Blog

  • Selesa, anggun busana kain kapas

    Selesa, anggun busana kain kapas

    LAMBAKAN material moden dalam variasi warna, corak dan desain sedikitpun tidak berjaya memikat hati Pengasas Cotton Metaphore, Rosminah Hanim Mohd Adnan.

    Bicara wanita berusia 33 tahun itu, untuk menghasilkan koleksi busana tradisional yang tampak klasik dan vintaj, maka kain kapas merupakan fabrik paling ideal.

    Apatah lagi sifatnya yang ringan dan mudah diuruskan membuatkan pakaian berasaskan kain berkenaan sesuai digayakan oleh setiap lapisan peringkat umur.

    “Semuanya tercetus apabila dua cahaya mata saya mengalami ekzema (sejenis keadaan kulit yang menjadi kering, merah, merekah dan gatal). Jika tersalah pilih pakaian, ia akan menjejaskan kondisi kulit anak-anak.

    “Disebabkan mengalami kesukaran mencari baju serap peluh dan bersesuaian dengan kulit mereka, lantas saya mengambil keputusan menghasilkan dan menjual pakaian kanak-kanak menggunakan kain kapas sekitar tahun 2015,” imbasnya ketika bertemu Femina baru-baru ini.

    Bertitik tolak daripada episod itu, melihat sambutan memberangsangkan, Rosminah Hanim yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak tekad menambah cabang bisnes. Mereka busana tradisional untuk golongan wanita jadi tumpuannya.

    Jika sebelum ini, para pelanggannya merupakan kelompok ibu dan bapa, tetapi kini Cotton Metaphore mula menjadi tumpuan penuntut, guru dan eksekutif muda berusia antara 24 hingga 35 tahun.

    Istimewanya, koleksi fesyen Cotton Metaphore bukan sahaja menawan digayakan pada majlis formal, bahkan cantik dipakai ke pejabat, kuliah ataupun memenuhi undangan perkahwinan.

    Justeru, apakah jenis kain kapas yang menjadi pilihan Rosminah Hanim untuk menghasilkan busana tradisional di bawah jenamanya, Cotton Metaphore?

    Rosminah Hanim

    Rosminah Hanim

    Ikuti perkongsian eksklusif bekas pegawai bank tersebut bersama wartawan Femina, IZYAN LIYANA MOHD DARIF.

    1 Jika diperhatikan industri fesyen sentiasa berkembang dengan kehadiran material baharu dan moden. Pun begitu, jenama Cotton Metaphore nampaknya lebih cenderung memilih kain kapas. Mengapa fabrik kapas menjadi pilihan berbanding kain sari, sifon atau likra?

    ROSMINAH HANIM: Sememangnya, Cotton Metaphore ingin dikenali sebagai jenama yang mengetengahkan busana berasaskan kain kapas klasik. Inisiatif ini dilaksanakan selepas mengambil kira beberapa aspek khususnya berkait rapat dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

    Lagipun sifat kain kapas itu sendiri membantu memberi keselesaan kepada si pemakai apabila menyerap dengan baik. Ketebalan kain yang sederhana pula mewujudkan pengudaraan bagi mengelakkan masalah ruam, kegatalan dan kerengsaan pada kulit badan.

    Pada masa sama, koleksi pakaian menggunakan fabrik kapas mudah dijaga dan desainnya tidak pernah ditelan zaman.

    2 Justeru, apakah jenis kain kapas yang digunakan?

    Buat masa ini, koleksi fesyen Cotton Metaphore diperbuat daripada variasi kain kapas antaranya ialah kain kapas Jepun, linen, viscose, lawn, batik premium dan kain kapas Jerman.

    3 Boleh huraikan lebih lanjut signifikan fabrik terbabit dalam rekaan busana jenama Cotton Metaphore?

    Seperti yang kita sedia maklum, setiap jenis kain kapas memiliki keistimewaan tersendiri. Kain kapas viscose dan lawn misalnya, sesuai untuk koleksi jubah dan dres labuh kerana tekstilnya yang lembut cantik beralun.

    Sementara itu, kain kapas linen pula digunakan untuk menghasilkan himpunan pakaian polos kerana serat benangnya kelihatan cantik dan menyuntik aura klasik. Namun begitu, untuk efek yang sedikit berkilat pada baju kurung polos, saya gabungkan bersama fabrik Jerman.

    Bagi busana bercorak bunga, kain kapas Jepun menjadi pilihan memandangkan ketebalan kainnya yang sederhana sesuai untuk pelbagai potongan baju. Bertambah istimewa warnanya juga tidak mudah luntur dan hanya memerlukan aspek penjagaan serta proses menggosok yang minimum.

    Dalam pada itu, memahami trend ‘demam’ batik yang melanda sejak awal tahun ini, material kain kapas batik premium turut menjadi pilihan ideal jenama ini.

    4 Majoriti penuntut di kampus gemar menyarungkan baju kurung, baju Kedah ataupun kebaya berasaskan kain kapas untuk menghadiri kuliah. Apakah faktor yang mendorong mereka memilih corak pemakaian sedemikian?

    Seperti yang dijelaskan, baju berasaskan kain kapas memberikan keselesaan berpanjangan pada si pemakai. Ia juga tahan lasak dan tidak mudah berkedut.

    Meskipun tampak ringkas, namun busana kain kapas memiliki pesona yang tersendiri.

    5 Bagi wanita bertubuh langsing mungkin tidak berdepan sebarang masalah untuk bergaya, tetapi bagaimana pula dengan kaum Hawa yang berbadan gempal?

    Adakah mereka berpeluang menyarungkan busana khususnya baju kurung kain kapas?Sesetengah wanita gempal enggan memakai baju kain kapas kerana bimbang fabrik tersebut membuatkan mereka kelihatan lebih besar.

    Hakikatnya persepsi itu tidak benar kerana ia bergantung pada corak dan jenis kain kapas. Wanita berbadan gempal masih berpeluang tampil anggun dan menawan dalam persalinan pakaian kain kapas lembut dan beralun seperti lawn atau viscose. Paling penting harus memilih motif flora kecil dan warna gelap bagi memberikan siluet yang lebih kurus.

    6 Boleh kongsikan, selain baju kurung moden apakah rekaan yang ditawarkan di Cotton Metaphore?

    Koleksi Cotton Metaphore terbahagi pada tiga potongan utama iaitu baju kurung, kebaya dan peplum.

    Dalam kategori baju kurung wanita diberi pilihan baju kurung mini, baju kurung midi, baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung cekak musang dan baju kurung Kedah.

    Kebaya pula hadir dalam himpunan kebaya pendek Nyonya dan kebaya labuh manakala peplum rekaannya peplum pleated dan peplum kebaya.

    7 Bagaimana pula dengan permainan warna dan motif rekaan Cotton Metaphore?

    Setakat ini, signatur kami terletak pada nuansa biru gelap, hijau zamrud, kuning pucat (mustard) dan merah hati kerana palet warna seumpama itu tampak lebih menonjol berbanding rona pastel.

    Dari segi motif, selain bunga kami turut menerapkan corak abstrak dan geometri. Sesekali akan menyelitkan koleksi khas yang mengikut trend semasa seperti corak batik.

