Blog

  • Hukum hadiri kenduri kahwin yang tidak dijemput, makan jamuan disediakan

    Hukum hadiri kenduri kahwin yang tidak dijemput, makan jamuan disediakan

    “JOM kita pergi kenduri kahwin Humairah. Aku tak ada kawanlah nak datang. Kau temankan aku ye.”

    Demikian kata Faizah Halim (bukan nama sebenar) kepada rakannya, Mariam Arif (bukan nama sebenar).

    Pun demikian, Mariam sebenarnya rasa serba salah untuk mengikuti Faizah kerana dia tidak dijemput menghadiri walimah tersebut.

    Humairah hanya menjemput Faizah untuk memeriahkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihannya.

    “Takkan aku nak pergi juga walimah tu dan makan. Malulah, sudahlah tuan rumah tak jemput, aku pula datang makan,” Mariam bermonolog dalam hati, pada masa sama menyusun ayat terbaik untuk menolak ajakan Faizah tadi.

    Barangkali anda pernah menghadapi situasi itu, bukan? Apakah tindakan yang patut dilakukan jika kita berdepan dengan situasi berkenaan?

    Apakah hukumnya apabila kita tetap hadiri majlis kenduri kahwin berkenaan dan makan jamuan disediakan walaupun tidak dijemput?

    Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa hukum asal menghadiri majlis perkahwinan jika dijemput secara khusus adalah wajib.

    KEPADA mereka yang dijemput menghadiri walimah, wajib untuk memenuhi undangan berkenaan.

    Ia berdasarkan pandangan majoriti ulama dalam Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali berdalilkan sebuah hadis daripada Ibn Umar RA.

    Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” (Sahih Muslim)

    Bagaimanapun, jika kita tidak dijemput tuan rumah atau wakilnya, para ulama daripada empat mazhab iaitu Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali sepakat menyatakan haram untuk menghadirinya.

    Ia termasuklah jika kita hadir tanpa diketahui sama ada tuan rumah reda ataupun tidak.

    Individu berkenaan juga boleh dihukumkan sebagai fasik dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut.

    Ini kerana ia sebenarnya termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputannya, dia telah ingkar kepada ALLAH dan Rasul-NYA; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri.” (Sunan Abi Dawud)

    Namun demikian, seandainya tuan rumah memberi keizinan walaupun pada awalnya dia tidak dijemput, maka hukumnya adalah harus.

    Apa pun, ingatlah bahawa para ulama mengharamkan seseorang hadir ke kenduri tanpa dijemput jika diyakini tuan rumah tidak reda.

    Adapun, jika kita yakin tuan rumah reda dengan kehadiran kita, contohnya kita merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun mereka terlupa untuk menjemput kita, maka dalam keadaan tersebut, ia tidak diharamkan.

    (Sumber: Al-Kafi #1571: Hukum Hadir Walimah Tanpa Dijemput, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

    Sumber

  • Hukum hadiri kenduri kahwin yang tidak dijemput, makan jamuan disediakan

    Hukum hadiri kenduri kahwin yang tidak dijemput, makan jamuan disediakan

    “JOM kita pergi kenduri kahwin Humairah. Aku tak ada kawanlah nak datang. Kau temankan aku ye.”

    Demikian kata Faizah Halim (bukan nama sebenar) kepada rakannya, Mariam Arif (bukan nama sebenar).

    Pun demikian, Mariam sebenarnya rasa serba salah untuk mengikuti Faizah kerana dia tidak dijemput menghadiri walimah tersebut.

    Humairah hanya menjemput Faizah untuk memeriahkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihannya.

    “Takkan aku nak pergi juga walimah tu dan makan. Malulah, sudahlah tuan rumah tak jemput, aku pula datang makan,” Mariam bermonolog dalam hati, pada masa sama menyusun ayat terbaik untuk menolak ajakan Faizah tadi.

    Barangkali anda pernah menghadapi situasi itu, bukan? Apakah tindakan yang patut dilakukan jika kita berdepan dengan situasi berkenaan?

    Apakah hukumnya apabila kita tetap hadiri majlis kenduri kahwin berkenaan dan makan jamuan disediakan walaupun tidak dijemput?

    Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa hukum asal menghadiri majlis perkahwinan jika dijemput secara khusus adalah wajib.

    KEPADA mereka yang dijemput menghadiri walimah, wajib untuk memenuhi undangan berkenaan.

    KEPADA mereka yang dijemput menghadiri walimah, wajib untuk memenuhi undangan berkenaan.

    Ia berdasarkan pandangan majoriti ulama dalam Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali berdalilkan sebuah hadis daripada Ibn Umar RA.

    Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” (Sahih Muslim)

    Bagaimanapun, jika kita tidak dijemput tuan rumah atau wakilnya, para ulama daripada empat mazhab iaitu Maliki, Hanafi, Syafie dan Hanbali sepakat menyatakan haram untuk menghadirinya.

    Ia termasuklah jika kita hadir tanpa diketahui sama ada tuan rumah reda ataupun tidak.

    Individu berkenaan juga boleh dihukumkan sebagai fasik dari sudut penyaksian dan menjatuhkan maruah jika terus-menerus melakukan perbuatan tersebut.

    Ini kerana ia sebenarnya termasuk kategori perbuatan memakan makanan yang haram berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:“Sesiapa yang dijemput tapi tidak memenuhi jemputannya, dia telah ingkar kepada ALLAH dan Rasul-NYA; dan siapa yang pergi ke suatu majlis tanpa jemputan, dia hadir sebagai seorang pencuri.” (Sunan Abi Dawud)

    Namun demikian, seandainya tuan rumah memberi keizinan walaupun pada awalnya dia tidak dijemput, maka hukumnya adalah harus.

    Apa pun, ingatlah bahawa para ulama mengharamkan seseorang hadir ke kenduri tanpa dijemput jika diyakini tuan rumah tidak reda.

    Adapun, jika kita yakin tuan rumah reda dengan kehadiran kita, contohnya kita merupakan rakan atau saudara dan tiada permusuhan, namun mereka terlupa untuk menjemput kita, maka dalam keadaan tersebut, ia tidak diharamkan.

    (Sumber: Al-Kafi #1571: Hukum Hadir Walimah Tanpa Dijemput, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



    Sumber

  • Kuala Lumpur rekod KDNK terpantas dalam negara

    Kuala Lumpur rekod KDNK terpantas dalam negara

    KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terpantas di negara ini dengan 7.1 peratus sepanjang tempoh dua tahun iaitu RM191. 6 bilion pada 2016 kepada RM219. 8 bilion 2018, melebihi paras nasional 5.2 peratus.

    Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, KDNK terpantas itu disumbangkan menerusi sektor perkhidmatan yang juga sektor ekonomi utama Kuala Lumpur.

    Kuala Lumpur menyumbangkan 13.8 peratus KDNK pada tahun 2010 dan meningkat kepada 16.1 peratus pada 2018, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi kedua terbesar dalam negara selepas Selangor.

    “Peningkatan KDNK ini menunjukkan kepentingan Bandar Raya Kuala Lumpur dalam menerajui ekonomi negara. Sektor perkhidmatan diterajui sub-sektor perdagangan borong, runcit, makanan dan minuman serta penginapan,” katanya.

    Bagaimanapun menurutnya, cabaran utama adalah memastikan prestasi ekonomi Kuala Lumpur kekal kukuh dan berdaya saing dengan trend global.

    “Ekonomi dijana itu mampu mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan baharu kepada penduduk yang dapat dikongsi secara seimbang.

    “Akses mudah kepada peluang pekerjaan dan perniagaan dapat mengurangkan jurang pendapatan serta memastikan penduduk mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

    Katanya, Kuala Lumpur mencatatkan pertambahan jumlah pekerjaan sangat perlahan, namun terdapat penurunan dengan purata 1.74 peratus setahun tahun 2000 sehingga 2010 kepada 0.93 peratus setahun pada 2010 hingga 2017.

    “Pada 2017, kadar penyertaan buruh di Kuala Lumpur adalah 96.9 peratus dengan kadar pengangguran 3.1 peratus iaitu kadar tinggi bagi sebuah bandar raya yang menerajui ekonomi negara.

