Blog

  • Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

    Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

    RINGGIT dibuka dengan meneruskan aliran penurunan berbanding dolar AS hari ini dalam persekitaran laporan mengenai kerajaan perpaduan dicadangkan dan gesaan kepada pilihan raya berikutan situasi semasa politik negara, kata penganalisis.

    Ini terus dijejaskan oleh kebimbangan baharu mengenai tempoh impak koronavirus (Covid-19) terhadap pertumbuhan global.

    Pada 9 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.2350/2390 berbanding dolar AS daripada 4.2310/2350 semasa ditutup semalam.

    Walaupun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh negara, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri Interim.

    Semalam, Yang di-Pertuan Agong mengadakan temu bual secara individu dengan 90 ahli Parlimen di Istana Negara, manakala baki 132 wakil rakyat lain akan diadakan hari ini, sebagai usaha untuk menamatkan kemelut politik negara.

    Sementara itu, Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) pada Selasa menyatakan pasaran kewangan Malaysia terus berfungsi cekap dengan adanya mudah tunai besar yang mencukupi di sebalik perkembangan terkini politik tempatan.

    Katanya, kuantiti urus niaga pertukaran asing (FX) kekal kukuh sebanyak AS$14.6 bilion, disokong oleh aliran dua hala, manakala pergerakan dolar AS berbanding ringgit (AS$/MYR) menunjukkan turun naik kekal dalam jajaran biasa 4.0-4.5 peratus.

    “AS$/MYR dibuka tinggi dan diniagakan secara teratur sepanjang hari sejajar dengan jangkaan pasaran dan seiring dengan prestasi mata wang serantau di tengah-tengah penularan Covid-19 di seluruh dunia.

    “Peningkatan minat membawa kepada kuantiti FX antara bank AS$/MYR berganda daripada purata minggu lepas,” menurut FMC.

    Dalam pasaran pendapatan tetap ringgit katanya, pelarasan hasil bagi Sekuriti kerajaan Malaysia adalah teratur dengan paras hasil lima tahun dan 10 tahun pulih semula daripada pergerakan menaik awalnya.

    Keseluruhan pasaran bon sekunder mencatatkan kuantiti dagangan harian kukuh sebanyak RM5.9 bilion berbanding purata harian RM4.7 bilion pada 2019.

    Presiden Financial Market Association of Malaysia (FMAM), Chu Kok Wei berkata, cara yang teratur untuk ringgit FX dan pasaran bon berfungsi mencerminkan kematangan pasaran kewangan Malaysia.

    Beliau berkata, terdapat mudah tunai yang mencukupi untuk memenuhi semua keperluan pihak berkepentingan seperti yang dapat dilihat dalam jumlah urus niaga yang tinggi.

    Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah.

    Ia naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0241/0274 daripada 3.0256/0289 semalam, bagaimanapun merosot berbanding yen kepada 3.8416/8463 daripada 3.8324/8371 semalam.

    Unit tempatan susut berbanding pound kepada 5.5051/5120 daripada 5.4969/5038 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6026/6086 daripada 4.5902/5962. – Bernama



    Sumber

  • Ringgit susut lagi kepada 4.23 berbanding dolar AS

    Ringgit susut lagi kepada 4.23 berbanding dolar AS

    KUALA LUMPUR – Ringgit susut lagi berbanding dolar AS hari ini berikutan spekulasi pengaturan semula landskap politik negara.

    Sentimen ini dilemahkan lagi dengan pengumuman nasihat perjalanan yang lebih lanjut mengenai wabak koronavirus (Covid-19).

    Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu menurun kepada 4.2310/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2270 yang direkodkan semalam.

    Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata, banyak amaran perjalanan terus dikeluarkan, terbaru datang dari Taiwan yang menaikkan tahap berjaga-jaga untuk Korea Selatan, ini merencatkan lagi sentimen dalam kalangan pelabur.

    Sementara itu, Hong Kong turut melaporkan penurunan besar-besaran dalam eksport serta import bagi Januari.

    “Jika ini adalah membayangkan hal yang akan datang, saya fikir pelabur di seluruh dunia perlu berjaga-jaga untuk menunggu perkara yang paling buruk dalam ruang lingkup ekonomi ASEAN,” katanya kepada Bernama.

    Semalam, Bank Negara Malaysia berkata bahawa ia sedang memantau pasaran kewangan berdasarkan perkembangan terkini dalam landskap politik negara.

    BNM menyedari bahawa pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran, operasi BNM akan terus memastikan agar keadaan pasaran kewangan adalah mencukupi dan teratur.

    Pada penutup, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.

    Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0256/0289 daripada 3.0126/0152 yang dicatatkan semalam dan menyusut berbanding Yen kepada 3.8324/8371 daripada 3.7941/7978.

    Mata wang tempatan itu turut menurun berbanding Euro kepada 4.5902/5962 daripada 4.5678/5728 dan tergelincir menentang pound kepada 5.4969/5038 daripada 5.4464/4520. – Bernama



    Sumber

  • Pengunjung serbu khemah ‘preloved’ GM Klang

    Pengunjung serbu khemah ‘preloved’ GM Klang

    KUALA LUMPUR – Khemah GM Klang yang menempatkan barangan terpakai sempena Karnival Jalinan Kasih ECO Free Market di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Lembah Pantai diserbu orang ramai kurang sejam dibuka di tapak berkenaan Ahad lalu.

    Antara barangan yang menjadi tarikan pengunjung termasuk pakaian, alat permainan, kasut serta buku yang dikumpulkan sejak sebulan lalu di bawah Kelab Sukan Kumpulan TSI gedung pemborong itu.

    Seawal jam 8 pagi, puluhan pengunjung mula beratur bagi mendapatkan kupon untuk menukar tiga barang terpakai di khemah disediakan.

    Menurut Presiden Kelab Sukan Kumpulan Tan Sri Ibrahim (TSI), Muhammad Nazmi Basal, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu mendapat sokongan orang ramai termasuk kakitangan pengurusan dan pemborong GM Klang yang menghulurkan sumbangan.

    Peserta dari Kelab Sukan Kumpulan TSI GM Klang bergambar kenangan selepas program di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai.

    Peserta dari Kelab Sukan Kumpulan TSI GM Klang bergambar kenangan selepas program di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai.

    “Usaha ini membolehkan golongan asnaf serta penduduk sekitar memilih barangan yang diperlukan.

    “Selain itu, GM Klang turut menyumbang barangan makanan termasuk beras, gula dan minyak untuk diagihkan kepada 100 penerima terpilih,” katanya ketika ditemui pada program yang berlangsung selama empat jam bermula jam 9 pagi itu.

    Turut hadir dua Pengarah GM Klang, Foo Loke Ping dan Ahmad Zul-Qarnain Ibrahim.

    Katanya, program julung kali diadakan itu bukan hanya bertujuan membantu golongan memerlukan sebaliknya memupuk nilai murni dan cakna dalam kalangan kakitangan.

    “Kita harap bantuan kecil ini dapat meringankan beban penerima di samping membuktikan keprihatinan GM Klang dan Kelab Sukan Kumpulan TSI dalam membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

    Program tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti mewarna, permainan musical chair dan teka silang kata bagi mengeratkan hubungan antara penganjur dengan peserta.



    Sumber

  • WELCOME ABOARD OUR TRIPLE CAMERA GAME MONSTER REALME C3

    WELCOME ABOARD OUR TRIPLE CAMERA GAME MONSTER REALME C3

    • Amazing surprise awaiting for Malaysians

    PETALING JAYA, 25 February 2020 – realme Malaysia today announced an amazing surprise ahead of its official launch of realme’s Triple Camera Game Monster, the realme C3. realme Malaysia will be making it special by having an early bird sale for Malaysians fans who live stream realme C3 launch event on Facebook and Youtube. The official launch event is scheduled on Tuesday, 3 March 2020 at 2.30PM.

    Realme C3 Triple Camera, Game Monster


    Tiffany Teh, realme Malaysia’s Brand Manager said, “realme C3 is the first smartphone with
    MediaTek Helio G70 processor both locally and globally. The realme C3 is also one of the
    most-awaited models which use the newly introduced realme UI with an updated Android
    10 software giving a premium feel to users. The device will be another leap-forward product
    in its segment by realme and we hope that Malaysians will love it whether they are into camera functions, mobile gaming or social media. realme C3 is built to give you a fast and smooth smartphone experience.” Malaysians who are interested to find out about the surprise, do set a reminder on your calendar and check out realme Malaysia’s official Facebook page and YouTube channel on 3 March 2020 from 2.30 PM onwards.


    Facebook page link : https://www.facebook.com/realmeMalaysia/
    YouTube channel link : https://youtu.be/q9oF_in4pp4
    For first online sale exclusively on Shopee, you may get realme C3 on 3 March 2020 from 6 PM onwards here:

    http://bit.ly/C3shppr

  • Fadilat Surah al-Falaq apabila membacanya

    Fadilat Surah al-Falaq apabila membacanya

    WALAUPUN hanya mempunyai lima ayat sahaja, namun Surah al-Falaq mempunyai kelebihan tersendiri yang bukan calang-calang.

