Gambar hiasan – Foto 123RF RINGGIT jatuh berbanding dolar AS ketika ditutup pada Rabu selepas kenaikan baru-baru ini dan selepas minit mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan bank pusat Amerika itu akan kekal berhati-hati terhadap pendekatan dasar monetarinya, kata seorang penganalisis. Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6735/6805 berbanding dolar AS 4.6505/6560 ketika ditutup pada Selasa. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau percaya kadar faedah Amerika Syarikat menghampiri paras kemuncaknya. “Kita melihat dalam beberapa hari ini ringgit meningkat dengan ketara berikutan kadar inflasi yang perlahan dan kelembapan pasaran buruh (di Amerika Syarikat),” katanya kepada Bernama. Baca artikel penuh Sumber Post navigation YTL Communications tawar iPhone 15, iPhone 15 Plus hanya RM1 Tiga komponen Kedah Aerotropolis lulus untuk pembangunan
RINGGIT jatuh berbanding dolar AS ketika ditutup pada Rabu selepas kenaikan baru-baru ini dan selepas minit mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan bank pusat Amerika itu akan kekal berhati-hati terhadap pendekatan dasar monetarinya, kata seorang penganalisis. Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6735/6805 berbanding dolar AS 4.6505/6560 ketika ditutup pada Selasa. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau percaya kadar faedah Amerika Syarikat menghampiri paras kemuncaknya. “Kita melihat dalam beberapa hari ini ringgit meningkat dengan ketara berikutan kadar inflasi yang perlahan dan kelembapan pasaran buruh (di Amerika Syarikat),” katanya kepada Bernama. Baca artikel penuh