berkenaan.

    PROFIL

    Profesor Madya Dr Sargunan Sockalingam,

    Pakar Perunding Reumatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

    ***Artikel ini dibawakan oleh Novartis yang menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan inovatif bagi menangani keperluan pesakit dan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah.



    Sumber

  • Usah gundah jika diuji dengan kemiskinan

    Usah gundah jika diuji dengan kemiskinan

    AZLAN MUSTAFA (bukan nama sebenar) hidup dalam serba kekurangan dan agak miskin. Kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

    Begitupun, Azlan tidak pernah mengeluh dengan musibah yang diberikan kepadanya itu. Sebaliknya, dia berusaha keras untuk menyara isteri dan tiga orang anak mereka. Salah seorang daripada anaknya ditimpa penyakit yang sukar diubati.

    Bahkan, kudratnya sendiri tidak cukup kuat untuk melakukan kerja berat kerana pernah terlibat kemalangan jalan raya tiga tahun lalu yang membataskan segala pergerakannya. Dia hanya bekerja kampung seperti bercucuk tanam dan memotong rumput. Adakalanya dia akan membuat kerja-kerja sampingan seperti mencuci pinggan mangkuk di restoran.

    Isterinya pula tidak bekerja demi menjaga anaknya yang sakit. Cuma apabila berkelapangan, isteri Azlan akan membuat kuih untuk dijual di gerai berhampiran rumah mereka.

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang tepat bagi menggambarkan situasi Azlan. Pun begitu, lelaki itu tidak pernah kesal dengan kehidupan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta. Dia yakin di sebalik musibah itu, pasti terselit suatu hikmah.

    Penulis percaya, pasti ramai yang pernah berjumpa dengan insan berhati cekal seperti Azlah, bukan? Sesungguhnya sifat positif yang ada pada dirinya itu menjentik keinsafan dalam diri kita. Ada lagi orang yang lebih susah daripada kita.

    Namun, tidak semua orang mampu berdepan dengan situasi Sulaiman itu. Malah, ada khuatir jika dirinya ditimpa kemiskinan. Masakan tidak, manusia secara fitrahnya sukakan kebendaan.

    Kenapa ALLAH SWT menjadikan manusia itu ada yang kaya dan miskin? Benarkah orang miskin itu mudah masuk ke dalam syurga?

    Ujian

    Semua persoalan itu, Sinar Islam lontarkan kepada pendakwah Ustaz Mohd Hassan Adli Yahaya atau lebih dikenali sebagai Imam Muda Hassan.

    IMAM MUDA HASSAN

    IMAM MUDA HASSAN

    Ujar beliau, ALLAH SWT menjadikan hamba-NYA sama ada kaya atau miskin sebagai satu bentuk ujian dalam kehidupan.

    Firman ALLAH SWT: “Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan DIA Maha Perkasa, Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk, ayat 2)

    “Ujian itu, lain orang, maka lainlah bentuknya. Ada orang, ALLAH uji dengan kemiskinan, tetapi kelebihannya di tempat yang lain. Ada orang ALLAH jadikannya kaya, tetapi ada kekurangan di tempat lain.

    “Jika dalam kalangan hamba-NYA diuji dengan kemiskinan, ALLAH sebenarnya mengujinya bagaimana dia bersabar dan memperbaiki keadaan hidupnya untuk menjadi orang yang lebih baik. Sebaliknya, orang yang kaya pula, ALLAH hendak uji bagaimana cara dia bersyukur? Apakah dia mensyukuri atau dia kufur nikmat?

    “ALLAH SWT sebenarnya adil kepada hamba-hamba-NYA. Bahkan, DIA tidak zalim kepada hamba-hamba-NYA,” katanya kepada Sinar Islam baru-baru ini.

    Baik kaya mahupun miskin, Imam Muda Hassan mengingatkan kita bahawa kedua-dua keadaan itu sebenarnya merupakan musibah.

    Jelas agamawan itu, musibah itu bermaksud apa sahaja yang menimpa manusia sama ada dalam bentuk yang baik atau tidak baik. Barangkali orang yang ditimpa kemiskinan merasakan ia merupakan musibah kepada dirinya.

    “Namun, boleh jadi juga orang yang kaya menganggap kekayaan itu bukan musibah, tetapi ia sebenarnya satu bentuk musibah. Apa yang lebih menakutkan lagi apabila ia datang dalam bentuk istidraj.

    “Istidraj itu seperti ALLAH memberi seseorang itu kekayaan dengan nikmat dan kesenangan hidup, tetapi pada masa sama untuk menjauhkan dia daripada-NYA. Begitupun, orang miskin pula, jika dia bersabar dia akan jauh daripada istidraj,” ujar beliau.

    mam Muda Hassan meneruskan perkongsian ilmunya. Kali ini, beliau menyentuh tentang hukum berdoa meminta miskin.

    Ujar beliau, Nabi Muhammad SAW melarang kita berdoa perkara-perkara yang tidak baik. Baginda menganjurkan kita berdoa supaya dijauhkan daripada sedih, hutang, malas dan sebagainya.