    “Harga rumah bagi Bandar Raya Kuala Lumpur yang mempunyai populasi penduduk kira-kira 1.7 juta pada tahun 2018 juga dalam kategori tidak mampu dimiliki iaitu mencatat nisbah 5.4,” katanya.

    Nor Hisham berkata, keadaan itu bertambah kritikal memandangkan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) lebih rendah daripada gaji pendapatan wajar.

    “Selain itu, perlaksanaan pembangunan perbandaran di Kuala Lumpur terdedah kepada perubahan iklim dan cuaca melampau yang memberikan impak besar dari segi fizikal, sosial, ekonomi dan ekologi.

    “Justeru Kuala Lumpur perlu lebih berdaya tahan terhadap impak perubahan iklim dengan langkah mitigasi dan adaptasi ditingkatkan dalam mencapai pembangunan lebih mampan,” katanya.

    Dalam pada itu, menurutnya bandar raya itu akan mengutamakan prinsip pembangunan dan perancangan mampan bagi mentransformasi Kuala Lumpur sebagai Bandar Untuk Semua serta memastikan pertumbuhan berterusan selepas tahun 2020.

    “Pembangunan akan menumpukan kesejahteraan warga kota, kualiti hidup, kesaksamaan, kemampuan serta sektor ekonomi yang terus berdaya saing,” katanya mengulas mengenai Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL2040).

    Katanya, visi Kuala Lumpur Bandar Untuk Semua akan tercapai dengan memfokuskan enam matlamat mencakupi aspek ekonomi, sosial, persekitaran hidup, alam sekitar dan perancangan fizikal.

    “Visi dan matlamat pertumbuhan Kuala Lumpur akan disokong hala tuju strategik. Mekanisme khusus pelaksanaan PSKL2040 perlu disediakan untuk memastikan tindakan dan kawalan pembangunan di peringkat Pelan Tempatan,” katanya.



    Sumber

  • Syria Care : Majlis Pelancaran Kembara Jiwa Dan Kemanusiaan 3.0 bersama ikon

    Pada 5 – 11 April 2020 tim Syria Care akan ke Turki dan Syria bagi Projek Kembara Jiwa dan kemanusiaan 3.0. Pada tahun 2017 Dan 2018 tim Syria Care telah pergi ke Istanbul, Turki membantu pelarian Syria. Pelbagai usaha Dan inisiatif pihak Syria Care telah dan sedang lakukan bagi memastikan kelangsungan usaha kemanusiaan berterusan.

    Penganjuran misi Syria Care Kali ini lebih eksklusif dan istimewa kerana Tim Syria pergi bersama para ikon yang sentiasa menyokong usaha Syria Care. Ikon yang terlibat adalah YABhg Datin Seri Masdiana Muhammad, Khai Bahar, Wany Hasrita, Dr Taha Omar, dan Dr Mohd Azrul Azlen Abd Hamid.

    Kembara Jiwa & Kemanusiaan Syria Care 3.0 akan diketuai oleh Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki selaku Pengerusi Syria Care manakala Puan Nurdieana Mohd Mardzi selaku Pengarah projek.

    Pelbagai aktiviti kemanusiaan akan dilaksanakan bersama pelarian di kem, anak-anak yatim dan juga ibu tunggal di Turki dan Syria. Tim Syria Care juga akan melawat Sekolah Ulfah (Perempuan) di Atma, Syria bagi melihat sejauh mana perkembangan kemajuan sekolah yang menjadi tumpuan utama dana kali ini.

    Projek pengumpulan Dana diperlukan sebanyak RM231,840 bagi sekolah tersebut yang telah dimulakan sejak Oktober 2019 dan berterusan sehingga akhir 2020.

    Keterlibatan ikon-ikon dan komitmen amat penting sebagai wadah perantara rakyat Malaysia terutama terhadap sokongan dan ketelusan kerja kemanusiaan di Syria Care.