    8 Adakah baju Cotton Metaphore boleh dipraktikkan konsep suai dan padan?

    Tentu sekali. Bagi mencipta look (gaya) kasual, wanita hanya perlu memadankan top kebaya pendek, baju kurung mini atau peplum dengan seluar jean potongan tirus palazo atau skirt pleated.

    Sementara itu, busana polos pula boleh diserikan dengan helaian selendang, aksesori ataupun pelengkap gaya warna kontra.

    Profil

    Nama penuh: Rosminah Hanim Mohd Adnan

    Umur: 33 tahun

    Asal: Bagan Datoh, Perak

    Adik beradik: Anak ke-4 daripada

    5 beradik

    Anak: Marissa Amani Mohd Izuan, 7 dan Muhammad Irfan, 4

    Pendidikan: Sarjana Muda Biologi, Universiti Kebangsaan Malaya

    Kain kapas kegemaran: Kain kapas Jepun

    Jawatan: Pengasas Cotton Metaphore

    Instagram: @cottonmethaphore

    Lokasi: Persiaran Tasik Seksyen 14, Shah Alam

    Sumber

  • ‘Abbas Ibn Firnas pelopor bidang penerbangan

    ‘Abbas Ibn Firnas pelopor bidang penerbangan

    DALAM dunia penerbangan, nama ‘Abbas Ibn Firnas begitu masyhur sebagai antara pelopornya.

    Pemilik nama sebenar Abu al-Qasim ‘Abbas Ibn Firnas Ibn Wardus itu merupakan individu pertama yang mencipta alat peluncur terbang.

    Bukan itu sahaja, tokoh hebat itu juga menjadi juruterbang yang pertama.

    Begitu hebatnya figura berkenaan hinggakan ciptaan beliau ‘membuka’ kajian dalam bidang penerbangan untuk dimanfaatkan kita pada hari ini.

    Jom kenali ilmuan Islam itu dengan lebih dekat.

    (ARTIKEL BERKAITAN: Manusia pertama meluncur di udara)

    Sumber

  • Fahami konsep istito’ah sebelum tunai haji

    Fahami konsep istito’ah sebelum tunai haji

    KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini perlu memahami konsep istito’ah sebelum menunaikan ibadah haji yang mana ia merupakan salah satu perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu dan menjadi kewajipan dalam menjalankan ibadah itu.

    Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kemampuan menunaikan haji atau istito’ah mempunyai pengertian luas yang merujuk kepada kemampuan mengerjakan haji daripada segi kewangan, bekalan, kenderaan dan perjalanan yang aman.

    Beliau berkata, istito’ah segi bekalan membawa kepada pengertian bekalan mencukupi baginya menuju ke tanah suci sehingga pulang di samping bekalan yang mencukupi bagi keluarga di bawah tanggungannya di tanah air.

    “Istito’ah dengan makna ada kenderaan yang menyampaikan ke Makkah pula seperti kapal terbang atau kenderaan selesa, termasuk perjalanan menuju ke sana penuh dengan aman. Tidak ada rusuhan, tidak ada perkara membawa peperangan dan seumpamanya,” katanya kepada Bernama menerusi Lembaga Tabung Haji (TH).

    Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Foto Bernama

    Zulkifli Mohamad Al-Bakri – Foto Bernama

    Zulkifli berkata, istito’ah untuk menunaikan haji juga merujuk kepada beberapa faktor yang penting iaitu termasuk mahram, kesihatan, kuota atau kebenaran haji daripada kerajaan Arab Saudi dan keselamatan.

    Katanya, berdasarkan Mazhab Syafie, keperluan mahram dilebarkan mengenai kebolehan wanita pergi ke Makkah apabila wujudnya nisak thiqah, bermaksud jika ketiadaan suami atau mahram, maka dibolehkan pergi bersama dua perempuan yang dipercayai, amanah dan taat atau thiqah dan memadai juga kepadanya seorang wanita yang thiqah.

    “Inisiatif dari TH amat jelas apabila adanya pihak tertentu yang sama-sama membantu sebagai satu keluarga besar haji. Kita anggap mahram adalah penting bahkan wajib tetapi bentuknya yang pertama adalah mahram seperti adik-beradik, bapa begitu juga suaminya. Sekiranya tidak ada, wanita thiqah sebagaimana dinaskan dalam Mazhab Syafie diperlukan,” katanya.

    Beliau berkata, bagi makna istito’ah bagi kemampuan kesihatan mengerjakan haji, kajian dibentangkan dalam muzakarah haji membahagikan kemampuan kesihatan kepada dua bahagian iaitu merujuk kepada kesihatan kronik dan tidak kronik.

    Katanya, menerusi muzakarah itu mereka mengalami kesihatan kronik, sukar dan terpaksa membelanjakan jumlah perbelanjaan yang besar sekiranya dipilih sebagai jemaah, tidak termasuk dalam golongan istito’ah dan boleh dibadalkan hajinya.

    “Sakit yang dianggap sebagai tidak kronik seperti asma, kencing manis, darah tinggi, gaot atau seumpamanya yang memungkinkan dengan menggunakan ubat-ubatan atau dengan bantuan Tabung Haji melalui pegawai kesihatan yang ditugaskan, maka di situ kemampuan kesihatan seperti itu dibolehkan.

    “Tetapi, kita juga perlu mengambil inisiatif atau ikhtiar dengan mencukupkan sedikit kewangan khusus untuk ubat-ubatan kerana bimbang jika kehabisan ubat dan perlu membelinya di farmasi,” kata Zulkifli.

    Beliau berkata, kuota atau kebenaran mengerjakan haji dikeluarkan kerajaan Arab Saudi juga termasuk dalam istito’ah bagi menghormati polisi sesebuah negara kerana asas dipegang dan dilaksanakan mereka.

    “Sekali pun kita bertubuh sihat, duit mencukupi bahkan melebihi serta memenuhi semua syarat, seseorang jemaah itu tidak dianggap istito’ah, bahkan perlu menunggu hingga sampai giliran sampai barulah dikira istito’ah.

    “Kita kena faham, bukan kita sahaja, tetapi umat Islam dari pelusuk dunia mahu melaksanakan haji termasuk negara seperti Amerika Syarikat, England, Perancis, Jerman atau Jepun. Itu belum lagi negara yang mempunyai jumlah orang Islam ramai seperti Indonesia, Turki, Mesir juga Malaysia,” katanya.

    Justeru katanya, meraikan dan mematuhi isu mengenai kuota haji atau kebenaran haji yang dipanggil tashrih atau kebenaran melaksanakan ibadat haji adalah perkara yang juga termasuk dalam istito’ah haji.

    Zulkifli berkata, bagi istito’ah dalam aspek keselamatan, ia seharusnya dilihat kepada diri sendiri serta keluarga dan perlu dilihat dalam bentuk lebih luas daripada dasar atau pandangan negara sekiranya berlaku pergolakan atau musibah membawa kepada ketidakamanan serta risiko kepada jemaah haji.

    “Keselamatan hendaklah diambil kira kerana keamanan dalam perjalanan, di tempat tujuan dalam melaksanakan haji penting yang perlu kita fahami sebaiknya supaya ibadah haji dilakukan dalam keadaan hati tenang dan sempurna akhirnya dengan kesempurnaan melayakkan seseorang mendapat haji mabrur,” katanya.

