Operasi BNM dorong kadar jangka pendek stabil

Operasi BNM dorong kadar jangka pendek stabil

KADAR jangka pendek diunjur kekal stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM45.50 bilion dalam sistem konvensional dan RM35.43 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM2 bilion selama tujuh hari dan dua tender Qard iaitu RM1.6 bilion bagi tempoh tujuh hari dan RM200 juta untuk 14 hari.

Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM42.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sebanyak RM32.6 bilion. – Bernama

Sumber