    Sumbangan amat diharapkan bagi mencapai misi Projek sekolah Ulfah dan aktiviti di Turki dan Syria. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Syria Care 1203 8010 1377 55

  • Civic dan Accord facelift 2020 dilancar untuk pasaran tempatan

    Civic dan Accord facelift 2020 dilancar untuk pasaran tempatan

    HONDA Malaysia secara rasminya melancarkan Civic baharu facelift 2020 untuk pasaran tempatan.

    Peneraju segmen C di Malaysia itu dilengkapi Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya, Honda SENSING.

    Bagi penawaran terbaharu kali ini, Honda Civic facelift didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.8S, 1.5TC dan 1.5TC-P.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, sejak dilancarkan empat tahun lalu, lebih 48,000 unit Civic berjaya dijual.

    “Secara keseluruhannya, Civic yang diperkenalkan di Malaysia telah mencatat jualan lebih 135,000 unit setakat Januari 2020.

    “Kami meletakkan sasaran jualan Civic baharu iaitu sebanyak 1,000 unit sebulan,” katanya kepada media pada majlis pelancaran Honda Civic dan Accord Serba Baharu di sini pada Rabu lalu.

    Civic baharu juga menjadi model Jepun pertama keluaran tempatan secara besar-besaran dalam segmen C yang ditawarkan dengan lapan ciri penuh keselamatan termaju Honda SENSING.

    Dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Civic baharu menyerlahkan elemen pemanduan Honda yang mengujakan dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang.

    Enjin VTEC Turbocharged itu juga mampu menghasilkan kuasa maksimum mencecah 173PS dan tork 220Nm yang menyamai prestasi enjin bersesaran 2.4L.

    Civic baharu juga ditawarkan dengan enjin 1.8L i-VTEC berkuasa 141PS dan tork 174 Nm yang sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan enjin aspirasi biasa. Kedua-dua enjin itu diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle).

    Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum (kiri) dan Toichi Ishiyama (kanan) pada majlis pelancaran Honda Civic dan Accord Serba Baharu di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

    Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum (kiri) dan Toichi Ishiyama (kanan) pada majlis pelancaran Honda Civic dan Accord Serba Baharu di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

    Reka bentuk dan prestasi Civic baharu disempurnakan lagi dengan ruang dalamannya yang menarik setaraf dengan ciri kenderaan segmen D seperti tempat duduk dibalut kulit baharu bersama dengan ciri standard seperti penggilap cermin hadapan automatik baharu, tempat duduk pemandu berkuasa dengan lapan talaan, penghidup enjin kawalan jauh (Remote Engine Start) dan Walk Away Auto Lock untuk semua varian.

    Kemasan pada bampar belakang dan spoiler belakang baharu membuatkannya nampak semakin bergaya, selain dilengkapi rim aloi hitam bersaiz 18-inci baru.

    Semua varian Civic baharu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang terbaik dalam kelasnya seperti Enam Beg Udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Membrek (BA), Auto Brake Hold (ABH), sensor hada-pan baharu dan ISOFIX pada tempat duduk belakang.

    Pada majlis itu, turut dilancarkan ialah Honda Accord yang dilengkapi enjin 1.5L VTEC Turbocharge yang kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara. Reka bentuk revolusinya dapat dilihat menerusi gaya fastback tanpa mengetepikan DNA sedan.

    HONDA Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara.

    HONDA Accord versi 2020 kini boleh ditempah di kesemua 100 pengedar sah Honda seluruh negara.

    Rupa luaran didatangkan dengan unit lampu depan lampu diod pemancar cahaya (LED) penuh tirus dan cukup bergaya.

    Rekaan lampu belakangnya turut menyerlahkan aspek premium. Sedan eksekutif itu kini dilengkapi dengan penawaran enjin 1.5L VTEC Pengecas Turbo, satu-satunya model dalam segmen-D buatan Jepun di Malaysia menawarkan ciri tersebut.



    Sumber

  • Buah ranum yang tumbuh di tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

    Buah ranum yang tumbuh di tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

    MELIHAT buah yang masak ranum di tepi jalan, membuatkan sesiapa sahaja terliur.

    Namun begitu, untuk memetik dan mengambil buah itu begitu sahaja memang tidak boleh dilakukan.