    Kepada satu soalan, beliau menegaskan: “Nabi Muhammad SAW pernah menjadi orang kaya sebelum diangkat menjadi rasul, tetapi selepas itu tidak lagi. Malah, baginda SAW tidak pernah pula melarang sahabat untuk memiliki kekayaan. Itu bermaksud, baginda tidak melarang kekayaan. Walaupun baginda boleh sahaja memilih untuk jadi kaya seperti sahabat selepas kerasulan, tetapi Rasulullah SAW memilih untuk menjadi sederhana bagi mengelak menjadi fitnah kepada umatnya.

    “Ya, memang orang Islam kena kaya, tetapi jangan terlalu mengejar harta hingga terlupa maksud tujuan hidup. Sebab itulah Nabi Muhammad memilih jalan yang sederhana dan baginda juga pada masa sama tidak melarang kekayaan. Baginda tahu, sahabat-sahabat yang kaya itulah akan menyokong perjuangan baginda dan membantu yang miskin. Maka sebab itu kita ada zakat untuk seimbangkan antara golongan kaya dan miskin,” katanya.

    Alirkan kebendaan ke akhirat

    Mengulas tentang maksud kebendaan menurut perspektif Islam, pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pula melontarkan pandangannya.

    USTAZ DUSUKI

    USTAZ DUSUKI

    Ujar beliau, Islam mengajar umatnya supaya jangan melihat kebendaan untuk di dunia yang fana ini sahaja, tetapi ia mesti dialirkan ke akhirat ALLAH SWT.

    “Bukanlah Islam menolak dalam hidup kita untuk mendapatkan rumah yang besar, kereta yang mewah dan kebendaan dalam kehidupan, tetapi agama suci itu sebenarnya mengajar kita bahawa janganlah terpesona dengan harta benda itu hingga meninggalkan ketaatan kepada ALLAH.

    “Ia dengan cara bawalah harta benda yang kita miliki ke akhirat. Pada masa sama, jangan sampai kita merasakan diri kita gagal jika tidak dapat kebendaan di dunia ini. Sebenarnya, kita belum gagal. Kegagalan yang sebenar ialah apabila kita gagal untuk membawa kebendaan itu ke akhirat,” katanya ketika ditemui Sinar Islam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

    Jelas Ustaz Dusuki, ALLAH SWT tidak akan memberikan kebendaan itu kepada semua hamba-NYA kerana DIA lebih mengetahui apa yang sesuai untuk kita.

    “Jika ALLAH bagi (kebendaan), nescaya kita akan melampau di atas muka bumi ini. Oleh sebab itu, ALLAH SWT menurunkan rezeki kepada kita dengan kadar yang sesuai untuk kita,” katanya.

    Agamawan itu turut menasihatkan kita agar jangan gundah dengan kemiskinan. Apabila ALLAH mengurniakan satu ganjaran atau memberi suatu keadaan, kesusahan dan kesukaran, ia sebenarnya bukan untuk membuatkan kita ‘terperosok’ jauh dalam hidup.

    “Sebaliknya, ingatlah apabila kita diberi keadaan yang demikian, sebenarnya ALLAH telah angkat lagi darjat kita (mungkin untuk kita) dekat dengan rasul atau mendekatkan kita dengan ganjaran untuk memudahkan masuk dalam syurga ALLAH.

    “Ini disebabkan orang miskin dan sabar itu, ALLAH permudahkan dia ketika sesi soal jawab di hadapan-NYA nanti. Tidak akan banyak sesi soal jawab orang itu jika dibandingkan dengan orang kaya yang kufur nikmat.

    “Ini kerana ada dinyatakan bahawa siapa yang banyak ditanya (golongan kaya) di hadapan ALLAH akan mudah masuk ke neraka. Jadi, janganlah bersedih dengan kemiskinan kita, tetapi sedihlah dengan keimanan kita yang berkurangan. Dalam hidup kita, biar kita kuat dengan keimanan kita kepada ALLAH SWT,” jelasnya.

    Soal jawab di hadapan ALLAH

    Ditanya tentang orang miskin yang dikatakan ramai masuk ke dalam syurga, Ustaz Dusuki menjelaskan, apa yang dimaksudkan ayat berkenaan adalah kerana tidak banyak sesi soal jawabnya apabila di hadapan ALLAH SWT di hari akhirat kelak.

    “Ya, apabila dia hidup teguh dengan keimanannya kepada ALLAH dan tidak terpedaya dengan ujian dunia, lalu ALLAH jadikan pada diri kita kesusahan itu untuk dijadikan kemudahan kita di akhirat nanti,” katanya.

    USAH bersedih andai kita diuji dengan musibah kemiskinan, sebaiknya berbaik sangka kepada ALLAH dan berusahalah mengubah keadaan kita ke arah lebih baik.

    USAH bersedih andai kita diuji dengan musibah kemiskinan, sebaiknya berbaik sangka kepada ALLAH dan berusahalah mengubah keadaan kita ke arah lebih baik.

