Blog

  • Interpretasi imej grafik dua negara

    Interpretasi imej grafik dua negara

    BARANGKALI sudah termaktub rezekinya di situ. Dek kerana obses dengan imej grafik pada sehelai kemeja-T mendorong pemuda ini mereka cipta desain tersendiri.

    Umpama sentuhan magis, Hafiz Abdul Hadi kini mampu membina empayar jenama Monkey Apparels merentasi Asia Tenggara sejak 2013 lagi.

    Menurut ejen insurans yang berusia 36 tahun itu, keghairahan mereka cipta imej grafik yang unik dan ‘rare’ cukup mendalam pada dirinya, lebih-lebih lagi tidak ramai yang menonjol dalam industri pembuatan baju dengan identiti jenama tempatan.

    “Saya lihat di Malaysia jarang ada jenama lokal yang mereka imej grafik. Kebanyakan fesyen baju termasuk kemeja-T diambil daripada jenama luar negara untuk dipromosikan.

    “Atas justifikasi itu, saya terpanggil untuk meneruskan misi memastikan golongan muda zaman sekarang menghargai karya dan artis grafik tempatan,” luahnya kepada e-Trend baru-baru ini.

    IDEA dan sentuhan imej grafik dengan jenama c membuatkan Hafiz memiliki peminat tersendiri

    IDEA dan sentuhan imej grafik dengan jenama c membuatkan Hafiz memiliki peminat tersendiri

    Minat dalam mencipta imej grafik bermotifkan haiwan tersebut turut dikongsikan bersama kenalannya, Budi Eka Fitri yang juga seorang pereka kaligrafi berasal dari Indonesia.

    Bapa kepada tiga anak itu berkata, pada awalnya mereka saling tidak mengenali dek batasan dua benua susulan Budi menetap di negara seberang, namun laman sosial dan minat yang sama mendekatkan jurang.

    “Sebelum ini, kami sering berkongsi pandangan dan idea mengenai imej grafik yang ada melalui Instagram. Apabila masing-masing serius, kami putuskan untuk bergabung mengembangkan jenama Monkey Apparels.

    “Masih ingat lagi, pertemuan pertama kami di Masjid India, Kuala Lumpur dulu untuk perbincangan lanjut. Bila ada minat yang sama, jadi misi untuk membuat kemeja-T dengan rekaan tersendiri memang tiada masalah,” bicaranya.

    Eksklusif

    Mengulas lanjut mengenai idea unik, anak jati Johor itu berkata, pada mulanya rekaan imej grafik pada kemeja-T itu direka sendiri oleh mereka berdua sebelum memiliki tujuh pereka yang bertempat di Kuala Lumpur dan Jakarta.

    “Selalunya bila dapat idea, saya akan buat lakaran imej baharu sebelum serahkan kepada pereka untuk buat. Memang kena ada proses approval setiap kali sketch siap sebab saya cukup mementingkan kualiti.

    “Kami juga menerima penyertaan pereka dari Filipina dan New York sekali gus menjadikan jenama Monkey Apparels dikenali seluruh dunia,” ujarnya yang setiap rekaan yang dihasilkan terhad kepada 50 helai sahaja.

    REKAAN imej grafik kemeja-T keluaran Monkey Apparels cukup rare dan mendapat sambutan menggalakkan.

    REKAAN imej grafik kemeja-T keluaran Monkey Apparels cukup rare dan mendapat sambutan menggalakkan.

    Setiap edisi katanya, hanya untuk tempoh tertentu sahaja dikeluarkan dengan jumlah terhad kerana mahu memberikan nilai eksklusif kepada pelanggan yang menghargai karya Monkey Apparels.

    “Edisi keluaran sebelum ini seperti Gorillas Goes To School, Nail Nerd Skull, Raging Tiger dan Turtle Gone Mad mendapat sambutan cukup memberangsangkan. Kami tidak menyangka keluaran itu memiliki peminat tersendiri.

    “Varian terbaharu, The Piece of Eden, The King of War, The Little Fighter (edisi khas untuk mengutip dana buat pesakit kanser, Adik Maliq Aryan) dan Nightly Owl. Kami masih mengekalkan imej haiwan bagi menterjemahkan usaha keras, dedikasi, idea dan rekaan kami kepada semua,” katanya.

    Hafiz yang juga ketua latihan dan jaminan kualiti sebuah syarikat swasta itu tidak menafikan pihaknya cukup bangga dengan jenama yang dibawa kerana setiap rekaan membawa aura tersendiri.

    VARIAN Monkey Apparels terbaharu, Nightly Owl yang lebih feminin.

    VARIAN Monkey Apparels terbaharu, Nightly Owl yang lebih feminin.

