‘Old Shanghai’ serikan sambutan Tahun Baharu Cina Suria KLCC

Ruang Esplanade KLCC dihiasai dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 18 meter yang dinamakan ‘Dragon of Prosperity’.

Ruang Esplanade KLCC dihiasai dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 18 meter yang dinamakan ‘Dragon of Prosperity’.

SEMPENA perayaan Tahun Baharu Cina 2024, Suria KLCC menampilkan dekorasi bertemakan ‘Old Shanghai’ yang menghiasi pusat beli-belah itu bermula 12 Januari hingga 18 Februari depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata, pihaknya mengadakan pameran yang mengetengahkan budaya pada tahun 1920 sehingga 1930 dikenali sebagai ‘Paris of the Orient’.

Menurutnya, pengunjung dapat melihat replika kedai-kedai dua tingkat pada zaman dahulu antaranya kedai menjual cheongsam dan restoran agam yang menampilkan hidangan tradisional. “Sebuah beca dan kereta vintaj turut dipamerkan kepada pengunjung selain projektor filem lama yang memainkan klip-klip filem klasik menggamit jiwa.

“Sementara itu, ruang Esplanade KLCC memainkan peranan utama dalam sambutan kali ini melalui dekorasi majestik replika naga 3D setinggi 18 meter yang dinamakan ‘Dragon of Prosperity’ sebagai simbolik Tahun Naga,” katanya.

Sumber