Blog

  • SKMM, syarikat telekomunikasi sedia lebih awal tahun hadapan

    SKMM, syarikat telekomunikasi sedia lebih awal tahun hadapan

    SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini merancang untuk bersedia lebih awal dalam aspek membantu pengurusan banjir pada tahun depan.

    Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata, bagi tahun ini, persiapan mereka bermula pada awal Oktober lepas.

    “Untuk tahun hadapan, marilah kita membuat perancangan lebih awal pada suku ketiga atau sebelum memasuki suku keempat bagi melakukan persediaan termasuk melakukan senarai semak, latihan simulasi dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah ‘Star Rating’ 2018 di sini hari ini.

    Selain penyebaran nasihat dan amaran banjir secara percuma melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), SKMM dan syarikat telekomunikasi turut membantu menyumbang dalam penyediaan bot, kenderaan pacuan empat roda dan bantuan makanan kepada mangsa banjir di bawah program khidmat sosial.

    Menurutnya, syarikat telekomunikasi telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan pengurusan banjir sejak tujuh minggu lepas, bagi menjalankan simulasi banjir secara mingguan bersama penduduk setempat di negeri yang dijangka terjejas banjir.

    Buat masa ini katanya, tumpuan bantuan diberikan di negeri yang terlibat banjir iaitu Kelantan dan Terengganu dan SKMM serta syarikat telekomunikasi turut bersedia untuk menghulurkan bantuan di Sabah dan Sarawak yang dijangka menghadapi musim banjir awal tahun hadapan.

    Sementara itu di majlis tersebut, Digi Telecommunications Sdn Bhd merangkul tiga daripada lapan anugerah yang dipertandingkan pada Anugerah Star Rating 2018 iaitu, kategori perkhidmatan selular iaitu Penyedia Perkhidmatan Selular Awam Terbaik (MNO), Kepuasan Pelanggan Terbaik dan Kualiti Perkhidmatan Terbaik.

    XOX Com Sdn Bhd memenangi kategori Penyedia Perkhidmatan Rangkaian Maya Selular Terbaik (MVNO), manakala Celcom Axiata Berhad pula memenangi anugerah kategori Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik, bagi penglibatan cemerlang secara keseluruhan oleh syarikat itu dalam siri program tanggungjawab korporat sosialnya.

    U Mobile Sdn Bhd pula memenangi kategori Kualiti Perkhidmatan Terbaik, Maxis Broadband Sdn Bhd dinobatkan sebagai pemenang untuk Pelaburan Rangkaian Terbaik dan Webe Digital Sdn Bhd memenangi kategori Pematuhan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Terbaik.

    Majlis Anugerah Star Rating 2018 turut menyaksikan pengenalan satu lagi kategori anugerah baharu iaitu Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar Berbayar Terbaik (BAS), yang dimenangi oleh TT Dotcom Sdn Bhd.

    Anugerah Star Rating adalah pengiktirafan kecemerlangan prestasi pihak penyedia telekomunikasi bagi tahun taksiran 2018 berdasarkan kepada empat parameter iaitu kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan, pelaburan rangkaian dan pematuhan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. – Bernama

    Sumber

  • STEREOFEST Festival Muzik Singapore

    Stereo Fest bakal diadakan pada tahun depan. Stereo fest merupakan sebuah festival muzik Melayu yang pertama dan terbesar diadakan di Palawan Green, Sentosa, Singapura bermula pada 22 Februari tahun depan. Festival muzik Melayu yang bakal berlangsung selama dua hari itu bakal menampilkan 20 artis popular dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

    Antara barisan artis yang bakal menjayakan Stereo Fest dari Malaysia, ialah New Boyz, Zee Avi, 4U2C, Ismail Izzani, Elizabeth Tan, dan Andi Bernadee. Penyatuan semula kumpulan 4U2C dan juga New Boyz merupakan satu peluang keemasan peminat berjumpa dan berhibur dengan persembahan mereka nanti.

    New Boyz bakal beraksi semula setelah lebih 20 tahun menyepikan diri. Kumpulan ini popular sekitar 1999 dan akan buat reunion demi peminat di Singapura. Tomok bersama dengan anggota New Boyz yang lain iaitu Radin Irwan Dzulkarnain Isagani (Zack), Shahrizan Mat Saleh (Jay), Mazlan Ismail (Lan), Mat Shah Mat Salleh (Along) dan anggota baru Wan Muzaffar (Ristoe) dan Ridza Faitullah (Rizz).