    “Setiap rekaan memang lain daripada yang lain dan imej grafik yang dipaparkan membawa banyak maksud berbeza. Jika dulu fokus kepada orang muda, tetapi kini pasaran berubah apabila golongan profesional dan pertengahan umur pun meminati jenama kami.

    “Kemeja-T itu sesuai digayakan sebagai outfit of the day (OOTD) supaya si pemakai nampak lebih cool dan santai,” ujarnya yang memaklumkan harga dijual pada RM75 sehingga RM85 termasuk kos penghantaran pos.



    Sumber

  • Promosi akhir tahun Peugeot 3008, 5008 SUV Plus

    NASIM Sdn Bhd (Nasim), pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 3008 and 5008 SUV Plus!

    Bagi model 3008, Nasim menawarkan varian Active pada harga atas jalan RM150,888 manakala varian dengan spesifikasi lebih tinggi, Allure pada harga RM163,888.

    Bermula sekarang hingga 31 Disember 2019, pelanggan yang melakukan tukar beli (trade-in) mana-mana kenderaan akan menerima rebat tambahan hingga RM10,000 daripada nilai pasaran untuk pembelian 3008 dan 5008.

    PEUGEOT 3008 telah mencapai kejayaan cemerlang di Eropah dan benua lain dengan memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia termasuk Car of the Year 2017 di Geneva.

    PEUGEOT 3008 telah mencapai kejayaan cemerlang di Eropah dan benua lain dengan memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia termasuk Car of the Year 2017 di Geneva.

    Selain itu juga bakal pembeli 3008 atau 5008 SUV Plus ditawarkan tiga tahun servis percuma, termasuk alat ganti dan kos upah serta berpeluang menikmati kadar bayaran bulanan serendah RM1,300 daripada Affin Bank.

    Aspek prestasi, 3008 dan 5008 Plus masing-masing menggunakan enjin 4-silinder 1.6L pengecas turbo berkuasa 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm serta dipadankan dengan transmisi automatik Quickshift enam kelajuan dengan pedal syif.

    Kedua-duanya turut dilengkapi sistem bantuan terkini seperti Driver Attention Alert, Speed Limit Recognition and Recommendation, kamera pandang belakang 180 darjah dan Sistem Informasi Titik Buta yang dinaiktaraf dan Active Lane Departure Warning.

    Pelanggan boleh membuat pilihan dengan empat warna ditawarkan antaranya Emerald, Kelabu Amazonite, Hitam Nera, Putih Pearlescent dan warna baharu, Kelabu Aster.

    Semua model Peugeot didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 120,000kilometer (mana-mana tiba dahulu), perkhidmatan Bantuan Peugeot 24 jam, akses percuma SkyLounge di Subang Skypark dan keahlian Peugeot Privilege.



    Sumber

  • Samsung kekal tangga ke-6

    Samsung kekal tangga ke-6

    PERTUMBUHAN yang kukuh dan teknologi yang berinovasi membolehkan Samsung terus kekal di tangga keenam Interbrand’s Best Global Brands 2019 (bestglobalbrands.com) sejak 2017.

    Kejayaan merintis industri teknologi futuristik termasuk teknologi 5G, AI (kecergasan pembuatan), IoT (Internet of Things) dan perniagaan automotif membolehkan jenama bernilai AS$61.1 juta (RM252.47 juta) itu meningkat sebanyak dua peratus.

    Berdasarkan laporan bestglobalbrands.com, jenama konglomerat multinasional Korea Selatan tersebut diiktiraf susulan usaha mereka menghasilkan produk inovatif seiring keperluan gaya hidup pengguna yang sentiasa mengikut trend.

    Untitled

    Untitled

    Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Samsung Electronics, YH Lee, pihaknya teruja dengan usaha berterusan bagi menyediakan pelbagai inovasi yang mampu menggembirakan pengguna dan membantu kehidupan lebih bak.

    “Untuk perancangan mendatang, kami akan berterusan mendengar dan mempelajari keperluan pengguna seiring usaha merintis perubahan dalam kalangan masyarakat melalui inovasi.

    “Dengan pendekatan itu, kita mampu berkembang maju bersama,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

    Jenama tersohor itu terus unggul selepas kejayaan siri telefon pintar Galaxy yang ternyata menerima sambutan memberangsangkan menerusi inovasi gajet boleh lipat, Galaxy Fold dalam industri.

    Sementara itu, jenama Apple pula mengungguli carta Interbrand’s Best Global Brands 2019 berkenaan dengan pencapaian peningkatan lebih sembilan peratus yang bernilai sebanyak AS$ 234 juta (RM966.91 juta) bagi tahun ini.

    KAJIAN Interbrand’s Best Global Brands 2019 juga turut melaporkan jenama Huawei mencatat penurunan sebanyak sembilan peratus pada kedudukan ke-74 berbanding tangga ke-68 sebelum ini.