    Beliau berkata, sekiranya berlaku ancaman dalam perjalanan atau peperangan menuju tanah suci yang tidak mempunyai jaminan keselamatan, wabak besar menyebabkan kepada kebinasaan, dan keselamatan tempat dituju tidak memenuhi spesifikasi juga membawa kepada ketidakwajiban dalam menunaikan haji kerana tidak dianggap sebagai istito’ah. – Bernama

    Sumber

  • OPPO Reno2 First Sales Roadshow Achieved Double the Sale Compared to its Predecessor

    October 26, 2019, Kuala Lumpur, Malaysia – OPPO recently launched its revolutionary OPPO Reno2 series in Malaysia enabling Malaysians to empower their creativity with steady video performance and high definition photography features. OPPO opened up to their first sales of the OPPO Reno2 series at an interactive and rewarding roadshow event held at Sunway Pyramid, LG, Orange Concourse. The first sale roadshow of OPPO Reno2 also achieved double the sale compared to the previous model, the OPPO Reno.

    If you are looking to upgrade your smartphone to a high-performing model, that offers multiple features in photography and videography coupled with a sleek modern design, the OPPO Reno2 roadshow checks all boxes. The smartphone model has partnered with telco giants like Maxis, Digi and Celcom to offer multiple mobile deals and packages for customers eager to lay their hands on the latest OPPO Reno2. O-fans and consumers can make their way to the roadshow to learn more about these deals and make value purchases.

    “The overwhelming response we received to the Reno series, acted as a stimulus for us to introduce the Reno2 to Malaysia. Retaining its original impact on art and creativity, the Reno2 takes user experience even one step forward. We are sure that customers who experience the Reno2 will be amazed by what they can achieve with a smartphone. The Reno2 will lend a new perspective and set new expectations for creators and artists,” said Nikki Chen, Marketing Director, OPPO Malaysia.

    Adding glamour to the roadshow, singer and songwriter Eric Chou made a much-anticipated appearance to the roadshow, delighting O-fans and other attendees. The charming personality entertained the crowds with his melodious voice and wit, as well as participated in a meet and greet session with excited fans.

    Staying true, to their vision of creativity and limitless imagination, the OPPO Reno2 roadshow allowed attendees to experience the upgraded features that has been raving in the media. Attendees came to understand the credibility that the Reno2 was given with high performance in its photography, videography and overall presentation. It truly is all one needs to imagine and create further. OPPO Reno2 is poised for an exciting journey in Malaysia.

    Customers who couldn’t wait to get their hands on the latest device started queuing at the OPPO Reno2 First Sale Roadshow as early as 6:00 am. Wei Qin, the first one at the queue enthuses, “I’m thrilled to be the first one to get the OPPO Reno2. I really love their Ultra Night Mode feature, and I can’t wait to try it out! Also, I’m glad that OPPO is giving out free bubble teas to all of us waiting, it just shows how much they care and appreciate their customer”.

    Advanced Camera Tech Unleashes User Creativity
    OPPO is dedicated to pushing the boundaries of mobile photography. The Reno2 will come equipped with four cameras that provide a full focal length imaging system; offering a 5x Hybrid Zoom, Ultra-Wide Angle lens and more. Three lenses of varying focal lengths work in unison to create a unique 5x Hybrid Zoom effect from the ultra-wide-angle to telephoto, which also fuses image technology to ensure a smooth, seamless zoom transition. This means crisp, ultra-high-quality imaging in long-distance scenarios; like presentations where textual information needs to be seen, or at a concert when users want to capture a clear picture of on-stage performers. The Ultra-Wide Angle lens feature provides an impressive 116° perspective, bringing out even more different images and photo themes. Users can now shoot vast and boundless landscapes day or night, and even in small or confined spaces, demonstrating the handset’s exceptional performance regardless of the subject or environment.

    With a 48MP primary lens equipped with Optical Image Stabilization, F1.7 aperture, and a 1/2-inch sensor along with Quad Bayer technology, Reno2 can achieve better performance in low light. The Reno2 Series’ Ultra Dark Mode covers an entire range of different night scenes via a powerful NPU, and OPPO fine-tuned algorithms. Even if light levels measure below 1 lux, it elevates your photos beyond naked eye through hardware network-optimized AI noise reduction. Meanwhile, software dynamic exposure adjustments also secure optimal picture brightness allowing you to reveal objects in the night with the use of a built-in NPU speeding up picture processing. While the naked human eye can’t penetrate darkness, with Reno2 now users can capture stunning scenes such as fireflies at night and candlelight dinners.

    But a single photo can’t tell a whole story, and with social media users increasingly shooting video, OPPO is paying more attention to Videography than before. OPPO’s industry-leading Ultra Steady Video Mode technology ups the stability of videos, enabling users to capture steady videos while running, skiing, skateboarding, cycling, and more. It’s achieved through an IMU measuring device with a high sampling rate and a hull sensor, equipped with Electronic Image Stabilization and Optical Image Stabilization. These compensate users’ shaky shots more accurately, and together with a 60fps frame rate, enhance image stabilization, fluency, and overall image quality.

    User-centric design combines practicality with style

    The Reno2 is also equipped with a 6.5” AMOLED screen, 2400×1080 resolution, and a screen-to-body ratio of 93.1%, made from durable 6th Generation Corning® Gorilla® Glass. The Reno2 F feature a slightly smaller 6.5’’ AMOLED screen, with 2340×1080 resolution, and a screen-to-body ratio of 91.1%, made from toughened 5th Generation Corning® Gorilla® Glass. The Reno2 comes with the improved Sunlight AMOLED Screen, which offers sufficient brightness even in bright outdoor environments while extending screen service life by 50% and reducing power consumption by 6%. The Reno2 comes with a Shark fin Pop-up Camera, which supports an ultra-clear backlit shots and all-new AI Beauty Mode while the Reno2 F feature a 16MP pop-up front camera featuring an Atmosphere Light.

    The Reno2 series feature seamless, one-piece curved bodies, and with the use of three-layer stripping technology, OPPO has achieved a glossier, multi-toned look that shows off different color shades from different angles. This creation of a varying and dynamic aesthetics contrasts the Reno series, which conveyed a more reserved, static design. They feature rear cameras that remain hidden under the back cover, which itself is made from durable 5th Generation Corning® Gorilla® Glass.

    The OPPO Reno2 Series “Twilight Mist” color way takes influence from the mesmerizing beauty of nature. Using sophisticated manufacturing techniques, deep hues combine with dream-like neon detail for a graceful, iridescent color that moves in a different light. For Luminous Black, the light-emitting area employs a roll-processed uneven nano-texture, which achieves an illuminating effect when viewed from a specific angle. The use of the Ribbon Transfer 2.0 process produces a unique color gradient effect which is superimposed over the illuminated texture, which is exclusive to the OPPO Reno2 series. The gradual illumination effect causes the black color to change brightness levels when viewed from different angles, similar to varying depths of water and representing the mysterious beauty of the deep sea.

    Cutting-edge hardware and software that delivers superb performance
    The Reno2 Series is powered by ColorOS 6.1, running on the latest version of Android Pie 9.0, featuring a smoother and more enjoyable user experience. It provides a brand-new visual experience, including wallpaper designs that better match the phone’s exterior design. Light, elegant, and borderless gradient colors are used to replace the previously used large-area color blocks, and new gestures to manage navigation make the phone more comfortable to operate with a single hand.