    ALLAH SWT berfirman: “Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.” (Surah al-Syarh, ayat 5-6)

    Apapun, Ustaz Dusuki mengingatkan kita yang diuji dengan kesusahan dalam hidup agar meneguhkan keimanan kepada ALLAH SWT.

    “(Apa sekalipun ujian) Biar teguh dan istiqamahlah dengan Islam. Kemudian, jangan kita sekali-kali melarikan diri daripada mentaati perintah ALLAH. Sebaliknya, dekatkanlah lagi diri kita kepada ALLAH.

    “Apabila kita dekatkan lagi kepada ALLAH, selepas kesusahan itu, ALLAH akan memudahkan hidup kita. Barangkali sekarang kita tidak mampu tersenyum, tetapi kita pasti akan tersenyum indah saat kita menghadap di hadapan ALLAH SWT. Sabarlah seketika, dunia ini tidak panjang. Akhirat itu jauh lebih kekal dan lebih baik dalam hidup kita,” ujarnya.

    Semua boleh masuk syurga tanpa mengira sesiapa

    BAIK orang itu miskin mahupun kaya, ia bukanlah ukuran untuk seseorang memasuki syurga ALLAH SWT.

    Pendakwah, Ustaz Mohamed Hanafiah Abd Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi berkata, semua orang Islam soleh yang mendapat rahmat ALLAH boleh meraih syurga-NYA tanpa mengira latar belakang mereka.

    USTAZ HANAFI

    USTAZ HANAFI

    “Jika dilihat secara mudah, memang benar orang miskin yang soleh ramai (ditempatkan) di dalam syurga. Begitu juga dengan orang kaya soleh yang mendapat rahmat daripada ALLAH SWT juga ramai dalam syurga.

    “Kalau kita berfikir bahawa orang miskin mudah masuk syurga, sementara yang kaya pula ‘merangkak-rangkak’ masuk ke syurga, bagaimana pula dengan Saidina Usman dan Abdul Rahmad bin Auf, sahabat Nabi Muhammad SAW yang kaya?” soalnya ketika ditemui Sinar Islam di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

    Ujar Ustaz Hanafi, perkara berkaitan kaya dan miskin itu amat berkait rapat dengan hikmah menunaikan zakat.

    “Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan harta seperti emas, perniagaan, penternakan dan sebagainya. Hendak bayar zakat ini, kena jadi orang kaya,” jelasnya.

    Apapun, agamawan itu menegaskan, Islam bukan agama kemiskinan. Malah, hadis yang menyatakan Nabi Muhammad SAW membaca doa meminta kemiskinan itu sebenarnya bukanlah bermaksud demikian.

    “Ketika itu, nabi bersama sahabat-sahabat yang miskin. Itu adalah motivasi supaya orang-orang miskin tidak berasa terasing dengan baginda. Ia merupakan kaedah psikologi baginda. Selain itu, dalam doa nabi itu, Rasulullah SAW sebenarnya hendak memberikan nasihat kepada orang yang memiliki harta supaya menjadi seorang yang tawaduk dan khusyuk serta tidak menjadi sombong.

    “Islam bukan agama kemiskinan, sebaliknya Islam merupakan agama kekayaan. Maka bangkitlah wahai si miskin, berusahalah berhabis-habisan untuk menjadi pembayar zakat,” nasihat beliau.



    Sumber

  • Suami ketagih video pornografi

    Suami ketagih video pornografi

    TEKNOLOGI maklumat yang semakin canggih pada hari ini memberikan banyak kelebihan dalam membina kehidupan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi negara.

    Bagaimanapun, malangnya di sebalik kepesatan teknologi itu telah membawa impak negatif sehingga menyebabkan kepincangan khususnya dalam institusi kekeluargaan.

    Sebahagian besar para isteri mengeluh apabila si suami menyalahgunakan ‘kebaikan’ medium teknologi dengan memuat turun dan menonton pornografi.

    Jika ketagihan terbabit tidak diatasi dengan baik bimbang ia membawa kemudaratan kelak dalam sesebuah keluarga.

    Sehubungan itu, bagi mengatasi aktiviti tidak bermoral berkenaan Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Shah Alam, Selangor, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkongsi tip menerusi segmen Famili Femina minggu ini.

    NOOR NIRWANDY

    NOOR NIRWANDY

    Sila klik video di bawah

    #femina #lifestylesinarharian



    Sumber

  • Orang miskin mudah ke syurga?

    Orang miskin mudah ke syurga?

    SELAGI bergelar manusia, kita tidak akan lari daripada sikap sukakan kebendaan yang bersifat materialistik.

    Jika ditanya tentang kemiskinan, tiada seorang pun yang mahu dibelenggu miskin.

    Andai kita diuji dengan musibah berkenaan, sebaiknya bersabarlah dengan dugaan itu dan anggaplah ujian tersebut mendekatkan kita kepada-NYA.

    Sesungguhnya miskin atau kaya seseorang itu, ia bukanlah ukuran untuk kita meraih syurga-NYA.