    KAJIAN Interbrand’s Best Global Brands 2019 juga turut melaporkan jenama Huawei mencatat penurunan sebanyak sembilan peratus pada kedudukan ke-74 berbanding tangga ke-68 sebelum ini.

    Menariknya, peningkatan berterusan berkenaan membolehkan jenama syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat yang beribu pejabat di Cupertino, California itu mengungguli carta selama tiga tahun berturut-turut.

    Interbrand’s Best Global Brands 2019 juga turut melaporkan jenama Huawei mencatat penurunan sebanyak sembilan peratus pada kedudukan ke-74 berbanding tangga ke-68 sebelum ini.



    Sumber

  • PACBE platform perkasa, latih usahawan wanita

    PACBE platform perkasa, latih usahawan wanita

    LEBIH ramai wanita khususnya dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) disaran menyertai bidang perkhidmatan dan pembuatan produk bagi memperkasakan kemahiran mereka.

    Itu yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini berhasrat melihat golongan tersebut terbabit dalam aktiviti ekonomi tidak formal itu, sekali gus membuka peluang mereka terlibat dalam pasaran buruh.

    Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan, penglibatan kaum hawa dalam masa sama membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

    “Melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), kita menyediakan program Pusat Cakna Bangun Ekonomi (PACBE) yang merangkumi bengkel, kursus atau latihan.

    “Diharapkan menerusi program seumpama ini secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pelantikan wanita sebagai pembuat keputusan dalam organisasi dan syarikat-syarikat korporat,” jelas beliau pada bulan lalu.

    Persoalannya, apakah kelebihan dan manfaat PACBE sehingga ia dilihat sebagai platform terbaik untuk memperkasakan dan kesejahteraan golongan wanita di negara ini?

    Ikuti wawancara khas, wartawan Femina, IZYAN LIYANA MOHD DARIF bersama Ketua Pengarah JPW, Datuk Saidatu Akhma Hassan di KPWKM, Putrajaya baru-baru ini.

    1. Boleh Datuk huraikan lebih lanjut defi nisi PACBE yang merupakan inisiatif baharu kendalian JPW?

    SAIDATU AKHMA: Sebelum ini, JPW telah melaksanakan pelbagai program dalam konteks untuk membangunkan golongan wanita. Justeru, selepas diperhalusi dengan teliti, maka sudah tiba masanya semua program terbabit disusun semula dan diletakkan di bawah satu program khusus.

    Inisiatif tersebut adalah untuk memudahkan pihak JPW membantu memperkasakan kumpulan sasar. Mereka terdiri daripada golongan B40, ibu tunggal dan wanita yang ingin memajukan diri.

    Bertitik tolak daripada itu, JPW mewujudkan satu pusat dikenali sebagai PACBE yang merangkumi program peningkatan kemahiran dan keusahawanan serta memberi pendedahan mengenai psiko pendidikan kepada golongan wanita. Setiap program dilaksanakan berpandukan modul khas yang telah dibangunkan selari dengan peredaran semasa.

    2. Apakah kelebihan dan signifi kan PACBE terhadap golongan wanita di negara ini?

    SAIDATU AKHMA: Matlamat utama PACBE adalah untuk memberi peluang kepada kumpulan sasar menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan kemahiran yang bermanfaat.

    Impaknya, mereka dapat mengenal pasti kapasiti dan kelebihan diri yang mungkin selama ini tidak digilap seperti menjahit, memasak ataupun menghasilkan produk kraftangan.

    Ilmu kemahiran yang diperoleh itu seterusnya digunakan pula untuk menjana pendapatan bagi membantu meningkatkan pendapatan peribadi dan keluarga.

    Secara tidak langsung, kita dapat mengurangkan kadar pengangguran negara. Selain itu, PACBE juga merupakan platform terbaik buat wanita dan ibu tunggal meluangkan masa bersosial bersama peserta lain, saling bertukar pendapat dan berkongsi kemahiran serta pengalaman.

    Pada masa sama, memperluaskan dan membentuk jaringan dalam melaksanakan program transformasi komuniti.

    3. Dimaklumkan, setiap program PACBE dijalankan berpandukan modul khas yang dibentuk dengan peredaran semasa dan kehendak pasaran. Apakah modul tersebut?

    SAIDATU AKHMA: Secara asasnya, pelaksanaan PACBE dibahagikan pada tiga tonggak utama iaitu Community- Based-Enterprise (CBE), psikopendidikan (substantif) dan pengupayaan. Setiap bidang berkenaan mempunyai fungsi tersendiri bermula daripada peringkat ibu pejabat, peringkat daerah hingga ke peringkat negeri.

    Misalnya CBE, ia merupakan aspek meningkatkan memfokuskan pada bidang kemahiran seperti masakan, jahitan, perusahaan spa, kraftangan dan kemahiran digital teknologi.

