Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nilai ringgit terus susut berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan
  • ACTIVITY

Nilai ringgit terus susut berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan

Helmi Aziz April 22, 2022 2 minutes read
1671665.jpg

NILAI ringgit terus susut berbanding dolar AS dalam dagangan awal pagi Jumaat berikutan potensi kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.09 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.3045/3080 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.2875/2910

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit akan terus kekal lemah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 3 dan 4 Mei.

“Masalah yang kita lihat pada masa ini ialah kita dihujani dengan pelbagai pandangan yang datang daripada pegawai Rizab Persekutuan AS. Sesetengah pihak mungkin lebih suka kenaikan secara agresif manakala ada pula yang memilih untuk melakukan penurunan yang lebih ketara dalam pengurangan imbangan kira-kira.

“Pandangan yang pelbagai ini telah menyelubungi pertimbangan pasaran yang mengakibatkan penyongsangan keluk hasil pada awal April yang kemudiannya telah menghidupkan semula idea tentang kemelesetan yang akan berlaku,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, secara ringkas, terdapat penghindaran risiko yang berlebihan pada masa ini yang boleh mendorong kepada mata wang selamat yang lebih tinggi.

“Sehingga ketidaktentuan yang berlebihan ini dapat diredakan, kita akan terus melihat ringgit yang lebih lemah dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, kenaikan 50 mata asas pada Mei dan Jun telah diperkukuhkan lagi oleh pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell

“Tetapi Presiden Rizab Persekutuan San Francisco Mary Daly ada menyebut kemungkinan kenaikan 75 mata asas. Kita melihat kenaikan 50 mata asas kini telah diambil kira sepenuhnya untuk mesyuarat Julai Fed tetapi pada masa yang sama sepatutnya turut menjangkakan penetapan 75 mata asas bagi bulan Mei dan Jun,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.3488/3517 daripada penutup Khamis 3.3478/3508 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6665/6703 daripada 4.6794/6832 semalam.

Nilai ringgit turut merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1542/1570 daripada penutupan Khamis 3.1496/1524 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.6070/6116 daripada 5.6003/6049. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PR1MA Memperkasakan Agenda Malaysia Berdaya Huni Melalui Skim PR1MA Rent-To-Own
Next: Masjid Al-Alami lokasi World #QuranHour Melaka

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.