    Kenapa ALLAH SWT menjadikan ada orang kaya dan miskin? Benarkah orang miskin diberi laluan mudah untuk masuk ke syurga?

    Segala persoalan itu akan dirungkai dalam sisipan Sinar Islam esok.



    Sumber

  • Inovasi SargaPrebio ternakan akuatik

    Inovasi SargaPrebio ternakan akuatik

    USAHA membangunkan sektor pembekalan sumber sungai atau laut tempatan agar lebih berdaya saing dan moden amat didahagakan demi kelangsungan industri perikanan negara.

    Prihatin terhadap perkembangan keperluan pasaran tempatan dan luar negara, saintis universiti terkemuka, Muhammad Farhan Nazarudin bersama pasukannya berjaya merintis satu produk baharu yang dinamakan serbuk SargaPrebio.

    Inovasi penyelidikan sumber prebiotik rumpai laut yang dilaksanakan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu misalnya dilihat mampu memberi manfaat terhadap pertumbuhan spesies ikan marin.

    Penyelidikan tersebut mula dijalankan sejak Mac 2011 dan berakhir pada Disember 2014 lalu. Pembiayaannya pula di bawah Higher Education Centre of Excellence (HICoE), Kementerian Pendidikan Tinggi.

    Barisan penyelidik yang terlibat dalam projek berkenaan adalah Profesor Dr Fatimah Md Yusoff, Profesor Madya Dr Ina Salwany Md Yassin dan Profesor Madya Dr Mohammed Aliyu-Paiko.

    Menariknya, fitur baharu itu berkaitan dengan potensi sumber prebiotik daripada rumpai laut khususnya makro-alga coklat, Sargassum Polycystum.

    PENYELIDIKAN Muhammad Farhan bersama pasukannya mampu meningkatkan lebih 1,000 kali ganda bakteria probiotik untuk kelangsungan pertumbuhan ternakan akuatik.

    PENYELIDIKAN Muhammad Farhan bersama pasukannya mampu meningkatkan lebih 1,000 kali ganda bakteria probiotik untuk kelangsungan pertumbuhan ternakan akuatik.

    Mengulas lanjut mengenai kajian saintifik itu, Muhammad Farhan menjelaskan, hasil kajian menunjukkan rumpai laut tersebut boleh digunakan sebagai makanan prebiotik atau suplemen tambahan untuk anak benih ikan daripada spesies ternakan akuatik.

    “Ujian menunjukkan pengambilan Sargassum Polycystum yang mengandungi fucoidan iaitu polisakarida tidak boleh dicerna secara oral itu berupaya meningkatkan tumbesaran dan efisiensi makanan.

    “Hasil kajian terdahulu, pengambilan suplemen makanan berkenaan dilihat mampu meningkatkan pertumbuhan spesies ikan marin selain memberi kesan positif terhadap kelangsungan hidup dan respon imun ternakan,” ujarnya.

    Atas justifikasi tersebut, pihaknya meneruskan penyelidikan terhadap kemampuan Sargassum Polycystum dalam merangsang pertumbuhan dan penyebaran bakteria lactococci yang bermanfaat.

    Hasil kajian lanjut mendapati, sumber prebiotik rumpai laut itu turut merangsang bakteria sihat (terutamanya Lactobacillus Paracasei Subspesies Paracasei) dalam saluran gastro usus ikan, kata Muhammad Farhan.

    “Justeru, ia mampu meningkatkan jumlah sel darah putih (WBC) dan sel darah merah (RBC) termasuk protein karkas serta jumlah kandungan elemen besi (Fe) yang sesuai,” jelasnya.

    Ditanya mengenai kekangan pemilihan bakteria sihat itu, Muhammad Farhan berkata, bakteria probiotik yang dicadangkan berkenaan sebenarnya banyak memberikan faedah kepada hos apabila diperkenalkan ke dalam saluran gastro usus (GIT) untuk menapai makanan tidak dicerna.

    Menurutnya, walaupun ada beberapa bakteria telah disaring dan dilaporkan mempunyai ciri-ciri probiotik, namun pilihan spesifik strain untuk mendapatkan kesan tepat pada manusia dan haiwan lain yang diternak bukannya mudah.

    “Jika ekosistem usus didiami lebih daripada 400 spesies bakteria dan dibahagikan kepada beberapa niche ekologi yang diambil sebagai pertimbangan, ia jelas menunjukkan pemilihan bakteria untuk digunakan sebagai bahan makanan atau agen bioterapeutik lebih kompleks.

    “Tiada strain tunggal kepunyaan sesuatu spesies mampu mempunyai semua ciri diperlukan untuk menjadikannya probiotik yang sesuai,” bicaranya yang turut memperkenalkan konsep prebiotik dalam kajian saintifik tersebut.

    PELET yang dicampurkan dengan serbuk SargaPrebio terbukti meningkatkan tumbesaran dan efisiensi makanan.

    PELET yang dicampurkan dengan serbuk SargaPrebio terbukti meningkatkan tumbesaran dan efisiensi makanan.