    Sementara itu, psikopendidikan pula memberi tumpuan pada aspek pembangunan pendidikan sosial. Ia melibatkan pengurusan emosi, Anti Keganasan Terhadap Wanita (WAJA), pengetahuan undang-undang dan program Lay Kaunselor yang berperanan memberikan khidmat nasihat serta bimbingan kepada komuniti.

    Menyentuh mengenai pengupayaan, bidang berkenaan menitikberatkan aspek keusahawanan, pemasaran dan literasi digital. Seperti yang kita sedia maklum, trend bisnes pada hari ini lebih cenderung menggunakan platform digital dalam menjual dan mempromosikan produk.

    4. Bagaimanakah konsep operasi dan lokasi PACBE?

    SAIDATU AKHMA: Istimewanya tentang PACBE, baik kelas mahupun bengkel yang dijalankan tidak statik di sesebuah premis seperti dewan serbaguna atau balai raya. Sebaliknya, ia berkonsepkan mobil yang mana kami akan membawa PACBE ke kawasan mengikut permintaan masyarakat setempat.

    Bukan itu sahaja, pelaksanaan modul juga berbeza-beza dan bergantung pada kehendak peserta di lokasi terbabit.

    Sebagai contoh, PACBE akan mengendalikan kelas kemahiran masakan di daerah Jasin, Melaka sekiranya majoriti penduduk memohon untuk belajar memasak atau menganjurkan bengkel menjahit jika itu yang dimahukan oleh komuniti dari Merbok, Alor Setar Kedah.

    5. Direkodkan, bermula pada awal tahun ini hingga September lalu, PACBE berjaya menganjurkan sebanyak 573 program dan disertai 10,096 peserta di seluruh negara. Oleh itu, apakah perancangan JPW untuk program PACBE bagi tahun 2020?

    SAIDATU AKHMA: Alhamdulillah. Melihat sambutan yang amat menggalakkan pada tahun ini, pada tahun 2020 pihak JPW merancang untuk memasarkan himpunan produk peserta di bawah jenama khas PACBE.

    Selain itu, kami juga akan membantu menggerakkan dan mendorong peserta untuk terus komited dalam bidang keusahawanan supaya setiap kemahiran yang diperoleh di PACBE membuahkan hasil lumayan kelak.

    ANEKDOT:

    Pusat Cakna Bangun Ekonomi

    – Terbuka kepada semua wanita dan ibu tunggal termasuk lelaki daripada pelbagai kaum.

    – Tiada syarat atau kriteria tertentu untuk menyertai kelas PACBE.

    – Kadar bayaran yuran adalah berbeza mengikut kategori kursus ditawarkan.

    – Terdapat tiga peringkat iaitu kursus asas (tier 1), kursus kemahiran (tier 2) dan praktikal

    (tier 3).

    – Peserta yang berjaya menamatkan sehingga tier 3 akan mendapat bimbingan khas, sekali gus memperoleh Sjil Kemahiran Malaysia.

    – Seterusnya, didaftarkan dalam program Anak Angkat Usahawan JPW dan dibantu sehingga produk dipasarkan.

    -Maklumat lanjut, layari Facebook: @ppwn atau @jpw



    Sumber

  • Al-Zahrawi Bapa Bedah Moden

    Al-Zahrawi Bapa Bedah Moden

    BAGI mereka yang terlibat dalam bidang perubatan, nama Al-Zahrawi barangkali menjadi ingatan.

    Beliau bukan sahaja terkenal sebagai tokoh Islam disegani kerana ilmu yang dimiliki, tetapi juga seorang saintis hebat dalam bidang perubatan.

    Menelusuri sisi peribadinya, pemilik nama sebenar Abu Al-Qasim Al-Zahrawi itu begitu mengagumkan dunia Islam kerana menjadi rujukan penting dalam ilmu perubatan.

    Terkenalnya beliau apabila dunia Barat menggelarkan nama khas untuknya.

    Beliau dipanggil Abulcasis dalam kalangan sarjana Barat.

    Segmen Cendekiawan Islam pada hari ini menyingkap kehebatan figura masyhur itu yang mendapat jolokan Bapa Bedah Moden.



    Sumber

  • Kelazatan aiskrim Magnum baharu

    Kelazatan aiskrim Magnum baharu

    SETIAP gigitan aiskrim Magnum Macadamia Salted Caramel menjanjikan rasa hebat koko, kekacang halus dan masin karamel sempurna dan seimbang.

    Justeru, bagi peminat kacang macadamia, jangan lepaskan peluang menikmati keenakan aiskrim Magnum baharu tersebut yang telah berada di pasaran tempatan.