    This Reno2 series offers a complete gaming experience, with optimized features like Touch Boost 2.0, Frame Boost 2.0 and Game Space. Touch Boost 2.0 helps users avoid common pitfalls of running hardcore titles while Frame Boost 2.0 analyses the status of mobile performance so that frame rate and stability will be adjusted to prioritize a first-class gaming experience. Frame Boost 2.0 will also allocate resources to avoid the consumption of too much power and the heating of the phone. What’s more, Game Space collectively manages game apps to give users a distraction-free and more immersive gaming experience. Overall, the Reno2 Series has five-star gaming performance certification from TUV Rheinland, which tests the overall gaming performance of the phone from the screen, battery life, performance, and signal strength.

    Also, OPPO has been concentrating on video content to deliver a more immersive experience together with the Reno2’s series’ high quality screen, Dolby Atmos®, and Hi-Res Audio.

    The OPPO Reno2 series features fast and safe VOOC Flash Charge 3.0 technology. This uses a new VFC algorithm, significantly shortening the final 10% of charging time by doubling the trickle charging speed. VOOC Flash Charge 3.0 combines with the Reno2 series’ 4,000mAh (Typ) battery to provide users with a much longer-lasting battery.

    OPPO Reno2 series pricing and sales

    The OPPO Reno2 is priced at RM2,299 while the Reno2 F is priced at RM1,599. Consumers can purchase their OPPO Reno2 at OPPO Concept Store, OPPO Official dealer stores or online at OPPO Official Website, e-commerce partners’ store at Lazada or Shopee; and OPPO Chain store partners Senheng, senQ, and DirectD..
     
    OPPO Reno2 Deals
    OPPO Reno2 is available for sale today onwards at every OPPO Concept Store, OPPO Official dealer stores or online at OPPO Official Website, e-commerce partners’ store at Lazada or Shopee; telco partners namely Celcom Digi Maxis, and OPPO Chainstore partners Senheng, senQ, and DirectD. AEON customer, you can use your AEON credits to get the OPPO Reno2 with low interest for a 12-month instalment. No deposit and credit card required! available in every concept stores, selected outlets and selected Telco stores from now till 30th November 2019.

    Public Bank card holders, are also entitled to enjoy special promotions in the Spend & Win contest.From 26th October – 30th November 2019, Public Bank Card holders stand a chance to win OPPO RENO 2 (RM2299) or Weloop Neo Smartband (RM389). However, customers that purchase the OPPO Reno2 with zero interest installment plan will be entitled to 2 lucky draw entries. And if you’re an early bird, first 100 customers will receive 3% cash back (Capped at RM50) when purchasing the OPPO Reno2 with Public Bank at OPPO Concept Stores. Terms & Conditions Apply.

  • Siri OPPO Meneruskan Momentum Perkembangan di Malaysia Dengan Pelancaran Siri Reno2


    OPPO mengembangkan dua kedai perdana baharu di The Garden Mall dan Pavilion, ditetapkan untuk memberikan para pengguna pengalaman jenama yang lebih premium

    Kuala Lumpur, Malaysia – OPPO, jenama peneraju telefon pintar terkemuka di dunia, hari ini melancarkan Siri Reno2 baharu di Malaysia bertempat di Nexus Connexion. Siri yang terdiri daripada Reno2 dan Reno2 F akan mensasarkan untuk menyusun semula sempadan kreativiti untuk rakyat Malaysia dengan ciri-ciri peningkatan fotografi dan videografi mereka. 

    https://youtu.be/-YTyCoJO1_U

    Nikki Chen, Pengarah Pemasaran OPPO Malaysia berkata “Dalam jangka masa pendek 5 tahun di Malaysia dan 10 tahun berada di pasaran antarabangsa, OPPO telah menjadi jenama telefon pintar isi rumah dan telah mengukuhkan dirinya sebagai jenama kegemaran pengguna dengan hampir 4.4 juta orang pengguna OPPO di Malaysia. Tahun ini telah menjadi tahun penuh dengan perubahan yang menarik kepada OPPO. Kami telah menjadi sangat yakin bahawa kami ingin meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan. Oleh itu, kami telah menyelaraskan barisan produk kami iaitu kepada hiburan menyeluruh Siri A 2020, Siri kreatif Reno dan Siri premium FIND. Setiap Siri bercakap dengan sendiri dalam memenuhi kehendak sebenar para pengguna. Yang mana, Siri Reno adalah berdasarkan Siri F dan R yang terkenal, bercita-cita untuk menawarkan reka bentuk yang lebih bergaya dan teknologi pengimejan yang berkuasa tinggi.

    Menurut laporan terbaharu daripada Canalys, OPPO terus mengekalkan kedudukan mereka sebagai jenama telefon pintar yang mendapat permintaan kedua tertinggi di Malaysia untuk empat suku berturut-turut sejak Q3 2018. OPPO juga turut mencatatkan peningkatan sebanyak 23% dalam jumlah penghantarannya berbanding tahun lepas, menjadikannya jenama telefon pintar kedua yang paling cepat berkembang di Malaysia di antara semua jenama pesaing yang lain. OPPO juga telah menguasai 20% bahagian pasaran iaitu yang kedua tertinggi dalam industri telefon pintar Malaysia dengan jumlah peningkatan pertumbuhan sebanyak 7% berbanding tahun lepas.

    “Walaupun kami sangat berbangga di atas pencapaian kami, namun kami tidak akan berhenti dengan komitmen kami dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna kami. Untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti tinggi kepada semua pengguna kami, kami sangat teruja untuk mengumumkan pengembangan kedai kami: dua kedai perdana baharu akan diperkenalkan di The Garden Mall dan Pavilion, sebagai sebahagian dari usaha berterusan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang cemerlang dan premium kepada semua pengguna kami.” tambah Nikki Chen.

    Teknologi Kamera Canggih Membebaskan Kreativiti Para Pengguna
    OPPO sentiasa berdedikasi untuk melangkaui sempadan fotografi telefon mudah alih. Reno2 akan dilengkapi dengan empat kamera yang menyediakan sistem pengimejan panjang fokus penuh; menawarkan 5x Zum Hibrid, lensa Sudut Ultra Lebar dan banyak lagi. Tiga lensa panjang fokus pelbagai berfungsi bersama-sama untuk mencipta kesan 5x Zum Hibrid yang unik dari sudut ultra lebar ke telefoto, yang juga menggabungkan teknologi imej untuk memastikan peralihan zum yang sempurna dan lancar. Ini bermakna pengimejan yang berkualiti ultra tinggi dan sempurna dalam senario jarak jauh, seperti ketika memberikan penyampaian di mana maklumat teks perlu dilihat, atau ketika berada di konsert apabila pengguna ingin menangkap gambar artis di atas pentas yang lebih jelas. Ciri kanta sudut ultra lebar memberikan perspektif 116° yang mengagumkan, di mana ianya membawakan lebih banyak imej dan tema foto yang berbeza. Para pengguna kini boleh menangkap landskap yang luas dan tidak terbatas tidak kira pada waktu siang atau malam, malahan juga di ruangan yang kecil atau terkurung, memperlihatkan prestasi luar biasa telefon bimbit tanpa mengira apa jua jenis subjek atau keadaan persekitaran.