    Saringan

    Mengulas lanjut, Muhammad Farhan menjelaskan, konsep prebiotik diperkenalkan yang mana oligosakarida tidak dikenali dalam hos, diketahui terbukti dapat merangsang pertumbuhan selektif tertentu organisma probiotik.

    “Sebelum potensi oligo atau polisakarida diluluskan, beberapa ujian makmal diperlukan melibatkan sebilangan besar bakteria probiotik yang berpotensi disaring terhadap oligosakarida.

    “Ini memakan masa. Mungkin pada penghujungnya, oligosakarida atau polisakarida yang dicadangkan tidak berfungsi sebagai prebiotik dalam spesies berlainan,” ujarnya lagi.

    Berdasarkan perkara tersebut katanya, penyelidikan menunjukkan pendekatan terbaik dalam pemilihan prebiotik dan probiotik adalah gabungan oligosakarida atau polisakarida yang betul.

    Terang Muhammad Farhan, gabungan itu apabila ditambah dalam diet haiwan marin berupaya meningkatkan percambahan probiotik yang betul dalam organisma secara semula jadi secara selektif.

    GABUNGAN gabungan oligosakarida atau polisakarida yang betul berupaya meningkatkan percambahan probiotik dalam organisma secara semula jadi.

    GABUNGAN gabungan oligosakarida atau polisakarida yang betul berupaya meningkatkan percambahan probiotik dalam organisma secara semula jadi.

    Bagaimana ia berfungsi?

    Rumpai laut Sargassum Polycystum itu akan dikeringkan, dikisar halus dan ditapis pada saiz 200 mikro. Ia kemudiannya akan dicampur dengan makanan (sebagai suplemen).

    Selain itu katanya lagi, makanan tambahan berasaskan rumpai laut berupaya meningkatkan lebih 1,000 kali ganda bakteria probiotik (Lactobacillus Paracasei Subspesies Paracasei) di dalam usus haiwan laut.

    “Serbuk Sargassum juga bersifat bahan aktif. Diet dihasilkan dengan mencampurkan pelet komersil yang digiling dengan serbuk Sargassum pada kuantiti sesuai, boleh membawa kepada pemindahan bakteria oportunis dalam usus.

    “Turut diperhatikan jumlah sel darah merah dan sel darah putih lebih tinggi di dalam ikan yang menggunakan makanan tambahan Sargassum. Kandungan karkas mineral (terutamanya Fe) juga meningkat dengan ketara terhadap ikan yang dikaji,” jelasnya.

    Seperkara mengenai kelebihan teknologi itu berbanding produk sedia ada, Muhammad Farhan berkata, inovasi baharu itu disifatkan berupaya menggalakkan penghasilan antibiotik bebas residu bagi produk akuakultur selain merangsang dan menguatkan sistem imun pada ternakan spesies akuatik.

    Dalam hal itu, pihaknya berusaha untuk menggalakkan pengurangan penggunaan ubat dan sisa kimia pada ternakan spesies akuatik demi meningkatkan survivaliti, efisiensi makanan dan prestasi pertumbuhan semasa penternakan seperti ikan dan udang.

    “Bukan sahaja meningkatkan kandungan karkas protein berkualiti, zat besi dan lain-lain mineral, ia berpotensi meningkatkan potensi menjadi produk yang sihat,” katanya.



    Sumber

  • TRANSAKSI MENGGUNAKAN TOUCH ‘N GO EWALLET KINI DITERIMA DI SEMUA RANGKAIAN 7-ELEVEN DI MALAYSIA



    ● Pelanggan kini boleh menikmati proses pembayaran yang lebih mudah dan terbaik dengan pembelian menggunakan Touch ‘n Go eWallet di seluruh 2,381 rangkaian 7-Eleven di seluruh negara
    ● Tawaran eksklusif dan promosi terhad disediakan sehingga penghujung tahun, hanya dengan Touch ‘n Go eWallet

    Kuala Lumpur, 31 Oktober 2019 – Touch ‘n Go eWallet, e-dompet terkemuka Malaysia kini mengumumkan kerjasama dengan 7-Eleven bagi membolehkan kemudahan pembayaran dan tambah nilai di kesemua cawangan 7-Eleven di seluruh negara.

    Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan daripada Touch ‘n Go eWallet untuk menambah dan menggalakkan penggunaan Touch’ n Go eWallet supaya menjadi kebiasaan rakyat Malaysia. Usaha ini juga selari dengan matlamat Touch ‘n Go eWallet untuk berkembang di lebih banyak pusat pembelian runcit, yang meliputi kawasan dalam dan luar bandar. Penerimaan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven bermakna orang ramai boleh menikmati cara pembayaran yang lebih mudah, terutamanya untuk para pelanggan yang sentiasa mengejar masa. Selain itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh membeli pin tambah nilai di mana-mana cawangan 7 Eleven, yang sentiasa tersedia 24/7.