    Direka oleh ahli pakar coklat menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi, Magnum Macadamia Salted Caramel menawarkan kenikmatan unggul dengan rasa aiskrim karamel masin (salted) yang menggiurkan.

    Apatah lagi dicelup dalam coklat susu Belgian, macadamia dari Autsralia pula dipanggang rangup.

    Pengarah Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, Magnum yang merupakan peneraju bahan-bahan berkualiti tinggi dan aiskrim premium sentiasa komited dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pencinta aiskrim.

    “Aiskrim Magnum baharu ini, disahkan oleh Rainforest Alliance yang direka khusus berasaskan bahan-bahan seperti coklat Belgian dari Belgium dan kekacang Australia.

    “Pastinya, ia menjanjikan pengalaman unggul kepada orang ramai yang sentiasa mencari kenikmatan aiskrim sebenar,” katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.



    Sumber

  • Seluar lampin Tena untuk warga emas

    Seluar lampin Tena untuk warga emas

    DI Malaysia, direkodkan seramai 1.4 juta rakyat mengalami masalah inkontinens (kegagalan mengawal kencing) yang mana jumlahnya meningkat sebanyak 4.5 peratus setiap tahun.

    Ramai beranggapan masalah tersebut hanya dialami dalam kalangan golongan warga emas.

    Bagaimanapun, tanpa disedari inkontinens juga boleh menjejaskan individu berusia seawal 20 tahun.

    Biarpun tidak mengancam nyawa, tetapi masalah itu wajar ditangani kerana inkontinens dilihat menjejaskan kualiti hidup dan pergerakan seseorang.

    Kajian menunjukkan sebanyak 69 peratus daripada mereka tidak mendapatkan bantuan kerana kerana malu dan terperangkap dalam stigma sosial.

    Lazimnya, kelompok yang berdepan masalah itu lebih cenderung terperuk seharian di rumah dek kekerapan berulang alik ke tandas.

    Justeru, bagi membantu mengatasi keadaan sukar mengawal kencing jenama Tena memperkenalkan lampin pakai buang dalam bentuk seluar.

    Penyerapannya yang lebih baik membantu individu bergerak bebas tanpa berasa malu.

    Tena PantsWeb: www.tena.com.myFacebook: www.facebook.com/TENA.Malaysia



    Sumber

  • Karnival Informasi Pendidikan Iklanika seluruh Malaysia

    Karnival Informasi Pendidikan Iklanika seluruh Malaysia

    LEBIH 200,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Informasi Pendidikan Iklanika yang akan berlangsung selama setahun bermula semalam sehingga April 2020.

    Pengerusi Eksekutif Iklanika Sdn Bhd, Abd Karim Mohamad berkata, pihaknya juga menyasarkan kira-kira 100 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS akan mengambil bahagian pada karnival itu.

    Menurutnya, siri jelajah karnival tersebut di seluruh Malaysia pada Mac dan April 2020 akan bermula di Alor Setar, Kedah sehingga Sabah dan Sarawak.

    “Karnival ini bertujuan menyediakan one stop center atau hentian setempat untuk bakal penuntut universiti, kolej dan institusi akademik memperoleh informasi dalam perancangan dan membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran.

    “Ini kerana ramai dalam kalangan mereka tidak menyedari pelbagai peluang pendidikan yang telah tersedia untuk mereka disebabkan kurangnya pendedahan,” katanya pada perasmian karnival berkenaan di ibu negara semalam.

    Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Najib Ab Rahman.

    Mengulas lanjut, Abd Karim berkata, majlis perasmian semalam adalah edisi pengenalan sebelum ia dilaksanakan secara besar-besaran pada tahun depan.

    Menurutnya, dengan adanya pendedahan secara langsung daripada wakil industri, ia dapat membantu mereka berkongsi mengenai proses permohonan, kursus yang ditawarkan, bantuan pendidikan dan kehidupan di kampus serta menjawab soalan yang berkaitan.

    Pada sesi pengenalan itu, sebanyak 18 pempamer dan 26 reruai daripada IPTA dan IPTS mengambil bahagian.

    Abd Karim (depan, dua dari kanan) bergambar bersama pempamer dan pengunjung Karnival Informasi Pendidikan Iklanika di Kuala Lumpur semalam.

    Abd Karim (depan, dua dari kanan) bergambar bersama pempamer dan pengunjung Karnival Informasi Pendidikan Iklanika di Kuala Lumpur semalam.



    Sumber

  • 10 model Muslimah popular

    10 model Muslimah popular

    SEBAHAGIAN besar pemain industri menyifatkan kemunculan Halima Aden telah membuka pintu untuk model Muslimah lain seperti Mariah, Amina dan Kadija melebarkan sayap dalam industri fesyen antarabangsa.

    Bagaimanapun, baik Halima mahupun Amina masing-masing memiliki tarikan tersendiri.