    Dengan lensa utama 48MP yang dilengkapi dengan Penstabilan Imej Optik, aperture F1.7, dan sensor 1/2-inci bersama-sama dengan teknologi Quad Bayer, Reno2 dapat mencapai prestasi yang lebih baik dalam cahaya rendah. Mod Gelap Ultra Siri Reno2 ini merangkumi keseluruhan pemandangan malam yang pelbagai melalui NPU yang berkuasa tinggi, dan algoritma OPPO yang diperhalusi. Walaupun tahap cahaya mengukur di bawah 1 lux, ia meningkatkan foto anda melangkaui mata kasar melalui perkakasan rangkaian pengurangan hingar AI yang dioptimumkan. Sementara itu, pelarasan perisian pendedahan dinamik juga menjamin kecerahan gambar yang optimum yang membolehkan anda untuk mendedahkan objek pada waktu malam dengan penggunaan NPU mempercepat pemprosesan gambar terbina dalam. Walaupun mata kasar manusia tidak dapat menembusi kegelapan, kini dengan Reno2 para pengguna dapat menangkap gambar pemandangan yang menakjubkan seperti pemandangan kunang-kunang pada waktu malam dan juga makan malam yang dihiasi lilin.

    Tetapi hanya dengan satu gambar tidak dapat menceritakan keseluruhan jalan cerita, dan dengan pengrekodan video yang semakin meningkat dari para pengguna media sosial, OPPO kini memberikan lebih perhatian kepada Videografi berbanding sebelum ini. Teknologi Mod Video Ultra Stabil peneraju industri OPPO ini meningkatkan kestabilan video, membolehkan para pengguna mengambil video yang stabil semasa berlari, bermain ski, papan luncur, berbasikal dan banyak lagi. Ia dicapai melalu peranti mengukur IMU dengan kadar pensampelan yang tinggi dan sensor lekapan, dilengkapi dengan Penstabilan Imej Elektronik dan Penstabilan Imej Optik. Ini mengimbangkan tangkapan gambar bergoyang para pengguna dengan lebih tepat, dan bersama-sama dengan kadar bingkai 60fps, meningkatkan penstabilan imej, kelancaran dan kualiti imej secara keseluruhan.

    Reka bentuk citarasa pengguna menggabungkan fungsi dan gaya
    Reno2 juga dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.5”, resolusi 2400×1800, dan nisbah skrin ke badan sebanyak 93.1%, diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-6 yang tahan lama. Reno2 F dicirikan dengan skrin AMOLED 6.5” yang lebih kecil, dengan resolusi 2340×1080, dan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.1%, diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-5 yang diperkuatkan. Reno2 dilengkapi dengan skrin AMOLED Sunlight yang dipertingkatkan, yang menawarkan kecerahan yang mencukupi walaupun dalam persekitaran luar yang terang sambil memanjangkan hayat perkhidmatan skrin sebanyak 50% dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 6%. Reno2 juga dilengkapi dengan kamera terangkat sirip ikan yu, yang menyokong tangkapan cahaya belakang ultra jelas dan Mod Kecantikan AI serba baharu manakala Reno2 F dilengkapi dengan kamera depan terangkat 16MP yang menampilkan Cahaya Atmosfera.

    https://youtu.be/2JyXIZcc_74

    Siri Reno2 mempunyai ciri bentuk yang sempurna, hanya dengan sekeping badan yang direka melengkung, dan dengan menggunakan teknologi tiga lapisan pelucutan, OPPO telah mencapai rupa yang lebih berkilat dan kepelbagaian warna di mana warna-warna yang berbeza ditunjukkan dari setiap sudut pandangan yang berbeza. Penciptaan estetika yang berbeza-beza dan dinamik ini berbeza dengan siri Reno, yang memberikan reka bentuk yang lebih tersusun dan statik. Kedua-duanya dilengkapi dengan kamera belakang yang kekal tersembunyi di bawah penutup belakang, di mana ianya diperbuat daripada Corning® Gorilla® Glass generasi ke-5 yang tahan lama.

    Cara warna Siri OPPO Reno2 “Twilight Mist” mengambil pengaruh dari keindahan alam yang memukau. Menggunakan teknik pembuatan yang canggih, warna-warna dalam bergabung dengan warna neon terperinci lalu menghasilkan warna yang anggun dan iris yang bergerak dalam cahaya yang berbeza. Untuk Luminous Black, kawasan pemancaran cahaya menggunakan proses berbalik tekstur nano yang tidak seimbang, yang mencapai kesan pencahayaan apabila dilihat dari sudut tertentu. Penggunaan proses Ribbon Transfer 2.0 menghasilkan kesan kecerunan warna yang unik yang ditapis melalui tekstur yang diterangi, di mana ianya sesuatu yang eksklusif untuk Siri OPPO Reno2. Kesan pencahayaan yang beransur-ansur menyebabkan tahap kecerahan warna hitam berubah apabila dilihat dari sudut yang berbeza, yang menyerupai kepelbagaian kedalaman air dan mewakili keindahan misteri laut dalam.

    Perkakasan dan perisian canggih yang memberikan prestasi yang luar biasa
    Siri Reno2 dikuasakan oleh ColorOS 6.1, menggunakan versi terkini Android Pie 9.0, yang memberikan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan lebih menarik. Ia menyediakan pengalaman visual serba baharu, termasuk rekaan kertas dinding yang disesuaikan dengan reka bentuk luaran telefon. Warna kecerunan yang ringan, elegan dan tanpa sempadan digunakan untuk menggantikan blok warna kawasan yang digunakan sebelumnya, dan gerak isyarat baharu untuk menguruskan navigasi membuatkan telefon lebih selesa untuk digunakan walau hanya dengan satu tangan sahaja.

    Siri Reno2 ini menawarkan pengalaman permainan yang lengkap, dengan ciri-ciri yang dioptimumkan seperti Touch Boost 2.0, Frame Boost 2.0 dan Game Space. Touch Boost 2.0 membantu para pengguna mengelakkan kesulitan umum menjalankan tajuk tegar manakala Frame Boost 2.0 menganalisis status prestasi mudah alih supaya kadar bingkai dan kestabilan akan diselaraskan bagi mengutamakan pengalaman permainan kelas pertama. Frame Boost 2.0 juga akan memperuntukkan sumber untuk mengelakkan penggunaan kuasa yang terlalu banyak dan juga mengelakkan pemanasan telefon. Tambahan lagi, Game Space menguruskan aplikasi permainan secara kolektif untuk memberikan para pengguna pengalaman permainan tanpa gangguan dan lebih menyeluruh. Secara keseluruhan, Siri Reno2 mempunyai pensijilan prestasi permainan lima bintang dari TUV Rheinland, yang menguji keseluruhan prestasi permainan sesebuah telefon dari skrin, jangka hayat bateri, prestasi dan kekuatan isyarat.

    Selain itu, OPPO juga telah menumpukan pada kandungan video untuk memberikan pengalaman yang lebih menyeluruh bersama-sama dengan skrin berkualiti tinggi Siri Reno2, Dolby Atmos® dan Hi-Res Audio.