    Masakan tidak, jika pokok itu mempunyai tuan, kita ibarat ‘si pencuri’ buah berkenaan kerana mengambil apa yang bukan menjadi hak sendiri.

    Jika dibiarkan begitu sahaja, alangkah membazirnya sedangkan hasilnya boleh dimanfaatkan.

    Apakah pandangan Islam tentang hal itu? Adakah buah tersebut boleh dimakan sesuka hati jika memang tidak ditemui siapakah tuan kepada pokok tersebut?

    Segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini akan merungkaikan tentang persoalan itu.

    Menurut pendakwah yang juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris, ada tiga langkah atau adab apabila ingin memanfaatkan buah daripada pokok yang tidak diketahui siapa tuannya.

    Apabila suatu pokok berbuah, contohnya rambutan, epal atau kurma di tepi jalan dan kita tidak tahu pemiliknya, adab yang pertama kita kena tanya sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling, terang beliau.

    “Jika orang tersebut kata ‘tidak tahu’, tiada jawapan dan sebagainya, kita pergi kepada langkah kedua iaitu dibolehkan untuk kita memakannya. Namun, ada syaratnya iaitu makan di situ saja dan tidak boleh dibawa balik atau dijual.

    “Yang ketiga, pokok itu mestilah tidak berada di dalam kawasan berpagar. Ya, kawasan berpagar itu merupakan simbolik atau lambang kepada ia milik seseorang,” katanya.

    Justeru, Fitri menasihatkan kita agar sentiasa berwaspada dan jangan sampai mengambil hak orang lain tanpa izin.



    Sumber

  • Puding kelapa bersos mangga

    Puding kelapa bersos mangga

    BAHAN-BAHAN A (puding):

    22g serbuk gelatin

    3½ sudu besar air

    300ml santan

    200ml susu UHT segar

    ½ sudu kecil garam

    5 uncang Pemanis Pal Sweet

    BAHAN-BAHAN B (sos mangga):

    160ml air

    ½ cawan mangga masak (dipotong dadu kecil)

    1½ sudu besar tepung jagung dicampurkan 2 sudu besar air

    3 uncang Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet

    CARA PENYEDIAAN:

    1. Gabungkan serbuk gelatin dan air di dalam mangkuk kecil. Gaul hingga gelatin larut dalam air dan menjadi kembung. Ketepikan.

    2. Masukkan santan, susu segar dan garam dalam periuk bertelinga.

    3. Panaskan campuran santan di bawah api sederhana rendah sehingga cecair menjadi panas tetapi tidak mendidih (adalah penting untuk memastikan campuran tidak mendidih).

    4. Cedok sesenduk campuran santan panas ke dalam campuran gelatin. Gaul hingga rata sepenuhnya.

    5. Tuangkan semula campuran gelatin itu ke dalam campuran santan. (Pada peringkat ini, jangan naikkan api, tetapi kekalkan pada api rendah.)

    6. Setelah campuran digaul rata, alihkan periuk bertelinga daripada api. Masukkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet. Gaul hingga sebati.

    7. Cedok campuran puding kelapa ke dalam acuan individu. Biarkan sejuk selama 3 hingga 4 minit.

    8. Ketepikan agar puding kelapa menjadi keras sebelum disimpan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan sepenuhnya.

    9. Untuk menyediakan sos mangga, gabungkan air dan mangga yang telah dipotong dadu dalam periuk bertelinga.

    10. Panaskan di bawah api sederhana rendah. Gaul hingga campuran mula mendidih. Rintikkan campuran tepung jagung secara perlahan-lahan. Padamkan api, masukkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet dan gaul rata.

    11. Keluarkan puding dan rintikkan sos mangga ke atas puding.

    Sumber: www.ajinomoto.com.my



    Sumber

  • Ibnu Tufail, ilmuan Islam dikurniakan bakat dalam pelbagai bidang

    Ibnu Tufail, ilmuan Islam dikurniakan bakat dalam pelbagai bidang

    MENYINGKAP semula lembaran sejarah peradaban Islam, nama Ibnu Tufail tercatat antara cendekiawan Muslim yang masyhur. Tokoh itu dikenali sebagai seorang penulis, novelis, ahli agama dan doktor oleh seantero dunia.

