Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
2112167.jpg
Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini. - Foto 123RF

Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini. – Foto 123RF

RINGGIT diniagakan tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan urus niaga pagi ini dalam situasi yang menyaksikan petunjuk bercanggah daripada Amerika Syarikat mengenai inflasi dan kadar faedah, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4670/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4740 pada penutup Rabu.

Data PMI Pembuatan ISM AS, satu lagi indikator inflasi, menambah sedikit kepada 47.7 mata pada Februari daripada 47.4 mata pada bulan sebelumnya tetapi masih di bawah 48.0 mata daripada anggaran konsensus.

Ketua Ekonomi & Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, salah seorang pegawai (mengundi) Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, Neil Kashkari membayangkan beliau terbuka kepada kenaikan 25 mata asas (bps) atau 50 bps dalam mesyuarat yang akan datang pada bulan Mac.

Begitu juga, pegawai (bukan mengundi) Raphel Bostic mencadangkan kadar dana Fed sepatutnya berada dalam julat 5.00 peratus hingga 5.25 peratus, dan tahap sebegitu perlu dikekalkan dengan baik sehingga 2024.

“Pendirian yang menjuruskan kepada kenaikan kadar faedah oleh para pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) terus menjadi tumpuan,” katanya kepada Bernama.

Justeru, Mohd Afzanizam mengunjurkan ringgit kekal dalam julat sempit berbanding dolar AS menjelang mesyuarat FOMC pada pertengahan Mac.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro, menyaksikan mata wang itu merosot kepada 4.7618/7698 daripada 4.7580/7612 semalam.

Mata wang tempatan turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2783/2843 daripada 3.2916/2941 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3693/3783 daripada 5.3956/3992 sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang Asean.

Ia menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3256/3315 daripada 3.3333/3361 pada hari Rabu dan meningkat berbanding Thai baht untuk mencatatkan 12.8381/8652 daripada 12.8484/8637.

Mata wang tempatan mengukuh sedikit berbanding peso Filipina pada 8.12/8.14 daripada 8.13/8.14 dan rupiah Indonesia pada 293.10/293.80 daripada 293.40/293.80 semalam. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kari kepala ikan resipi asli dari India
Next: Daripada ukiran batu nisan ke kanvas seni

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.