Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nilai ringgit terus naik berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Nilai ringgit terus naik berbanding dolar AS

Helmi Aziz November 25, 2022 2 minutes read
1999446.jpg
Ringgit meneruskan momentum positifnya pagi Jumaat meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga. (Gambar hiasan) - Foto 123rf

Ringgit meneruskan momentum positifnya pagi Jumaat meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga. (Gambar hiasan) – Foto 123rf

RINGGIT meneruskan momentum positifnya pagi Jumaat meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga, sekali gus mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik semasa di dalam negara selesai.

Selain itu, pasaran turut mengambil petunjuk daripada isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai penurunan dalam kenaikan kadar.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan terus menambah nilai kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4910/5000.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, pergerakan aktif dalam pasaran saham Malaysia berikutan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, turut membantu ringgit untuk menarik pelabur asing.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada Khamis.

“Bagaimanapun, pemacu sentimen utama pada masa hadapan ialah kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seperti yang terkandung dalam minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),” katanya kepada Bernama.

Namun begitu, beliau berkata, pasaran dijangka lengang kerana AS akan meraikan cuti Hari Kesyukuran pada hujung minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2522/2561 daripada 3.2678/2749 pada penutup Khamis dan tinggi berbanding euro pada 4.6573/6625 daripada 4.6792/6886 sebelumnya.

Ringgit turut menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4169/4229 daripada 5.4305/4414 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2199/2237 daripada 3.2412/2479 pada Khamis. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: SIARAN LANGSUNG MUZIK MUZIK 37 SEPARUH AKHIR 25 NOVEMBER & 26 NOVEMBER 2022, PUKUL 3.00 PETANG!
Next: Kim Jae-joong was explosive in his first concert in 12 years in Malaysia

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.