    Ayda Jebat pula akan menghiburkan peminat selama satu jam. Selain Ayda Jebat, festival itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis dari Indonesia, Judika. Penyanyi dari dari Singapura pula adalah Rahila Rashun serta ANB.

    Persembahan pada persembahan pada 23 Februari 2020 dengan penampilan New Boyz, Elizabeth Tan, Andi Bernadee, Fauzie Laily, Zee Avi, Hyrul Anuar dan Syed. Manakala persembahan 22 Februari 2020 pula akan dijayakan Judika, Ayda Jebat, Ismail Izzani, Jaz dan Rahila Rashun.

    Festival yang akan berlangsung dari jam 3 petang hingga 10 malam berkonsepkan ‘Festival Village’ dalam suasana santai. Pengunjung Stereofest juga boleh berkunjung di pelbagai jualan gerai makanan dan minuman di ruang ‘Festival Village’.

    Pembelian tiket StereoFest iaitu berharga RM204 (SGD68) untuk tiket biasa pada hari pertama manakala RM384 (SGD128) bagi kemasukan pada hari kedua. Tiket-tiket bagi berharga SGD58 bagi kemasukan am satu hari manakala SGD108 untuk kemasukan am dua hari. Tiket berharga SGD58 dan SGD108 adalah harga bagi masa terhad sahaja. Harga asal adalah SGD98 dan SGD 168.
    Disamping itu, ada tiket VIP yang ditawarkan pada harga RM594 (SGD198) untuk kemasukan VIP satu hari. Bagi peminat yang ingin menemui artis kesayangan mereka di sesi ramah mesra meet & greet tiket berharga RM1,104 atau SGD368.


    Tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.stereofest.asia.

  • Hukum basuh kulit telur sebelum masak

    Hukum basuh kulit telur sebelum masak

    SESETENGAH orang akan membasuh kulit telur sebelum dimasak kerana dikhuatiri ia bernajis.

    Namun, ada segelintir orang pula tidak berbuat demikian kerana beranggapan kulit telur itu bersih dan tidak perlu dibasuh.

    Perkara itu nampak remeh, namun ia menjadi pertikaian apabila ada yang menjadikan perkara itu sebagai penanda aras dalam kebersihan makanan jika makan di gerai atau restoran.

    Apakah pandangan Islam mengenai perkara itu?

    Bersama pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki merungkaikan persoalan berkenaan menerusi segmen Soal Jawab Netizen hari ini.

    (ARTIKEL BERKAITAN: Wajibkah basuh kulit telur?)

    Sumber

  • Hari-Hari perkenal gedung online pakaian sekolah

    Hari-Hari perkenal gedung online pakaian sekolah

    PUSAT Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (Hari-Hari) mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan platform dalam talian, eHari menerusi www.ehari.com untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai membeli-belah kelengkapan sekolah sebagai persediaan bagi menghadapi sesi persekolahan 2020.

    Pengurus Kewangan dan Operasinya, Syed Mohamed Sani Syed Kamarullbahrin berkata, pembeli yang menggunakan platform tersebut berpeluang menikmati diskaun sehingga 15 peratus bagi kesemua barangan dan keperluan kelengkapan sekolah yang dijual.

    Menurutnya, mereka juga berpeluang mendapatkan penghantaran pos percuma untuk pembelian berharga RM50 ke atas, sekali gus menerima hadiah kalendar dan stoking putih.

    “Kami memperkenalkan platform ini untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan membeli-belah di hujung jari sahaja.

    “Mereka juga tidak perlu bersesak untuk membeli barangan keperluan persekolahan pada musim cuti sekolah ini,” katanya.

    Katanya, ibu bapa yang berminat boleh mula membeli-belah di eHari bermula dari 20 November lalu sehingga 31 Disember nanti.

    Syed Mohamed Sani menunjukkan eHari yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk membeli-belah kelengkapan sekolah. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

    Syed Mohamed Sani menunjukkan eHari yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk membeli-belah kelengkapan sekolah. – FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

    “Mereka tidak perlu risau mengenai saiz dan kualiti pakaian sekolah dan kasut yang kami tawarkan kerana ia sama seperti di cawangan kami,” katanya.