    Biarpun majoriti merupakan individu dalam keturunan kulit gelap dan beragama Islam, tetapi faktor tersebut bukan menghalang untuk mereka terus menerokai bidang itu.

    Ikuti ceritera 10 ikon popular berhijab dalam Personaliti Femina minggu ini.

    1 Halima Aden

    Wanita muda berdarah Amerika-Somalia ini antara model berhijab yang sedang mencipta nama di pentas fesyen AS sejak tiga tahun lalu. Selain terkenal dengan sifat ramah dan periang, Halima berusia 22 tahun itu sering mendapat jolokan ‘individu pertama’.

    Masakan tidak, beliau yang dilahirkan di kem pelarian Kakuma, Kenya sebelum berpindah ke St Cloud, Minnesota, AS bersama ibunya pada tahun 2005 merupakan peserta pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota 2016 dengan imej berhijab.

    Biarpun hanya layak ke peringkat separuh akhir, namun aura model setinggi 166 sentimeter itu semakin bersinar apabila dipilih menjadi wanita berhijab pertama sebagai penghias muka depan majalah British Vouge.

    Portfolio model yang memiliki sepasang mata berwarna coklat gelap itu bertambah cemerlang selepas menjadi pilihan jenama antarabangsa Sports Illustrated (SI) sekitar awal tahun ini. Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi peragawati Muslim pertama menghiasi kempen pakaian mandi burkini koleksi SI yang direka untuk wanita bertudung.

    Siapa sangka, individu yang sebelum ini pernah menjalani zaman kanak-kanak di kem pelarian, hari ini mengatur langkah penuh bergaya dan berani dalam industri fesyen berprestij. Pemakaian tudung ataupun turban sedikitpun tidak menghalang Halima melebarkan sayapnya sebaris dengan barisan model antarabangsa.

    Kini penuntut Universiti St Cloud State, AS itu bernaung di bawah agensi model, IMG Models yang turut menguruskan model-model popular. Antaranya, ialah Bella Hadid, Gigi Hadid, Gisele Bunchen, Miranda Kerr, Karlie Kloss dan Kate Moss.

    2 Yuna

    Penyanyi Malaysia yang kini mencipta nama di peringkat antarabangsa, Yuna, telah dilamar agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models.

    Pelantun lagu Dan Sebenarnya itu berkongsi detik istimewa berkenaan menerusi laman sosial Instagram @yuna pada 17 September lalu.

    Bicara anak kelahiran Alor Setar, Kedah menerusi Instagram peribadinya: “

    Hello dunia! Ingin saya kongsikan satu berita bersama anda bahawa wanita milik kamu kini telah menyertai @wilheminamodels!

    “Siapa sangka…Kita berjaya lakukannya mak dan bersedia untuk berkhidmat”.

    Secara ringkas, Wilhelmina Models merupakan agensi yang menawarkan perkhidmatan peragaan dan pengurusan bakat berpangkalan di New York, AS. Kendall Jenner, Janice Dickinson, Robyn Lawley, Anjelica Huston dan Rachel Trachtenburg antara barisan model popular bernaung di bawah agensi yang sama.

    Pada bulan September lalu, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai turut memuat naik foto penampilan beliau menghadiri Minggu Fesyen New York 2019 (NYFW 2019). Kehadiran beliau sebagai memenuhi jemputan jenama fesyen seperti DKNY, Sally LaPointe, Jonathan Cohen dan Carolina Herrera.

    YUNA

    YUNA

    3 Neelofa

    Pada 13 Disember tahun lalu, Established Models menerusi Instagram @estmodels mengumumkan kehadiran selebriti dan usahawan terkenal Malaysia, Neelofa dalam agensi model dan bakat antarabangsa berkenaan.

    “Meraikan kedatangan ratu media sosial dalam keluarga Established. Beliau @neelofa bukan sahaja menyerlah dalam media sosial, tetapi merupakan usahawan, aktres dan pengacara televisyen termasuk muncul dalam filem blockbuster, rancangan TV serta menerbitkan program sendiri.

    “Adakah perkara lain yang wanita cantik Malaysia ini tidak mampu lakukan?” soal wakil Established Models yang dipetik dalam Instagram agensi terbabit.

    Menariknya, pengasas tudung Naelofar itu merupakan selebriti tunggal berhijab yang menandatangani kontrak bersama Established Models.

    “Saya berbangga dan teruja untuk mengumumkan bahawa kini menjadi sebahagian daripada @estmodels di London.

    “Terima kasih peluang keemasan ini. Tidak sabar untuk meneroka peluang yang diberikan. Mari kita lakukannya pada tahun 2019 (tahun ini),” jelas Neelofa atau pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor menerusi Instagram.