    Ia merupakan antara surah yang begitu signifikan untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian.

    Bahkan, Rasulullah SAW akan membaca surah itu apabila sakit, kemudian meniupkan pada tangannya sebelum baginda menyapu ke seluruh badannya.

    Sebenarnya, ada banyak lagi fadilat surah berkenaan, selain merawat penyakit.

    Apakah fadilat-fadilat tersebut?

    Ikuti kupasannya bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah dalam segmen Kapsul Surah pada hari ini.



    Sumber

  • Bank Islam mahu lahirkan ramai jutawan

    Bank Islam mahu lahirkan ramai jutawan

    BANK Islam menyasarkan akaun pelaburan inovatif berisiko rendah dan berdasarkan konsep Mudarabah iaitu perkongsian untung Al-Awfar mencapai saiz dana sebanyak RM732 juta pada tahun 2020.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkeyakinan sasaran itu dicapai kerana Al-Awfar telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan sehingga merekodkan saiz dana berjumlah RM2.93 bilion menerusi 868,710 akaun setakat Januari 2020.

    Menurutnya, sasaran itu juga dipacu oleh usaha Bank Islam yang mengadakan promosi berterusan untuk memastikan tawaran produk mereka terus menepati keperluan pelanggan.

    “Bank Islam berhasrat untuk memperkenalkan beberapa lagi kempen menarik dalam produk Al-Awfar antaranya ialah Kempen Gen Z dan Kempen Elit,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kempen Al-Awfar yang diadakan di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur semalam.

    Hadir sama, Ketua Pegawai Perniagaan, Mizan Masram dan Ketua, Deposit dan Pengurusan Tunai, Mohd Noor Jab.

    Mohd Muazzam (lima dari kiri) bersama pemenang Cabutan Khas.

    Mohd Muazzam (lima dari kiri) bersama pemenang Cabutan Khas.

    Mohd Muazzam berkata, Al-Awfar antara produk signatur Bank Islam sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.

    “Al-Awfar merupakan sebuah akaun pelaburan inovatif berisiko rendah dan berdasarkan konsep Mudarabah iaitu perkongsian untung.

    “Dana dikutip dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada bagi memastikan pelaburan yang kukuh,” katanya.

    Katanya, pelaburan tersebut terbuka kepada individu, entiti perniagaan, persatuan, badan agama, sekolah, universiti, kelab dan pertubuhan.

    “Peningkatan pelaburan yang memberangsangkan ini menunjukkan keyakinan pelanggan terhadap produk Al-Awfar.

    “Justeru, kami sentiasa berinovasi dan berusaha untuk memastikan Al-Awfar kekal relevan di pasaran,” katanya.

    Tawar ganjaran menarik.

    Dalam menggalakkan pelaburan dan penglibatan lebih ramai pelanggan, Al-Awfar memberi peluang kepada lebih 10,000 pemenang dengan 31 pemenang dari setiap negeri pada setiap bulan.

    “Kami juga menyediakan hadiah suku tahunan dan dua undian istimewa sebagai satu usaha mengukuhkan lagi penzahiran penghargaan kami kepada pelanggan.

    “Kami berterima kasih di atas sokongan dan keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan,” katanya.

    Mohd Muazzam berkata, Bank Islam sedang merancang untuk memperkenalkan Kempen Gen Z yang menyasarkan pelanggan berusia antara 18 hingga 28 tahun atau lebih dikenali sebagai Gen Z dan Milenial.

    “Kempen ini menawarkan imbuhan berupa wang tunai atau gajet secara mingguan atau dua minggu sekali.

    “Ia bertujuan untuk memberi cabaran kepada kelompok pelanggan ini untuk menyertai dan menambah jumlah pelaburan dalam akaun Al-Awfar masing-masing,” katanya.

    Beliau berkata, Bank Islam juga sedang berusaha dengan KiplePay iaitu rakan strategik bank berkenaan bagi program KipleUNI yang dilancarkan baru-baru ini untuk menambah baik hadiah dan menjadikan kempennya lebih menarik.

    “Bank Islam juga memperkenalkan Kempen Elit yang membolehkan pelanggan melabur dana baharu ke dalam akaun Al-Awfar layak mendapat gandaan peluang untuk cabutan Al-Awfar.

    “Terdapat tiga kategori unit kelayakan Al-Awfar mengikut jumlah dana baharu yang dilaburkan iaitu RM10,000 untuk lima kali kelayakan unit, kedua berjumlah RM50,000 untuk tujuh kali kelayakan unit dan ketiga pula berjumlah RM100,000 dan ke atas iaitu 10 kali kelayakan unit,” katanya.