    Dalam pada itu, Syed Mohamed Sani berkata, syarikat berkenaan juga memberikan diskaun sebanyak 15 peratus kepada pelanggan yang menggunakan kad debit atau kredit CIMB Bank Berhad (CIMB) ketika berbelanja di semua cawangan Hari-Hari di seluruh Malaysia.

    Tambahnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau parti politik turut menikmati potongan harga pembelian kelengkapan sekolah untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mereka anjurkan bagi menyantuni pelajar kurang berkemampuan di mana-mana cawangan Hari-Hari.

    “Mereka hanya perlu menghubungi ibu pejabat kami untuk memaklumkannya dan mereka juga boleh guna kaedah baucar tunai,” katanya.

    Penuhi trend berbelanja secara dalam talian

    Syed Mohamed Sani berkata, Hari-Hari mengambil inisiatif memperkenalkan eHari untuk memenuhi trend orang ramai yang gemar membeli-belah secara dalam talian.

    “Pembelian melalui platform ini memberikan kemudahan, keselesaan dan menjimatkan masa pelanggan kami.

    “Namun, orang ramai juga boleh membeli-belah kelengkapan sekolah seperti biasa di 85 cawangan Hari-Hari di seluruh negara,” katanya.

    Uniform sekolah yang dijual pada harga berpatutan di eHari.

    Uniform sekolah yang dijual pada harga berpatutan di eHari.

    Jelasnya, eHari menawarkan uniform sekolah mengikut saiz pakaian sekolah rendah dan menengah, sekolah agama, pengawas dan pustakawan.

    “Kami menyediakan panduan ukuran kepada pengunjung laman web kami memilih saiz yang mereka mahukan.

    “Sekiranya mereka mendapati saiz yang diperoleh tidak tepat dan ada yang rosak, mereka boleh membuat pertukaran di cawangan kami yang terdekat dengan mereka,” katanya.

    Sasar 5,000 pembelian

    Walaupun baru diperkenalkan pada tahun ini, Syed Mohamed Sani berkata, Hari-Hari menyasarkan sebanyak 5,000 pembelian melalui eHari berikutan sambutan memberangsangkan yang diterima di platform e-dagang lain sebelum ini.

    “Kami menjangkakan pelanggan dalam talian kami dari kawasan bandar berbanding penduduk di luar bandar yang lebih suka berkunjung ke cawangan kami.

    “Rata-rata pelanggan dalam talian kami terdiri daripada golongan muda,” katanya.

    Tambahnya, Hari-Hari menjangkakan orang ramai akan membeli kelengkapan sekolah dengan lebih awal untuk mendapatkan saiz yang mereka mahukan.

    Syed Mohamed Sani - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

    Syed Mohamed Sani – FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

    “Kami menjangkakan jualan akan meningkat pada tahun ini berbanding tahun lalu susulan pelancaran platform e-dagang berkenaan.

    “Kami unjurkan jualan meningkat kepada lima hingga lapan peratus menjelang akhir tahun 2020,” katanya.

    Beliau berkata, syarikat berkenaan juga tak ketinggalan mengambil pendekatan untuk membuka dua lagi cawangan baharu di Sarawak pada 2020 untuk mengukuhkan kedudukannya.

    “Pada tahun 2019, kami telah membuka dua cawangan iaitu di Shah Alam dan Semenyih, Selangor,” katanya.

    Dalam pada itu, katanya, Beliau berkata, Hari-Hari juga akan mengadakan peraduan di Facebook dan Instagram Hari-Hari pada Disember ini.

    “Kami tawarkan sebanyak RM10,000 baucar tunai untuk dimenangi.

    “Mereka yang berminat boleh layari Facebook/harihari atau instagram/harihariofficial,” katanya.

    Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus.

    Pusat Pakaian Hari-Hari menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus.

    Sumber

  • MedTweetMY anjur kempen Kami #PilihSihat

    MedTweetMY anjur kempen Kami #PilihSihat

    KEMPEN Kami #PilihSihat bersempena dengan Mini Simposium yang telah dianjurkan oleh Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY) di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Program Mini Simposium MedTweetMY merupakan kerjasama antara MedTweetMY, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Malaysia itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Mini Simposium itu telah dihadiri oleh pelbagai kumpulan media sosial yang lain seperti Medical Mythbuster Malaysia, Ini Sains Beb, DoktorBudak, InfoSihat4U, Root of Sciences, Malaysian Male Nurse, Delegation of Nurses, Public Health Malaysia, Laman Minda, IMAM, Kenali Ubat Anda dan Geng Farmasi Otai.