    “Kehidupan rakyat Malaysia didorong oleh kemudahan untuk mendapatkan sesuatu dan kepantasan mendapatkannya. Ini juga merupakan fokus utama buat Touch ‘n Go eWallet. Kami berbangga untuk menjadi rakan kongsi pembayaran 7-Eleven, cawangan kedai serbaneka terbesar di Malaysia, kerana ini akan menaik taraf kehidupan rakyat, dan juga mempercepatkan proses pembayaran dan berurus niaga secara digital di mana-mana sahaja di Malaysia. Penambahan 7-Eleven ke dalam satu kumpulan rakan niaga kami yang kian bertambah merupakan satu nilai untuk kami dan juga pengguna kami, ” kata Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd.

    “Tema utama komitmen 7-Eleven adalah untuk memenuhi keperluan pengguna, di mana pemacu utama perniagaan kami adalah penyediaan kemudahan 24/7. Kami percaya kerjasama kami dengan Touch ‘n Go eWallet, penyedia e-dompet terkemuka di Malaysia, memastikan yang kami sentiasa mengikuti perkembangan landskap dunia perniagaan yang sentiasa berubah, pada masa yang sama memenuhi keperluan pembayaran pengguna yang sentiasa berevolusi serta menyokong usaha Kerajaan untuk menyeru rakyat menerima pembayaran digital,” kata Colin Harvey, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia.

    Pengenalan Touch ‘n Go eWallet di semua outlet 7-Eleven dikuasakan oleh Razer Merchant Services. Jasmine Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech menambah, “Kami sangat gembira kerana menjadi pemacu kerjasama antara Touch ‘n Go eWallet dan 7-Eleven dengan penyelesaian inovatif kami.” Razer Fintech adalah pembekal perkhidmatan peniaga terkemuka Asia Tenggara. Pengguna Touch ‘n Go eWallet hanya perlu ‘pay-and-scan’ (bayar-dan-imbas) untuk melengkapkan pembayaran.

    Sempena kerjasama ini, pengguna yang pertama kalinya memilih untuk membayar tanpa tunai dengan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven akan menikmati rebat RM8 dengan memasukkan PIN tambah nilai TNGJG7N1. Di samping itu, sempena sambutan ulang tahun 7-Eleven, pengguna juga boleh menikmati tawaran-tawaran hebat seperti: 
    ●  Dari 1 hingga 7 November 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membelanjakan RM11 ke atas dalam satu resit akan menerima cashback sebanyak RM7 (sah untuk 1 kali transaksi sahaja).

    ●   Dari 8 November hingga 31 Disember 2019, dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM20 dalam satu resit, pengguna Touch ‘n Go eWallet akan menerima rebat tunai sebanyak RM4. Rebat ini terhad kepada (2 kali) sahaja bagi setiap pengguna sepanjang tempoh kempen ini.


    Touch ‘n Go eWallet kini mempunyai 5.5 juta pengguna berdaftar, dengan lebih daripada 100,000 rakan peniaga. Pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menjangkakan lebih banyak tawaran atas platform ini selain pembelian runcit seperti tiket filem dan penerbangan, membeli-belah, tambah nilai telefon, hiburan dan tawaran F&B.

    Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat promosi ini, sila layari  https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.7eleven.com.my/ .

    Log masuk di www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini mengenai semua perkhidmatan dan promosi lain. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store

  • TRANSAKSI MENGGUNAKAN TOUCH ‘N GO EWALLET KINI DITERIMA DI SEMUA RANGKAIAN 7-ELEVEN DI MALAYSIA



    ● Pelanggan kini boleh menikmati proses pembayaran yang lebih mudah dan terbaik dengan pembelian menggunakan Touch ‘n Go eWallet di seluruh 2,381 rangkaian 7-Eleven di seluruh negara
    ● Tawaran eksklusif dan promosi terhad disediakan sehingga penghujung tahun, hanya dengan Touch ‘n Go eWallet

    Kuala Lumpur, 31 Oktober 2019 – Touch ‘n Go eWallet, e-dompet terkemuka Malaysia kini mengumumkan kerjasama dengan 7-Eleven bagi membolehkan kemudahan pembayaran dan tambah nilai di kesemua cawangan 7-Eleven di seluruh negara.

    Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan daripada Touch ‘n Go eWallet untuk menambah dan menggalakkan penggunaan Touch’ n Go eWallet supaya menjadi kebiasaan rakyat Malaysia. Usaha ini juga selari dengan matlamat Touch ‘n Go eWallet untuk berkembang di lebih banyak pusat pembelian runcit, yang meliputi kawasan dalam dan luar bandar. Penerimaan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven bermakna orang ramai boleh menikmati cara pembayaran yang lebih mudah, terutamanya untuk para pelanggan yang sentiasa mengejar masa. Selain itu, pengguna Touch ‘n Go eWallet juga boleh membeli pin tambah nilai di mana-mana cawangan 7 Eleven, yang sentiasa tersedia 24/7.

