Niaga hadapan emas ditutup rendah seiring Comex

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa seiring dengan penurunan niaga hadapan emas Comex AS dan pengukuhan dolar AS.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2023 susut kepada AS$1,976.00 setiap auns troy daripada AS$1,995.20 setiap auns troy, dan Disember 2023 merosot kepada AS$1,985.90 setiap auns troy daripada AS$2,005.10 setiap auns troy.

Kontrak Januari 2024, Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup pada AS$1,995.60 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 179 lot daripada 141 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 335 kontrak daripada 299 kontrak sebelumnya.

Sumber