    Kata-kata Neelofa nampaknya ‘berisi’ apabila tahun ini jadual beliau padat dengan menghadiri Minggu Fesyen New York 2019 dan Minggu Fesyen Milan 2019 antara 4 hingga 23 September lalu.

    4 Hana Tajima

    Sentiasa tampil sopan dengan gaya tersendiri, Hana Tajima antara ikon fesyen berhijab antarabangsa yang popular dalam kalangan wanita Malaysia.

    Mempraktikkan stail yang minimalis, bersahaja dan trendy menyebabkan pereka kelahiran British itu sentiasa menjadi rujukan golongan wanita bertudung.

    Menariknya, kreativiti Hana, 31, dalam seni rekaan fesyen bukan untuk penampilan peribadi semata-mata. Sebaliknya, beliau yang kini menetap di New York, AS, menghidangkan hasil eksperimentasi buat para wanita menerusi kerjasama dengan jenama peruncit pakaian global Jepun, Uniqlo.

    5 Mariah Idrissi

    Empat tahun beliau merupakan wanita Muslim dan bertudung yang pertama menghiasi kempen iklan fesyen antarabangsa.

    Biarpun pernah dikritik pada Minggu Fesyen London kerana disifatkan tidak memiliki kepelbagaian, Mariah, 27, tidak berputus asa.

    Menurut wanita berdarah Pakistan (sebelah ibu) dan Morocco (sebelah bapa itu), beliau berharap kehadirannya sebagai model beragama Islam dan berhijab dapat memberi inspirasi, sekali gus mengubah persepsi negatif khususnya mereka yang terlibat dalam industri.

    “Saya berbangga memakai tudung kerana ia adalah tuntutan agama yang wajib dituruti,” tegasnya yang pernah dipilih untuk kempen Close The Look jenama H&M tahun 2015.

    Terkini, beliau juga antara wajah bagi produk kecantikan Rihanna, Fenty Beauty.

    6 Kadija Diawara

    Merupakan model kelahiran New York, AS yang berdarah Mali-Mesir. Kehadiran beliau dalam industri disedari selepas membuat kemunculan pertama pada Minggu Fesyen New York 2018 menggayakan busana jenama Chromatand Maki Oh.

    Bagaimanapun, beliau yang diuruskan oleh Red Model Management bukan sahaja berbakat dalam dunia peragaan, tetapi turut memiliki Ijazah Sarjana Muda Neurosains.

    Tutur Kadija, beliau amat meminati bidang perubatan, namun fesyen tetap menjadi keutamaan dan istimewa dalam hatinya.

    7 Shahirah Yusuf

    “Saya bukan Kendall Jenner, tetapi gadis berkulit hitam dari timur London yang bakal menggegarkan industri model.”

    Tampak ringkas, namun ciapan Twitter pada November dua tahun lalu sudah cukup untuk menterjemahkan impian Shahirah dalam bidang peragaan.

    SYAHIRAH

    SYAHIRAH

    Bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila bakat wanita kelahiran Inggeris- Somalia itu dikesan oleh Sarah Doukas, individu yang sama mengangkat Kate Moss.

    Selain Elle, wajah Shahirah juga pernah terpampang dalam majalah Vogue Arabia, dan British Vogue.

    8 Ikran Abdi Omar

    Wanita berketurunan Somalia itu antara model Muslim yang pernah terlibat dalam sesi peragaan Minggu fesyen London Modest 2018.

    Kemudian, beliau yang dilahirkan di Sweden muncul pula ada acara gah the Molly GoddardFW18 pada tahun sama.

    Ikran yang kini menetap di Bristol telah menyertai London Booking dan tersenarai dalam Dazed 100 tahun lalu.

    9 Amina Adan

    Wanita berusia 22 tahun itu pernah mengejutkan rakyat Denmark apabila menjadi model hijab pertama direkrut dalam agensi Unique Models pada dua tahun lalu.

    Kemunculan beliau bersama Halima untuk jenama Max Mara pada Minggu Fesyen Milan 2018 mendapat pujian. Tampil mengenakan hijab bercorak harimau bintang dan blazer rona kelabu berjaya menyerlahkan penampilan yang memukau para penonton.

    “Amina memiliki kecantikan tersendiri dan potensi besar sebagai model,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Unique Models, Jacqueline Mikkelsen pada satu temu bual.

    10 Ruba Zai

    Pada usia 25 tahun, sosial influencer Ruba Zai berjaya mengumpul seramai 1.1 juta para pengikut dalam Instagram beliau @HijabHills.

    Wanita berketuran Belanda- Afghanistan itu begitu komited menyediakan pelbagai penggayaan tudung supaya fesyen hijab diangkat dan diterima secara global.

    Nampaknya, percaturan beliau membuahkan hasil apabila baru-baru ini dilamar oleh jenama mewah, Dolce & Gabbana.