    Selain itu, wakil daripada KKM, Jabatan Kesihatan Negeri juga turut hadir sama.

    Kempen Kami #PilihSihat adalah kesinambungan daripada kejayaan kempen #PerangMelawanMitos.

    #PerangMelawanMitos fokus kepada memerangi fakta-fakta kesihatan yang tidak benar yang berlegar dalam kalangan masyarakat, manakala Kami #PilihSihat lebih menumpukan kepada gaya hidup sihat.

    Dalam kenyataan media MedTweetMY, kempen dengan tanda palang (hashtag) baharu itu diharap dapat membantu berkait isu-isu kesihatan dalam negara.

    “Diharapkan agar isu perubatan dan kesihatan awam daripada pelbagai bidang dapat dibincangkan dan diberikan pendedahan kepada masyarakat.

    “Dr Dzulkefly telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap gerakan kempen ini di media sosial dan berharap kami meneruskan perjuangan mendidik masyakat Malaysia,” ujar kenyataan itu.

    TETAMU kehormat dibawa melawat pameran berkaitan yang disediakan.

    TETAMU kehormat dibawa melawat pameran berkaitan yang disediakan.

    Sumber

  • R3 rangkul kejuaraan tiga tahun berturut-turut

    R3 rangkul kejuaraan tiga tahun berturut-turut

    SEMAKIN cemerlang berdaya saing di litar. Demikian gambaran prestasi pasukan Proton R3 yang berjaya menguasai perlumbaan Sepang 1000km (S1K) untuk tiga tahun berturut-turut.

    Proton Iriz 2019 yang dipandu oleh Mitchell Cheah dan Fariqe Hairuman berjaya menguasai perlumbaan walaupun dalam keadaan mencabar disebabkan cuaca buruk.

    Berikutan itu, perlumbaan hanya berakhir selepas sembilan jam dan bukannya 181 pusingan seperti yang dijadualkan.

    Kegembiraan bertambah untuk pasukan R3 apabila Proton Saga 2019 yang dipandu Syafiq Ali dan Admi Shahrul dinobatkan di kedudukan kedua.

    MASALAH teknikal yang berlaku semasa pusingan kelayakan membuatkan pasukan Proton Saga 2019 memulakan perlumbaan di kedudukan ke-26.

    MASALAH teknikal yang berlaku semasa pusingan kelayakan membuatkan pasukan Proton Saga 2019 memulakan perlumbaan di kedudukan ke-26.

    Berdasarkan rekod, kemenangan itu diraih dua kali berturut-turut dan yang kelima secara keseluruhan perlumbaan S1K sekali gus menjadikan Proton syarikat pengeluar paling berjaya dalam sejarah acara tersebut.

    Rekod itu membuktikan kebolehan, pengendalian, prestasi kereta Proton dan kemahiran profesional serta kerjasama yang dipamerkan sebagai pasukan perlumbaan terkemuka di Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, untuk berjaya dalam perlumbaan permotoran memerlukan gabungan beberapa faktor. Sebagai contoh, pengeluar kereta perlu memilih model-model yang bersesuaian.

    “Meskipun model yang sesuai telah dikenal pasti, masih sukar untuk memperoleh kejayaan yang mana kereta-kereta tersebut perlu dibangunkan dan dinaik taraf. Keperluan kemahiran pasukan perlumbaan juga perlu diambil kira,” katanya.

    Sumber

  • Pak Aji bantu ibu memasak

    Pak Aji bantu ibu memasak

    MAJORITI rakyat Malaysia dikatakan tidak mendapatkan sayur-sayuran yang mencukupi walaupun mengetahui tabiat pemakanan sihat adalah penting untuk mencegah penyakit dan kekal cergas.

    Justeru, bagi memberi kesedaran pada pengambilan makanan terbaik, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengambil inisiatif memperkenalkan sebuah video komunikasi yang memaparkan watak seorang lelaki dipanggil ‘Pak Aji’ simbolik pada jenama Ajinomoto.

    Menerusi video baharu tersebut, Pak Aji akan memberi ilham kepada para ibu untuk menyediakan masakan berasaskan sayur dengan tagline, Campur, Campur, Siap! yang mudah, cepat, berkhasiat dan sedap.

    Selain itu, penonton juga berpeluang menyaksikan keletah karakter Pak Aji yang menghiburkan sedang memasak sajian Sayur Campur Labu bersama ibu dengan menambah ayam sebagai sumber protein.