    Siri OPPO Reno2 juga dikuasakan dengan teknologi Pengecasan Pantas VOOC 3.0 yang pantas dan selamat. Ini menggunakan algoritma VFC baharu, yang ketara memendekkan 10% terakhir masa pengecasan dengan menggandakan partikel kelajuan pengecasan. Pengecasan Pantas VOOC 3.0 digabungkan dengan bateri Siri Reno2 4,000mAh (Typ) untuk memberikan para pengguna bateri yang lebih tahan lama.

    Harga dan jualan Siri OPPO Reno2
    Harga bagi OPPO Reno2 adalah RM2,299 manakala harga bagi Reno2 F adalah RM1,599. Para pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga 25 Oktober di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Senheng, senQ dan DirectD. Para pelanggan pra-pesanan akan menerima satu tahun Jaminan Perlindungan Skrin OPPO dan beg eksklusif OPPO Reno dengan jumlah keseluruhan bernilai RM318.

    OPPO Reno2 akan mula dijual bermula 26 Oktober di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; rakan telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, dan rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Senheng, senQ dan DirectD. Pelanggan OPPO dan AEON kini dapat memiliki OPPO Reno2 baru pada kadar faedah 0% dengan kredit AEON sehingga 12 bulan untuk ansuran, tiada deposit dan kad kredit diperlukan

  • Weekend Dim sum Brunch

    Weekend Dim sum Brunch

    The Mandarin Palace loacated at Federal Hotel was officially opened on 28 August 1957 in conjunction with Malaysia’s Independence Day celebrations. Mandarin Palace revamped and reopened on 16 January 2017 with an entire new exciting environment. The pillar, panel, ceiling and wall crafted with impressive Chinese elements like dragons, lotus flower, birds and so on.

    Its offer delicious weekend dim sum brunch at Mandarin Palace Federal Hotel. The Dim Sum Buffet only available in the weekend brunch on Saturday and Sunday from 10:30am to 2:30pm

    With different menus on rotation each week, the buffet spread offers range of Chinese dishes. The delectable dim sum delights with combination of various menus especially cooked in various styles with chinese traditions.

    The selection of dim sum, varieties ranging from siew mai dumpling, egg tart, BBQ chicken bun, mushroom dumpling, fried fish ball, bean curd, buttered salted egg pau, crispy yam rolls and otak-otak dumpling fish paste with bean curd, and many more. In addition, live cooking stations its served porridge, wanton noodles, and many more.

    During there, I enjoyed sweet and savoury desserts.

    Get to know more about The Mandarin Palace, The Federal Kuala Lumpur,

    Website : http://www.fhihotels.com/

    Time : Saturdays & Sundays, 10.30am – 2.30pm

    Price : RM58 nett (adult)  

    RM38 nett (senior citizen*)

    RM28 nett (child*)

    For or reservations, call +603-21489166

  • Tak perlu risau bateri ‘kong’, nasib baik ada Siri Huawei Y9

    Tak perlu risau bateri ‘kong’, nasib baik ada Siri Huawei Y9

    “Aduh, bateri nak ‘kong’ pulak…tinggal 5 percent je lagi, camner nak ambil video ni?” Ini adalah keluhan yang sering kita dengar sejak dari dulu. Terutama bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan video.

    Bateri kong boleh mendatangkan kemarahan ya. Disebabkan itulah ramai yang terpaksa usung power bank yang berat ke hulu ke hilir. Tak cukup satu, ada juga yang bawa dua power bank sekali gus.

    Iyalah nak pergi konsert, nak ambil gambar, nak ambil video artis menyanyi bukan boleh sekejap, mesti lama kan. Jadi nak tak nak kena bawa power bank. Paling sakit hati apabila member sebelah pun nak tumpang sekaki guna power bank. Adoi…nak marah kawan, jadi terpaksa la kasi juga.

    Pastu, paling malang dan tak boleh nak kompromi adalah storage penuh. Nak ambil video lagi tapi dalam masa yang sama sayang nak delete gambar dan video yang lain. Adoiii…rasa nak nangis. Oh god please help me!

    Ini adalah antara situasi yang sering orang zaman sekarang hadapi. Boleh dikatakan setiap dari kita mengalami masalah ini. Tak baik tak mengaku. Disebabkan itulah apabila Huawei muncul dengan telefon bimbit Huawei Y9s. Wow, aku yang paling gembira. Sebab aku jenis yang suka ambil gambar banyak-banyak, video macam-macam lepas tu tak reti-reti nak delete. Sapa jenis macam aku kita boleh geng.

    Sebab apa aku happy dengan Huawei Y9s? Mari aku senaraikan supaya korang pun happy macam aku. Aku bukan jenis kedekut nak kongsi dengan kawan-kawan yang aku sayang hokay…

    1. Kualiti kamera

    Kalau cerita bab kualiti, semua orang tahu kualiti kamera Huawei Y9s memang terbaik. Ambil gambar dan terus puas hati. Tak perlu lagi nak letak macam-macam filter untuk nampak cantik sebab Huawei Y9s ini menggunakan kamera swafoto pop-naik dengan keupayaan 16 megapiksel dan ia dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mencantikkan gambar yang dirakam. Ia juga menggunakan kamera tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel. Fuh terbaik.

    Kamera hadapannya boleh disembunyikan menerusi modul pop-up, memberikan ruang penuh untuk skrin.

    1. Skrin besar dan luas

    Lupa nak cakap, selain daripada suka ambil gambar dan video aku juga suka tengok YouTube. Jadi kalau skrin kecil, memang tak puas la kan. Jadi dengan Huawei Y9s, aku memang puas hati sebab skrinnya dari jenis LCD berukuran 6.59-inci, dengan resolusi HD Penuh serta tiada takuk dan lubang. Nak tengok movie di Iflix, Netflix, dan semua la yang ada kat internet tu memang tak ada masalah. Hidup aku bahagia beb.

    1. Storage besar

    Tadi dah cakap pasal storage kan. Huawei Y9s ini storagenya adalah sangat besar. Banyak gambar atau video yang korang boleh ambil dan simpan sahaja dalam telefon tu. Sampaikan kalau korang tak ada thumbdrive, telefon Huawei Y9s ini boleh dijadikan thumbdrive tau. Hebat bukan. Tapi sekali sekala kenalah buat pembersihan juga. Janganlah gambar tahun lepas pun masih simpan dalam kamera tu kan.

    1. Bateri tahan lama

    Ini yang aku bebelkan sejak dari awal tadi dan ini jugalah yang telefon lain tidak ada kelebihan ini. Tak perlulah aku risau dengan bateri dan bawa power bank ke hulu ke hilir. Dengan 4000 mAh, cukup puas hati.

    1. Harga mampu milik

    Harga untuk telefon ini ditawarkan adalah RM999 harga yang mampu untuk rakyat Malaysia membeli. Paling penting ia berbaloi-baloi jika korang jenis yang tak boleh hidup tanpa telefon. Sebelum tidur tengok telefon, bangun tidur nak kencing malam pun tengok telefon.

    Jadi aku cadangkan pililah Huawei Y9s macam aku. Ni aku bantu mudahkan hidup korang. Tekan je link di bawah dan dah boleh terus beli. Atau boleh juga ke Stor Experience Huawei dan stor pengedar rasmi Huawei.