    Tambahnya, kempen-kempen baharu itu juga bertujuan untuk meningkatkan lagi akses pelaburan kepada segmen pelanggan baharu dan lebih khusus.

    Beliau berkata, ia juga bertujuan menggalakkan serta meningkatkan kesedaran umum terhadap kelebihan pelaburan untuk masa depan, sekali gus memperkukuhkan lagi jenama Al-Awfar Bank Islam.

    “Dengan adanya kempen-kempen ini, lebih ramai pihak akan berpeluang untuk meraih pelbagai ganjaran menarik yang kami sediakan bagi setiap pelaburan mereka melalui perluasan kempen ini,” katanya.

    Mohd Muazzam berkata, Bank Islam meraikan tujuh pemenang bagi cabutan Al-Awfar Disember 2019 yang terdiri daripada kategori Cabutan 1 Juta dan Cabutan Khas dengan keseluruhan hadiah bernilai RM2.85 juta.

    “Al-Awfar memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah wang tunai dan ganjaran bernilai lebih RM14 juta setahun.

    “Sejak diperkenalkan pada tahun 2009 Bank Islam telah melahirkan seramai 26 Jutawan Al-Awfar,” katanya.

    Sementara itu, dua pelanggan diumumkan sebagai Jutawan Al-Awfar baharu iaitu Mohamad Rafezi Jamaluddin dan Jamaliah Abdullah.

    Kedua-dua individu berasal dari Kuantan dan Jerantut, Pahang itu masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1 juta.

    Turut diraikan pada majlis sama, pemenang kategori Cabutan Khas iaitu Azrenda Mohd Ismail dari Muar, Johor memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Mercedes C200 Avantgarde manakala empat buah kereta Honda Civic 1.5TC-P dibawa pulang oleh Zainal Abas (Negeri Sembilan); Nor Aine Ibrahim (Kedah); Nur Syahirah Zainal Abidin dan Abdul Rahman Omar (Selangor).



    Sumber

  • Lexus UX 200 tembusi pasaran tempatan

    Lexus UX 200 tembusi pasaran tempatan

    SETELAH membuat penampilan sulung pada November 2018 di acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 18), akhirnya Lexus UX 200 kini rasmi dibuka untuk tempahan pasaran tempatan.

    Kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover kompak itu dibina berasaskan platform Global Architecture-C (GA-C) yang mana ditawarkan dalam tiga varian iaitu Urban, Luxury dan F-Sport. Setiap satunya membawakan ciri dan elemen yang tersendiri.

    UX 200 dikuasakan oleh enjin petrol Dynamic Force 2.0-liter empat silinder digabungkan bersama kotak gear Direct-Shift CVT 10 kelajuan yang mampu menghasilkan 169 kuasa kuda (hp) dengan 205 meter Newton (Nm) tork. Selain itu, ia turut hadir dengan ciri-ciri seperti tailgate automatik, pengecas wayarles, cermin panorama dan pelbagai lagi ciri tambahan. Turut disertakan adalah sistem keselamatan Lexus Safety System+ (LSS+).

    Jentera itu juga turut dilengkapi dengan sistem audio Lexus Premium bersama enam pembesar suara, skrin infotainmen tujuh inci, interface Remote Touch, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Kulit Nuluxe, kemasan balutan hitam bagi tempat duduk hadapan larasan kuasa menambah gaya.

    Seperti model lain yang diimport oleh Lexus Malaysia, UX 200 didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sokongan selepas jualan pula boleh didapati di kesemua tujuh pusat servis Lexus di seluruh Malaysia.



    Sumber

  • Honda Accord 2020 dilengkapi pengecas turbo

    Honda Accord 2020 dilengkapi pengecas turbo

    HONDA Malaysia baru-baru ini mengumumkan model terbaharunya iaitu Honda Accord serba baharu yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini sedia untuk menerima tempahan.

    Honda Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara. Reka bentuk revolusinya dapat dilihat menerusi gaya fastback tanpa mengetepikan DNA sedan itu.

    Rupa luaran didatangkan dengan unit lampu depan lampu diod pemancar cahaya (LED) penuh tirus dan cukup bergaya. Rekaan lampu belakangnya turut menyerlahkan aspek premium.

    Sedan eksekutif itu kini dilengkapi dengan penawaran enjin 1.5L VTEC Pengecas Turbo, satu-satunya model dalam segmen-D buatan Jepun di Malaysia menawarkan ciri tersebut.