    “Kehidupan rakyat Malaysia didorong oleh kemudahan untuk mendapatkan sesuatu dan kepantasan mendapatkannya. Ini juga merupakan fokus utama buat Touch ‘n Go eWallet. Kami berbangga untuk menjadi rakan kongsi pembayaran 7-Eleven, cawangan kedai serbaneka terbesar di Malaysia, kerana ini akan menaik taraf kehidupan rakyat, dan juga mempercepatkan proses pembayaran dan berurus niaga secara digital di mana-mana sahaja di Malaysia. Penambahan 7-Eleven ke dalam satu kumpulan rakan niaga kami yang kian bertambah merupakan satu nilai untuk kami dan juga pengguna kami, ” kata Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd.

    “Tema utama komitmen 7-Eleven adalah untuk memenuhi keperluan pengguna, di mana pemacu utama perniagaan kami adalah penyediaan kemudahan 24/7. Kami percaya kerjasama kami dengan Touch ‘n Go eWallet, penyedia e-dompet terkemuka di Malaysia, memastikan yang kami sentiasa mengikuti perkembangan landskap dunia perniagaan yang sentiasa berubah, pada masa yang sama memenuhi keperluan pembayaran pengguna yang sentiasa berevolusi serta menyokong usaha Kerajaan untuk menyeru rakyat menerima pembayaran digital,” kata Colin Harvey, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia.

    Pengenalan Touch ‘n Go eWallet di semua outlet 7-Eleven dikuasakan oleh Razer Merchant Services. Jasmine Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Razer Fintech menambah, “Kami sangat gembira kerana menjadi pemacu kerjasama antara Touch ‘n Go eWallet dan 7-Eleven dengan penyelesaian inovatif kami.” Razer Fintech adalah pembekal perkhidmatan peniaga terkemuka Asia Tenggara. Pengguna Touch ‘n Go eWallet hanya perlu ‘pay-and-scan’ (bayar-dan-imbas) untuk melengkapkan pembayaran.

    Sempena kerjasama ini, pengguna yang pertama kalinya memilih untuk membayar tanpa tunai dengan Touch ‘n Go eWallet di 7-Eleven akan menikmati rebat RM8 dengan memasukkan PIN tambah nilai TNGJG7N1. Di samping itu, sempena sambutan ulang tahun 7-Eleven, pengguna juga boleh menikmati tawaran-tawaran hebat seperti: 
    ●  Dari 1 hingga 7 November 2019, pengguna Touch ‘n Go eWallet yang membelanjakan RM11 ke atas dalam satu resit akan menerima cashback sebanyak RM7 (sah untuk 1 kali transaksi sahaja).

    ●   Dari 8 November hingga 31 Disember 2019, dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM20 dalam satu resit, pengguna Touch ‘n Go eWallet akan menerima rebat tunai sebanyak RM4. Rebat ini terhad kepada (2 kali) sahaja bagi setiap pengguna sepanjang tempoh kempen ini.


    Touch ‘n Go eWallet kini mempunyai 5.5 juta pengguna berdaftar, dengan lebih daripada 100,000 rakan peniaga. Pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menjangkakan lebih banyak tawaran atas platform ini selain pembelian runcit seperti tiket filem dan penerbangan, membeli-belah, tambah nilai telefon, hiburan dan tawaran F&B.

    Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat promosi ini, sila layari  https://www.tngdigital.com.my/promotions atau https://www.7eleven.com.my/ .

    Log masuk di www.facebook.com/touchngoewallet/ untuk maklumat terkini mengenai semua perkhidmatan dan promosi lain. Touch ‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store

  • Haruman inspirasi Eva Mendes

    Haruman inspirasi Eva Mendes

    SELEPAS berjaya memikat hati para wanita dengan haruman edisi Eva Duet, Avon terus komited mengeluarkan dua lagi minyak wangi hasil kolaboratif bersama bintang Hollywood, Eva Mendes.

    Koleksi Eve Confidence dan Eve Elegance yang dipasarkan pada 1 November lalu merupakan haruman menggambarkan gaya hidup dan perjalanan wanita masa kini yang berdepan pelbagai cabaran.

    Bicara Mendes: “Dengan terhasilnya wangian Eve Elegance dan Eve Confidence, maka saya berupaya mengharumkan setiap momen indah yang berbeza dalam hidup.

    “Menerusi satu semburan Eve Confidence misalnya, saya telah bersedia untuk apa sahaja.”

    Ringkasnya, Eve Confidence adalah haruman manis bunga melur harum yang diulit kemewahan anggur hitam dan kehalusan kayu oak.

    EVE Confidence adalah haruman manis kombinasi bunga melur harum, anggur hitam dan kayu oak.

    EVE Confidence adalah haruman manis kombinasi bunga melur harum, anggur hitam dan kayu oak.

    Setiap semburan yang tercipta menyuntik keyakinan dan keberanian para wanita.

    Sementara itu, haruman Eve Elegance pula menyempurnakan setiap momen kaum Hawa termasuk menyerlahkan aura hebat dan sofistikated.

    Ia diulit dengan kelembutan kelopak bunga jasmin, ledakan delima segar dan kayu ambar yang memukau.