    Selain menjadi tukang masak yang hebat dan menjadikan makanan lebih sedap, Pak Aji turut menggalakkan kanak-kanak untuk belajar menyediakan makanan sihat bersama ibu dan bapa mereka.

    Secara tidak langsung, platform tersebut dapat menarik perhatian, sekali gus meningkatkan keinginan kanak-kanak untuk menikmati lebih banyak hidangan berasaskan sayuran.

    Pada masa sama, ikatan kekeluargaan juga terjalin mesra dan menjadi kukuh termasuk memupuk tabiat pemakanan sihat melalui masak bijak ilham daripada Pak Aji.

    Sumber

  • Bubble tea atau karbonat zero kalori?

    Bubble tea atau karbonat zero kalori?

    BAGI mereka ingin berdiet, pastinya tergoda dengan minuman bubble tea yang menjadi trend masa kini.

    Lain pula promosi minuman berkarbonat zero kalori dikatakan disarankan untuk si dia yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

    Adakah minuman bubble tea yang menjadi kegilaan ramai itu dibolehkan untuk cheat day?

    Bagaimana pula si dia yang meneguk minuman berkarbonat zero kalori? Adakah baik untuk kesihatan?

    Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti tip pakar kesihatan, Murad Zaidi yang juga Pemilik Gim Exclusive Fitnesz buat pembaca e-Trend.

    Sumber

  • Ciri praktikal Hankook Ventus Prime 3

    Ciri praktikal Hankook Ventus Prime 3

    PENGELUAR tayar terkemuka, Hankook kini memperkenalkan model tayar terbarunya untuk pasaran tempatan dikenali sebagai Hankook Ventus Prime 3 (K125).

    Tayar baharu tersebut disifatkan sebagai tayar prestasi tinggi ultra. Mampu memberikan keseimbangan antara prestasi serta keselamatan, ia bagi memenuhi keperluan gaya pemanduan antara sisi sport juga keselesaan.

    Namun begitu, K125 tidak direka khusus untuk prestasi. Tayar tersebut turut mempunyai ciri praktikal yang popular seperti terdapat pada Ventus V12 evo2.

    Dalam kenyataan medianya, tayar baharu itu antara lain dikatakan menjadi pilihan OEM di Eropah dan digunakan pada model seperti Ford Focus Active dan Citroen C3 Aircross.

    “Rekaan corak bunga mengambil kira kecekapan dan cengkaman jalan basah dengan bercirikan rekaan tiga bahagian luas untuk lebih sentuhan pada permukaan jalan menggunakan silika sebagai bahan utama.

    “K125 juga disifatkan terbaik untuk cengkaman dan rintangan golek manakala bahagian dinding tayar direka kukuh serta jangka hayatnya mampu bertahan lebih lama,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

    Bukan itu sahaja, posisi alur utama yang dioptimumkan juga berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising walaupun sudah lama dipakai, manakala kompaun silika memberikan tahap cengkaman yang lebih tinggi dan rintangan putaran yang lebih rendah.

    Dengan adanya ciri-ciri luar biasa tersebut, K125 telah mendapat pengiktirafan Auto Bild, Red Dot dan Kelab Automobil German (ADAC).

    Untuk pasaran tempatan, Ventus Prime 3 K125 boleh didapati dalam saiz 15 hingga 18 inci bagi kenderaan penumpang.

    Sementara itu, bagi SUV ia ditawarkan dengan saiz 18 dan 19 inci. Harga bermula daripada RM180 sebiji.

    Sumber

  • Cikgu cantik bersama Nurish Organiq 24K Gold

    Cikgu cantik bersama Nurish Organiq 24K Gold

    WANITA dengan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Ya, tiada siapa yang mahu kelihatan ‘layu’ dengan rupa ‘tidak siap’ apabila berpapasan dengan sesiapa pun.

    Namun, cantik sahaja tidak mencukupi jika kulit tidak bermaya. Justeru, penjagaan kulit begitu signifikan bagi setiap orang. Gabungan kulit yang sihat dan cantik akan menerbitkan aura tersendiri untuk tampil di khalayak dengan lebih yakin.

    Kepada mereka yang tercari-cari produk penjagaan kulit yang selamat dan bebas bahan berbahaya, Nurish Organiq 24K Gold antara pilihan ideal.