    Model generasi ke-10 Accord itu juga hadir dengan kuasa kuda 201PS. Daya tork maksimumnya sehingga 260 meter Newton (Nm) melebihi daripada yang dihasilkan enjin 2.4 liter dan bahan api lebih efisien.

    Selain itu, Honda Accord serba baharu itu juga diperluaskan dengan ‘Next Generation Advanced Technology’ dengan Honda Sensing penuh. Maklumat lanjut mengenai Accord 2020 serba baharu, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020, atau layari www.honda.com.my.



    Sumber

  • NHF tawar program perantisan 2020

    NHF tawar program perantisan 2020

    PENGELUAR alat ganti automotif, New Hoong Fatt Holdings Bhd (NHF) kini menawarkan 20 penempatan dalam program perantisan bagi tahun 2020.

    Pengarah Urusannya, Chin Jit Sin berkata, program perantisan atau Program Meister Malaysia (MMP) mewujudkan peluang Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) untuk pelajar Malaysia kini dibuka dan akan berakhir pada hujung Februari ini.

    Menurutnya, objektif program adalah mempersiapkan pelajar untuk ke alam pekerjaan di masa hadapan. Program itu juga merupakan sebahagian dari ekosistem yang didokong oleh industri, institusi latihan dan kerajaan.

    “Kami menyokong penuh usaha kerajaan dalam menghasilkan pekerja yang dilengkapi dengan kemahiran yang memenuhi tuntutan Revolusi Perindustrian 4 (IR) 4.0, sambil berusaha untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja pekerja tempatan dari 70 peratus kepada 85 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

    Seramai 22 graduan MMP dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dan Pemesinan Precision yang pernah mengikuti program di NHF kini bekerja di kilang pembuatan Kumpulan NHF di Klang.

    Selain itu, kira-kira 500 pelajar telah menyertai program tersebut daripada lapan institusi latihan dalam negara.

    Pusat Pembangunan Tenaga Manusia Selangor (SHRDC), salah satu daripada institusi latihan lulusan MMP, kini bekerjasama dengan syarikat industri seperti NHF, untuk mengenal pasti pelajar Malaysia yang sesuai untuk program itu.

    Pelajar dilatih selama dua tahun melalui pendekatan dua arah dengan kursusnya dilaksanakan di kedua-dua tempat kerja dan institusi latihan.

    Pelatih diberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar di bawah bimbingan jurulatih yang kompeten dan pelatih Meister.

    Untuk maklumat lanjut, lawati www.shrdc.org.my/trainee/ atau www.autoglobal.com.my/meister/



    Sumber

  • Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

    Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

    KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan minat belian hari selepas mengalami keadaan sebaliknya semalam berikutan usaha pengaturan semula politik domestik selain faktor penularan koronavirus (Covid-19).

    Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2170/2220 berbanding dolar AS daripada paras 4.2240/2270 sebelum ini.

    Seorang penganalisis berkata, ringgit pulih selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memberi jaminan semalam untuk memantau keadaan di pasaran kewangan susulan perkembangan terbaharu membabitkan landskap politik negara.

    “Walaupun pergerakan ringgit akan terus dipengaruhi oleh pasaran, operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang mencukupi dan keadaan pasaran kewangan dalam keadaan teratur,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, penganalisis menyifatkan ringgit turut disokong oleh pelabur institusi yang memasuki pasaran dalam usaha menstabilkan mata wang tempatan.

    Mengulas perkembangan di peringkat luaran, Ketua Strategis Pasaran AxiCorp, Stephen Innes berkata, trajektori mata wang Asia masih tidak jelas berikutan penularan kes Covid-19 yang hanya menyemarakkan lagi rasa bimbang di peringkat global.

    “Dalam keadaan sedemikian, pelabur asing tidak berminat dengan aset berisiko di bawah perbendaharaan AS sekali gus meningkatkan permintaan dolar AS.

    “Mata wang Asia akan terus goyah selagi kita tidak melihat perkembangan seperti peningkatan ketara pekerja kembali meneruskan aktiviti mereka di China dan People’s Bank of China menyuntik rangsangan menerusi pembayaran dividen dan melonjakkan pengeluaran domestik,” katanya.

    Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

    Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0171/0209 daripada 3.0126/0152 semalam, namun susut berbanding yen kepada 3.8025/8081 daripada 3.7941/7978 sebelumnya.

    Unit tempatan itu mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4496/4565 daripada 5.4464/4520 dan rendah berbanding euro kepada 4.5754/5826 daripada 4.5678/5728. – Bernama



    Sumber