    Tidak keterlaluan menyifatkan Eve Elegance merupakan haruman yang tepat untuk menonjolkan personaliti wanita di kala melakar pelbagai kenangan indah.

    Info

    Eve Confidence dan Eve Elegance Avon

    Harga: RM95 (Semenanjung), RM109.25 (Sabah, Sarawak)

    Saiz: 50ml

    Lokasi: Wakil Avon dan butik kecantikan Avon

    Web: shop.avon.my



    Sumber

  • Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah tawar kelengkapan eksklusif

    Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah tawar kelengkapan eksklusif

    SUBANG JAYA – Persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah tahun depan pasti lebih meriah dan bergaya dengan kehadiran koleksi kelengkapan eksklusif persekolahan karakter adiwira, Ejen Ali.

    Koleksi eksklusif kelengkapan persekolahan itu terhasil selepas Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berkolaboratif buat julung kali bersama syarikat gergasi media, Primeworks Studios Sdn Bhd (Primeworks Studios) dan Wau Animation menerusi kempen Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin.

    Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, sebagai syarikat pemborong dan peruncit tempatan, pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Primeworks Studio bagi mempergiatkan lagi kempen tersebut yang dijangka dapat menarik ramai kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan pada tahun depan.

    Menurutnya, kempen yang akan berlangsung selama dua bulan bermula 1 Disember ini dan berakhir pada 31 Januari 2020 merupakan salah satu komitmen pihaknya untuk mengangkat dan menonjolkan hasil karya tempatan ke peringkat antarabangsa.

    “Mydin komited menyediakan kelengkapan persekolahan dengan harga yang kompetitif dan berbaloi.

    “Menerusi kelengkapan persekolahan koleksi Ejen Ali, antara yang kita tawarkan adalah set uniform lengkap sekolah, stoking, bekas makanan, botol air, alat tulis, baju T eksklusif Ejen Ali dan banyak lagi,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin’ di Mydin USJ di sini semalam.

    Syed Saddiq (tengah) dan Ameer (kanan) melihat koleksi eksklusif kelengkapan sekolah Ejen Ali selepas pelancaran Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin' di Mydin USJ, Subang semalam. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

    Syed Saddiq (tengah) dan Ameer (kanan) melihat koleksi eksklusif kelengkapan sekolah Ejen Ali selepas pelancaran Ejen Ali Misi Kembali ke Sekolah di Mydin’ di Mydin USJ, Subang semalam. – FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

    Pelancaran itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studio, Datuk Ahmad Izham Omar.

    Ameer berkata, kempen kali ini juga lebih istimewa kerana orang ramai khususnya anak-anak berpeluang memiliki koleksi daripada karakter filem Ejen Ali yang hanya boleh didapati secara eksklusif di cawangan Mydin seluruh Malaysia.

    Menurutnya, dengan setiap pembelian berjumlah RM50 ke atas, pembeli boleh mendapatkan satu kad figura karakter Ejen Ali secara percuma.

    “Mereka boleh mengumpul semua enam koleksi kad karakter adiwira dan berpeluang membeli satu kotak set permulaan ejen.

    “Pelanggan yang membeli barangan daripada 20 jenama yang bekerjasama dengan kita, antaranya Vitagen, Dynamo dan Carrie Bacbuster juga akan mendapat satu ekstra kad figura karakter Ejen Ali,” katanya.

    Beliau berkata, bagi merancakkan lagi kempen tersebut, pelbagai aktiviti turut dirangka, antaranya program Jelajah Misi Ejen Ali yang akan berlangsung di Mydin Seremban 2, Mydin Parit Buntar, Perak dan Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

    “Aktiviti jelajah ini akan dimeriahkan dengan kemunculan maskot karakter utama filem Ejen Ali The Movie iaitu Ejen Ali dan Ejen Alicia di 20 cawangan terpilih Mydin.

    “Aktiviti lain yang dijangka menjadi tarikan nanti adalah pertandingan mewarna, pertunjukan fesyen, slime making, kuiz dan peraduan Snap&Win. Pelanggan juga berpeluang memenangi baucar tunai Mydin bernilai RM100 secara percuma.

    “Kita juga memperkenalkan menu istimewa yang cukup sinonim dengan karakter Ejen Ali iaitu nasi lemak tempoyak udang yang sedia dimakan dan hanya terhad pada kempen kembali ke sekolah ini. Ia boleh didapati di semua cawangan pasar raya besar Mydin seluruh negara pada harga RM3.99,” katanya.

    Ameer berkata, sempena kempen tersebut, pihaknya turut menggerakkan tabung Mydin Prihatin bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk turut sama memiliki koleksi kelengkapan persekolahan Ejen Ali.

    Sementara itu, Ahmad Izham berkata, beliau melihat kerjasama dengan Mydin menerusi kempen tersebut sebagai platform terbaik memperluaskan jenama Ejen Ali kepada kanak-kanak.

    Beliau berkata, penghasilan animasi popular dengan kerjasama Wau Animation menjadikan karakter Ejen Ali sebagai role model yang positif kepada orang ramai.



    Sumber