    Masakan tidak, beliau terkenal dengan kepakarannya dalam bidang falsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan perubatan. Bahkan, ilmu pengetahuan yang dimilikinya memang diperakui oleh sarjana Islam dan Barat. Namanya begitu gah sekitar abad ke-12 Masihi.

    Pemilik nama sebenar Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi itu dilahirkan di Asya, Granada sekitar 1106 Masihi.

    Pun demikian, ilmuwan berketurunan Arab Qais itu tidak dapat dipastikan keseluruhan latar belakangnya. Ia disebabkan keterbatasan maklumat mengenainya.

    Bagaimanapun, Ibnu Tufail merupakan tokoh yang disegani dan berpengaruh ketika hayatnya berdasarkan catatan sejarah. Darjah kemasyhurannya boleh diukur apabila beliau turut dikenali di dunia Barat sebagai Abubacer.

    Menelusuri kehebatannya dalam bidang perubatan, Ibnu Tufail pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya’kub Yusuf Al-Manshur yang merupakan khalifah Maghribi kedua daripada Dinasti Muwahhidun (1163-1184 Masihi). Kepakaran yang dimiliki dengan berkat kesungguhan yang ditunjukkan Ibnu Tufail telah mengangkatnya menjadi doktor peribadi kepada gabenor dan dua wilayah iaitu Sabtah dan Thaniah.

    Beliau juga bukan calang-calang orang. Ilmuwan hebat itu pernah dilantik sebagai menteri selain dikenali sebagai ahli politik yang dihormati.

    Kepakaran yang dimiliki Ibnu Tufail tidak terhenti di situ. Beliau dikurniakan bakat untuk menulis. Namun sayangnya, karya-karya yang dihasilkannya banyak yang telah hilang. Ia ekoran kejadian kekacauan dan peperangan yang berlaku di Maghribi suatu masa dulu.

    Gaya penulisan luar biasa

    Jika diselak kembali lembaran historiografi, Ibnu Tufail sebenarnya begitu gemar dan cenderung untuk menulis. Menurut Abdul Wahid Al-Marakasy, Ibnu Tufail telah meriwayatkan banyak buku yang telah dibaris dengan tangannya sendiri dalam bidang falsafah, ilmu jiwa dan pelbagai syair.

    Meskipun banyak menulis buku, ada satu kitab tulisan Ibnu Tufail yang begitu popular iaitu Hay Ibn Yaqzan. Apa tidaknya, tokoh hebat itu memuatkan pandangannya dengan gaya bahasa yang menarik dan imaginasi yang indah.

    Tidak keterlaluan jika dikatakan buku itu dianggap sebagai warisan paling unik tinggalan seorang ahli falsafah Islam yang tersohor.

    Hasil nukilannya dalam buku berkenaan, Ibnu Tufail berusaha menerangkan bagaimana manusia berpotensi mengenal ALLAH dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan di sekelilingnya.

    Beliau tidak menyatakan secara terus berhubung perkara itu. Sebaliknya, ia disampaikan menerusi watak Hay Ibn Yaqzan yang hidup di sebuah tempat terpencil dan bagaimana dia meneruskan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan pancaindera.

    Ya, gaya penulisan Ibnu Tufail dalam bentuk novel dan falsafah menerbitkan aura yang luar biasa. Buku ilmuwan tersohor itu banyak diterjemahkan dan dialih bahasa antaranya bahasa Latin dan Inggeris.

    Buku itu turut menukilkan pengamatan Ibnu Tufail mengenai ilmu metafizik, fizik dan sebagainya. Tokoh itu melihat alam semesta sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa, manakala dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi asas kepada kehidupan mereka di muka bumi ini.

    Meskipun ada yang menganggap pandangan dikemukakan merupakan perkara biasa pada hari ini, namun ketahuilah bahawa ia sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian dan fenomena yang berkaitan dengannya.