    Oh ada berita gembira, sekarang dengan pembelian Huawei Y9s, ada hadiah istimewa Huawei Band 4 berharga RM139. Boleh tebus di Member Center untuk pembeli terawal, selagi stok masih ada.

    Aku ringkaskan ciri-ciri Huawei Y9s – skrin luas 6.59 inci, kamera tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel dan bateri 4000 mAh.

    Sajalah nak beritahu lagi sekali bahawa harga Huawei Y9 series sekarang hanya RM999 dan harga baru Y9 Prime adalah RM799.

    Klik sini tau: https://shop.huawei.com

    Yang benar,

    Orang Yang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon

    Sumber

  • Aura si stailo rambut

    Aura si stailo rambut

    SANGGUP terbang sejauh 10,121 kilometer dari Australia ke Dubai semata-mata mahu mengubah stail rambut? Mungkin kedengaran tidak munasabah, tetapi itulah yang dilakukan peminat fanatik Jason Makki.

    Mereka rela merantau berbatu-batu jauhnya demi mendapatkan gaya rambut yang stailo dan imej baharu sebagai kejutan majlis perkahwinan dan hadiah ulang tahun.

    Tidak kurang peliknya, ada juga mahu berubah dari segi penampilan luaran itu demi untuk mencari pasangan baharu.

    Tidak percaya? Sentuhan magis pakar rambut itu mampu mengubah wajah si botak menjadi jejaka persis model yang pastinya membuatkan anda terkesima! Daripada rambut kerinting menjadi lurus sekelip mata.

    Banyak video tutorial yang dikongsi di dalam Jason Makki Youtube Channel memperlihatkan kelincahan pemilik salon terkemuka Dubai itu sehingga mendapat lebih 2.3 juta subscriber.

    Menariknya, beliau hanya dikenali kerana minatnya yang suka berkongsi gambar hasil kerjanya di dalam media sosial, Instagram bermula pada Januari 2014 sebelum namanya menjadi sebutan dek ledakan Youtube Channel.

    JASON (kiri) terkenal di Dubai dan seluruh negara dek ledakan Jason Makki Youtube Channel.

    JASON (kiri) terkenal di Dubai dan seluruh negara dek ledakan Jason Makki Youtube Channel.

    Kejutan

    Berkongsi dalam Youtube Channelnya, Jason tidak ketinggalan menceritakan kisah pelanggannya yang bakal mendirikan rumah tangga, pada masa sama berdepan masalah rambut sanggup datang menemuinya pada enam bulan lalu.

    Matlamat pelanggannya cuma satu. Semata-mata mahu berubah menjadi orang lain dan memberikan kejutan manis buat isteri serta ahli keluarganya dalam satu majlis paling tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

    “Memang tidak dinafikan berdepan masalah keguguran rambut kerana faktor usia cukup menakutkan. Ini perkara yang harus kita terima kerana tiada siapa boleh elak penuaan. Ia sama seperti masalah kedutan dan sakit sendi.

    “Bagaimanapun, kadang-kadang membuat sedikit perubahan ada manfaatnya terutamanya untuk hari paling penting dalam hidup seperti kes lelaki dalam cerita ini,” katanya.

    TEKNIK dan kelincahan tangan Jason mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 2.3 juta subscriber.

    TEKNIK dan kelincahan tangan Jason mendapat perhatian ramai sehingga menerima lebih 2.3 juta subscriber.

    Rambut gugur

    Tidak dinafikan katanya, isu keguguran rambut boleh menjejaskan keyakinan diri dan menyebabkan diri tidak selesa berdepan dengan orang ramai.

    “Lelaki itu meminta saya untuk mempersiapkannya demi hari perkahwinan yang bakal tiba dan mahu memberikan kejutan kepada semua dengan gaya rambut baharu.

    “Selepas mencuci dan menggayakan rambutnya, saya menambah Hair Building Fiber (Thick Fiber) untuk menutupi kawasan botak atau seluruh kepalanya,” ujarnya yang teruja melihat perubahan drastik itu.

    Bukan itu sahaja, banyak lagi video tutorial yang dikongsi di dalam media sosial itu mempunyai kisah tersendiri dengan pelbagai stail rambut tidak kira muda mahupun tua.

    Jika anda ada bajet yang lebih dan ingin merancang untuk melancong ke luar negara, terbanglah menerokai bumi Dubai dan temui si pakar rambut itu untuk merubah penampilan diri.

    Sumber

  • Tanggungjawab Muslim terhadap kalam ALLAH SWT

    Tanggungjawab Muslim terhadap kalam ALLAH SWT

    ALHAMDULILLAH atas nikmat ALLAH SWT yang menjadikan kita manusia dan beriman dengan-NYA. Bertambah kesyukuran kita kepada ALLAH SWT yang menurunkan al-Quran untuk dijadikan panduan kehidupan kita.

    Namun, bagaimanakah kita menyantuni al-Quran sebagai sahabat sejati?

    Daripada Uthman bin ‘Affan RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik manusia antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.” (Riwayat al-Bukhari)

    Antara kepentingan membaca al-Quran adalah mendapat syafaat di akhirat. Dalam hadis menyebut, daripada Abi Umamah RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah al-Quran, kerana sesungguhnya al-Quran itu pada hari kiamat akan memberikan syafaat kepada pembacanya.” (Riwayat Muslim)

    Yang penting membacanya, Biar Sekejap Tapi Mantap. Itu jualah tajuk slot perkongsian Pencetus Ummah (PU) Suhaimi Mohd Yunus yang memfokuskan tanggungjawab kita terhadap al-Quran di Majlis Jamuan Hi-Tea anjuran Rumah Ngaji @ Asma’ Sri Kundang di Anjung D’Tasik Biru, Sri Kundang, Rawang, Selangor pada 16 November lalu.

    PU SUHAIMI

    PU SUHAIMI

    Terdapat lima tanggungjawab setiap Muslim terhadap al-Quran kata Suhaimi:

    1. Belajar al-Quran

    Menjadi tuntutan bagi umat Islam tanpa mengira kedudukan dan keturunan untuk mempelajari al-Quran dengan tartil. Tartil yang dimaksudkan adalah membaca al-Quran dengan bertajwid, makhraj dan sifat. Oleh itu, kita perlu berguru untuk belajar al-Quran dan jangan berhenti belajar selagi hayat masih ada.

    ALLAH SWT berfirman: “Atau lebih daripada (seperdua) dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.” (Surah al-Muzammil, ayat 4)

    2. Membaca al-Quran

    Jadikan amalan membaca al-Quran setiap hari dalam kehidupan kita.

    ALLAH SWT berfirman: “Dengan Kitab itu, ALLAH memberi petunjuk kepada orang yang mengikuti keredaan-NYA ke jalan yang selamat dan (dengan kitab itu juga) ALLAH mengeluarkan mereka daripada gelap-gelita kepada cahaya dengan izin-NYA dan menunjukkan jalan yang lurus.” (Surah al-Ma’idah, ayat 16)

    3. Tadabbur al-Quran

    Apabila membaca al-Quran, kita perlu memahami isi kandungannya dengan bertadabbur, iaitu mengambil pengajaran daripada mesej ALLAH untuk diamalkannya.