    Ujar Pengurus Besar Kanan EIG Pharma Asia Sdn Bhd, Corina Lee, rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold sesuai diaplikasikan dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Pada masa sama, ia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan boleh digunakan tanpa was-was.

    CORINA (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ann Karim (tengah) dan Cikgu Fadhilah pada bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    CORINA (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ann Karim (tengah) dan Cikgu Fadhilah pada bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Menurutnya, produk berkenaan menggunakan 100 peratus bahan ekstrak semula jadi dengan teknologi antipenuaan yang memberi lima kali kesan keanjalan kulit, selain bebas daripada tujuh bahan berbahaya.

    “Rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold dirumus dengan emas 24K, aqua collagen dan buah delima organik, selain hexapeptida yang berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengandungi multivitamin B, C dan E untuk mengurangkan bintik-bintik hitam serta pigmentasi.

    “Hasilnya, kulit wajah menjadi anjal, lembap dan saiz saiz pori lebih kecil,” katanya yang turut menjelaskan produk tersebut diuji secara dermatologi.

    Beliau berkata demikian pada Bengkel Kecantikan Reveal Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari yang berlangsung di Positano Risto, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Tambah beliau, Nurish Organiq 24K Gold didatangkan dalam set lengkap bagi memudahkan proses membersih, menyegar, memelihara dan melembapkan kulit wajah.

    Menariknya, ia bebas pewarna tiruan, minyak mineral, SD-alkohol, lanolin, sulfat, paraben dan bahan komedogenik bagi memastikan kesihatan kulit wajah yang berpanjangan.

    Produk yang mula dipasarkan sejak tahun 2018 itu merangkumi:

    – Pembersih wajah susu

    – Pembersih wajah

    – Penyegar wajah

    – Serum mata

    – Esen wajah

    – Krim pelembap siang SPF25

    – Krim pelembap malam

    – Krim CC SPF39 Nurish Organiq 24K Gold.

    Solekan ringkas, menawan

    Pada Bengkel kecantikan Revel Your Beauty Nurish Organic x Cikguku Cantik GPS Bestari, selain taklimat bermanfaat mengenai rejim kecantikan wajah, 20 peserta yang merupakan guru dari pelbagai sekolah turut diberi pendedahan mengenai solekan ideal.

    Jurumekap, Noor Hazyanty Abd Karim berkongsi tip solekan minimalis. Teknik tata rias berkenaan mudah dipraktikkan baik warga pendidik mahupun wanita bekerjaya yang selesa tampil ringkas ke pejabat dengan wajah segar dan cantik.

    Jelas Noor Hazyanty atau lebih dikenali sebagai Ann Karim, sebelum mengoles alat solek pastikan wajah dibersihkan dan dilapisi dengan rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold.

    “Peringkat permulaan, sapukan esen wajah dan krim pelembap siang SPF25 Nurish Organiq 24K Gold sebelum mengaplikasi krim CC SPF39 Nurish Organiq 24K Gold. Langkah ini membuatkan solekan lebih mudah untuk serap dan tahan lebih lama.

    “Sementara itu, krim CC SPF39 Nurish Organiq 24K Gold pula bertindak melindungi kulit daripada sinaran ultra violet (UV), apatah lagi teksturnya ringan dan tidak berminyak,” jelas beliau yang menggunakan item solekan daripada Physicians Formula.

    WAJAH Cikgu Fadhilah tampak segar selepas mengaplikasi rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold dan disolek oleh Ann Karim.

    WAJAH Cikgu Fadhilah tampak segar selepas mengaplikasi rangkaian produk Nurish Organiq 24K Gold dan disolek oleh Ann Karim.

    Tambah beliau, bagi wanita yang kali pertama memakai celak mereka dinasihatkan praktis dahulu. Jika bimbang tampak comot, tarik bahagian hujung kelopak mata dan aliskan celak secara perlahan-lahan.

    “Sementara itu, wanita yang keningnya tidak begitu menyerlah, lukis dahulu kening. Kemudian, ‘isikan’ warna dalam bentuk kening yang dilukis tadi,” katanya sambil menata rias Cikgu Fadhilah Hanapiah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang, Selangor.

    Bagaimana pula untuk menanggalkan mekap dengan mudah?

    Kata Ann: “Gunakan pembersih wajah susu Nurish Organiq 24K Gold yang menanggalkan mekap dengan mudah. Selepas itu, barulah gunakan pencuci muka.”

    Sumber