    Ruba menjadi sosial influencer hijab pertama menghiasi kempen iklan jenama antarabangsa berkenaan di Belanda.



    Sumber

  • Kolaborasi MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah – Hussamuddin Yaacub

    Kolaborasi MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah – Hussamuddin Yaacub

    KUALA LUMPUR – Masjid Putra, Putrajaya pada tarikh 30 Ogos ini bakal bergema dengan alunan Surah al-Kahfi dan Pesan Kemerdekaan dari Surah A-Kahfi bersempena Malaysia QuranHour kali ke-5 dan sambutan Hari Kebangsaan ke-62.

    Surah tersebut dipilih kerana ianya sarat dengan panduan dan solusi menghadapi zaman penuh cabaran sebagai cara melakukan perubahan ke arah “MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah”.

    “Quran Hour adalah sebuah ajakan untuk kita berkolaborasi bagi menyelamatkan keluarga, organisasi dan negara dengan nilai dari Al-Quran dan As Sunnah. Ia adalah perancangan sehingga tahun 1500H bagi menukar ekosistem agar kita kembali kepada nilai dan panduan dari al Quran. ” kata Datuk Hussamuddin.

    Gerakan berinteraksi dengan al- Quran; Baca, Faham dan Amal melalui kempen tahunan berskala besar, World Quran Hour (WQH) dan Malaysia #QuranHour, yang diaspirasi dan diasaskan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub ini telah mendapat 1.46 bilion capaian di media sosial pada tahun ini berbanding 646 juta capaian pada tahun 2018. World #QuranHour juga telah diadakan di 300 lokasi di 70 buah negara membawa gelombang perubahan dengan al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia.

    Merujuk kepada misi Surah Al-Kahfi pada tahun ini, Dr. Hussamuddin mengatakan bahawa empat kisah yang ada di dalam surah tersebut sangat relevan dengan suasana yang sedang dihadapi oleh kita pada hari ini.

    “Kisah pemilik dua kebun yang dilanda badai di dalam Surah al-Kahf pada saya, seolah-olah badai digital yang sedang meranapkan banyak syarikat media, perbankan dan lain-lain lagi sekarang ini. Ramai yang sombong ketika kita kaya, banyak harta dan ada ramai pengikut. Perkara ini perlu dipimpin dengan nilai dari al-Quran” ulas Datuk Hussamuddin kepada AlHijrah Online

    Kisah Zulkarnain berkolaborasi membina benteng bersama-sama rakyatnya di dalam Surah Al-Kahfi pula menurut Datuk Hussamuddin memberi beliau panduan tentang formula kejayaan dalam berkolaborasi.

    “Kita perlu membina dinding di dalam hati ummah agar hati kita dilindungi dari anasir perosak. Dengan meningkatkan iman dan kembali kepada al-Quran, Insya-Allah kita akan mampu menguruskan harta, ilmu dan kuasa dengan lebih baik” kongsi Hussamuddin.

    Keinginan untuk melihat perpaduan yang jitu dan kehidupan harmoni dalam masyarakat juga menyebabkan beliau sering mencetuskan idea yang banyak menyumbang kepada kecintaan kepada ilmu dan nilai murni sejagat, tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.

    Sebagaimana tabloid Sinar Harian yang neutral dalam pelaporannya, beliau juga sentiasa berusaha menterjemahkan nilai-nilai murni dalam peribadinya di rumah, tempat kerja dan masyarakat. Impian untuk “Masuk Syurga Sekeluarga” menjadi dorongan kuat bagi beliau menyumbang kepada ummah melalui pelbagai kebolehan dalam variasi bidang.

    Di dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan, beliau percaya tiada panduan yang lebih baik selain merujuk kepada panduan dari al Quran dan sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw.

    Terapi dari al-Quran menumbuhkan kekuatan dalam diri beliau. Contohnya beliau mengambil inspirasi dari surah An-Nur yang ada menyebut tentang sifat pohon zaitun yang teguh di pergunungan.

    Seseorang yang ingin berjaya akan tetap teguh melawan angin dan badai, kerana semakin tinggi keberadaan seseorang itu, semakin kuat ujian melanda.

    Sifat-sifat dan pedoman sebeginilah yang cuba diterap dalam gerakan berinteraksi dengan al Quran (Baca, Faham, Amal) untuk dihayati oleh masyarakat bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berbudi dan penyayang, ‘A Nation of Compassion’.

    Walaupun sibuk dengan pelbagai tanggungjawab antaranya tugas hakiki sebagai Pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan dan Penerbit di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Pengerusi TV AlHijrah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan terbaharu Pengerusi Raudhah City, sebuah syarikat pemaju perumahan, beliau tetap istiqamah dalam melestarikan gerakan al-Quran di Malaysia dan ke seluruh dunia.



    Sumber