    Firman ALLAH SWT: “Kitab (al-Quran) yang KAMI turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pengajaran.” (Surah Sad, ayat 29)

    4. Amalkan al-Quran

    Bersyukur kepada ALLAH SWT yang menurunkan al-Quran untuk dijadikan panduan hidup kita. Justeru menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan isi kandungan al-Quran. Rasulullah SAW menjadi suri teladan hidup kita untuk mengamalkan al-Quran.

    ALLAH SWT berfirman: “Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah SAW itu teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat ALLAH dan (kedatangan) hari kiamat serta yang banyak mengingati ALLAH.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

    5. Sampaikan ilmu al-Quran

    Daripada Usman bin Affan RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Orang terbaik daripada kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat al-Bukhari) Hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (Riwayat Muslim)

    Berusaha pelajari, amalkan al-Quran

    PU Suhaimi mengingatkan kita agar sentiasa berusaha mempelajari, memahami dan mengamalkan al-Quran, seterusnya beristiqamah. Mudah-mudahan ALLAH SWT memberi ganjaran syurga bagi mereka yang berpegang teguh kepada ALLAH SWT dan rasul.

    Sementara itu, Penggerak Rumah Ngaji @ Asma’ Sri Kundang, Ustaz Mohd Noor Ismail berkata, seramai 150 tetamu termasuk kariah masjid dan surau di sekitar Kundang, Kuang, Bandar Country Home dan Bandar Tasik Puteri hadir mengikuti sesi perkongsian ilmu tersebut, di samping menikmati jamuan minum petang. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Salehuddin Amiruddin.

    “Aktiviti tersebut bertujuan melahirkan rasa kesyukuran atas sokongan menjayakan program Rumah Ngaji @ Asma’ Sri Kundang dan meraikan pencapaian dalam kalangan ahli Rumah Ngaji yang kini semakin celik al-Quran.

    “Majlis kerohanian berkonsep santai turut mendapat tajaan Masjid Nurul Yaqin Kundang, Pusat Khidmat ADUN Kuang, Pejabat Parlimen Rawang dan ahli Rumah Ngaji @ Asma’ Sri Kundang,” ujar beliau.

    Sumber

  • Tak perlu risau bateri ‘kong’, nasib baik ada Huawei Y9

    Tak perlu risau bateri ‘kong’, nasib baik ada Huawei Y9

    “Aduh, bateri nak ‘kong’ pulak…tinggal 5 percent je lagi, camner nak ambil video ni?” Ini adalah keluhan yang sering kita dengar sejak dari dulu. Terutama bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan video.

    Bateri kong boleh mendatangkan kemarahan ya. Disebabkan itulah ramai yang terpaksa usung power bank yang berat ke hulu ke hilir. Tak cukup satu, ada juga yang bawa dua power bank sekali gus.

    Iyalah nak pergi konsert, nak ambil gambar, nak ambil video artis menyanyi bukan boleh sekejap, mesti lama kan. Jadi nak tak nak kena bawa power bank. Paling sakit hati apabila member sebelah pun nak tumpang sekaki guna power bank. Adoi…nak marah kawan, jadi terpaksa la kasi juga.

    Pastu, paling malang dan tak boleh nak kompromi adalah storage penuh. Nak ambil video lagi tapi dalam masa yang sama sayang nak delete gambar dan video yang lain. Adoiii…rasa nak nangis. Oh god please help me!

    Ini adalah antara situasi yang sering orang zaman sekarang hadapi. Boleh dikatakan setiap dari kita mengalami masalah ini. Tak baik tak mengaku. Disebabkan itulah apabila Huawei muncul dengan telefon bimbit Huawei Y9s. Wow, aku yang paling gembira. Sebab aku jenis yang suka ambil gambar banyak-banyak, video macam-macam lepas tu tak reti-reti nak delete. Sapa jenis macam aku kita boleh geng.

    Sebab apa aku happy dengan Huawei Y9s? Mari aku senaraikan supaya korang pun happy macam aku. Aku bukan jenis kedekut nak kongsi dengan kawan-kawan yang aku sayang hokay…

    1. Kualiti kamera

    Kalau cerita bab kualiti, semua orang tahu kualiti kamera Huawei Y9s memang terbaik. Ambil gambar dan terus puas hati. Tak perlu lagi nak letak macam-macam filter untuk nampak cantik sebab Huawei Y9s ini menggunakan kamera swafoto pop-naik dengan keupayaan 16 megapiksel dan ia dilengkapi dengan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk mencantikkan gambar yang dirakam. Ia juga menggunakan kamera tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel. Fuh terbaik.

    Kamera hadapannya boleh disembunyikan menerusi modul pop-up, memberikan ruang penuh untuk skrin.

    1. Skrin besar dan luas

    Lupa nak cakap, selain daripada suka ambil gambar dan video aku juga suka tengok YouTube. Jadi kalau skrin kecil, memang tak puas la kan. Jadi dengan Huawei Y9s, aku memang puas hati sebab skrinnya dari jenis LCD berukuran 6.59-inci, dengan resolusi HD Penuh serta tiada takuk dan lubang. Nak tengok movie di Iflix, Netflix, dan semua la yang ada kat internet tu memang tak ada masalah. Hidup aku bahagia beb.

    1. Storage besar

    Tadi dah cakap pasal storage kan. Huawei Y9s ini storagenya adalah sangat besar. Banyak gambar atau video yang korang boleh ambil dan simpan sahaja dalam telefon tu. Sampaikan kalau korang tak ada thumbdrive, telefon Huawei Y9s ini boleh dijadikan thumbdrive tau. Hebat bukan. Tapi sekali sekala kenalah buat pembersihan juga. Janganlah gambar tahun lepas pun masih simpan dalam kamera tu kan.

    1. Bateri tahan lama

    Ini yang aku bebelkan sejak dari awal tadi dan ini jugalah yang telefon lain tidak ada kelebihan ini. Tak perlulah aku risau dengan bateri dan bawa power bank ke hulu ke hilir. Dengan 4000 mAh, cukup puas hati.

    1. Harga mampu milik

    Harga untuk telefon ini ditawarkan adalah RM999 harga yang mampu untuk rakyat Malaysia membeli. Paling penting ia berbaloi-baloi jika korang jenis yang tak boleh hidup tanpa telefon. Sebelum tidur tengok telefon, bangun tidur nak kencing malam pun tengok telefon.

    Jadi aku cadangkan pililah Huawei Y9s macam aku. Ni aku bantu mudahkan hidup korang. Tekan je link di bawah dan dah boleh terus beli. Atau boleh juga ke Stor Experience Huawei dan stor pengedar rasmi Huawei.

    Oh ada berita gembira, sekarang dengan pembelian Huawei Y9s, ada hadiah istimewa Huawei Band 4 berharga RM139. Boleh tebus di Member Center untuk pembeli terawal, selagi stok masih ada.

    Aku ringkaskan ciri-ciri Huawei Y9s – skrin luas 6.59 inci, kamera tiga lensa berkeupayaan 48 megapiksel dan bateri 4000 mAh.

    Sajalah nak beritahu lagi sekali bahawa harga Huawei Y9 series sekarang hanya RM999 dan harga baru Y9 Prime adalah RM799.

    Klik sini tau: https://shop.huawei.com

    Yang benar,

    Orang Yang Tak Boleh Hidup Tanpa Telefon

    Sumber