    Pada 1185 Masihi, Ibnu Tufail dilaporkan meninggal dunia di Maghribi. Sesungguhnya kelahiran Ibnu Tufail memberikan 1,001 rahmat buat manusia sejagat. Kecintaan beliau kepada buku-buku dan ilmu pengetahuan mengangkatnya sebagai seorang tokoh yang disegani dalam pelbagai bidang. PROFIL

    Nama: Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi

    Gelaran: Ibnu Tufail dan Abubacer

    Tahun kelahiran: 1106 Masihi

    Tahun kematian: 1185 Masihi

    Kepakaran: Falsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan perubatan

    Sumbangan: Pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidang falsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan perubatan.

    Karya agung: Hay Ibn Yaqzan yang menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali ALLAH dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.



    Sumber

  • Scan & Shop mudahkan pelanggan Tesco

    Scan & Shop mudahkan pelanggan Tesco

    TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) melancarkan aplikasi Scan & Shop di semua cawangannya pada separuh pertama tahun ini untuk menjadikan perkhidmatannya lebih mesra digital.

    Pengarah Pelanggannya, Vivian Yap berkata, aplikasi Scan & Shop memberi manfaat penjimatan wang kepada pelanggan kerana ia membolehkan mereka menjejaki jumlah nilai barangan dalam bakul atau troli sebelum membuat pembelian.

    “Penyediaan aplikasi Scan & Shop di cawangan Tesco menawarkan kemudahan yang boleh mempercepatkan tugasan beli-belah kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

    Menurutnya, sebaik sahaja selesai memilih barangan dikehendaki, pelanggan boleh pergi terus ke kaunter, sediakan kod bar yang dihasilkan aplikasi Scan & Shop dan bayar tanpa perlu mengeluarkan barang dari bakul atau troli mereka.

    “Scan & Shop membolehkan pelanggan melihat dan menentukan jumlah nilai barangan di dalam bakul atau troli mereka menerusi aplikasi sebelum membuat pembelian mereka.

    “Kami berharap teknologi ini boleh membantu mereka mengurangkan masa dan kesesakan di cawangan kami terutamanya pada waktu puncak,” katanya.

    Vivian berkata, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan App Store Apple.



    Sumber

  • Bolehkah keringkan anggota wuduk?

    Bolehkah keringkan anggota wuduk?

    KADANGKALA selepas berwuduk, ada orang lebih selesa untuk mengeringkan anggota wuduknya sebelum menunaikan solat.

    Ada segelintir orang pula terus mendirikan solat sebaik sahaja berwuduk.

    Bagaimana pandangan Islam tentang hal itu? Bolehkah kita mengeringkan anggota wuduk dengan tuala selepas selesai berwuduk?

    Menjawab persoalan tersebut, terdapat hadis yang sahih riwayat Muslim bahawa Nabi Muhammad SAW menyatakan, apabila seseorang berwuduk, ketika membasuh muka, tangan dan kakinya akan gugurlah dosa-dosanya bersama mengalirnya air sehingga ke titisan yang terakhir.

    Itu menandakan kelebihan wuduk boleh menghapuskan dosa-dosa.

    Adapun dalam perihal hukum mengeringkan anggota wuduk, para ulama terbahagi kepada dua pandangan dengan hujah masing-masing.

    Pendapat pertama menyatakan, hukumnya adalah harus. Pendapat itu ‘dipegang’ oleh sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Anas bin Malik, Usman bin Affan dan lain-lain.

    Demikian juga pendapat Imam Ahmad dalam masalah itu kerana asalnya tiada hadis yang jelas melarang perbuatan tersebut.

    Sementara itu, pendapat kedua berpandangan makruh menyapu atau mengeringkan anggota wuduk selepas berwuduk.

    Ini kerana dalam hadis riwayat Saidatina Maimunah dalam Sahih al-Bukhari, Nabi Muhammad SAW menolak ketika diberikan kain untuk mengelap anggota wuduk baginda.

    Imam al-Rafie juga menyatakan, sunat ditinggalkan perbuatan mengeringkan anggota wuduk.

    Kesimpulannya, jika ada keperluan dan hajat, maka tidak menjadi masalah untuk mengeringkannya.

    Sebaliknya, sekiranya tiada keperluan, maka eloklah dibiarkan sahaja. Demikianlah pendapat Imam An-Nawawi.

    ***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.



    Sumber