Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Neutral karbon 2050: METO sediakan input untuk Malaysia
  • ACTIVITY

Neutral karbon 2050: METO sediakan input untuk Malaysia

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1892586.jpg

KUALA LUMPUR – Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) terus bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan di negara ini untuk membangunkan Malaysia Energy Transition Outlook (METO) bagi menyokong aspirasi negara neutral karbon menjelang 2050.

Dalam temu bual eksklusif dengan Bernama, Ketua Pengarah IRENA Francesco La Camera berkata, METO yang dijadual diterbitkan tahun depan, akan menyediakan input yang lebih spesifik serta menggariskan cara untuk mempercepatkan usaha Malaysia bebas daripada bahan api fosil.

Dilaporkan bahawa 80 peratus negara di dunia adalah pengimport bersih bahan api fosil, termasuk Malaysia.

La Camera berkata, pertumbuhan permintaan tenaga di Malaysia diunjurkan meningkat dua kali ganda menjelang 2050, manakala dalam sektor tenaga, tenaga boleh diperbaharui dijangka mencapai 70 peratus daripada kapasiti tenaga, mencapai 51 peratus penjanaan tenaga boleh diperbaharui boleh ubah menjelang 2050.

Beliau berkata, solar fotovoltan (PV) dan tenaga hidro akan menjadi teknologi utama bagi pecutan kuasa tenaga boleh diperbaharui di Malaysia iaitu pelaburan tenaga boleh diperbaharui bernilai AS$30 bilion diperlukan dalam dekad akan datang dan 67 peratus tenaga boleh diperbaharui baharu akan tertumpu di Semenanjung Malaysia.

“Juga penggunaan tahunan Solar PV 1.6 Gigawatt (GW) diperlukan pada tahun 2030. Langkah teknologi utama termasuk mempercepatkan pengambilan kenderaan elektrik di samping infrastruktur dan rantaian bekalannya, mengembangkan program biobahan api semasa dan membuka laluan untuk pengeluaran hidrogen hijau,” tambahnya.

IRENA juga menganggarkan pelaburan di Malaysia untuk peralihan tenaga sehingga 2050 menjadi AS$378 bilion, dengan sekitar AS$183 bilion dalam sektor tenaga, grid dan fleksibiliti.

IRENA ialah organisasi antara kerajaan yang menyokong negara dalam peralihan mereka kepada masa depan tenaga yang mampan, dan berfungsi sebagai platform utama untuk kerjasama antarabangsa, pusat kecemerlangan dan repositori pengetahuan dasar, teknologi, sumber dan kewangan mengenai tenaga boleh diperbaharui.

Sementara itu, La Camera berkata, bahawa pelaburan dalam peralihan akan membawa sosioekonomi dan faedah yang ketara kepada negara dan rakyat yang akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkaitan peralihan tenaga dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik.

Beliau berkata, IRENA juga akan menganjurkan forum pelaburan serantau pertamanya di Indonesia selama dua hari untuk menghimpunkan penggubal dasar, syarikat dan pelabur dari ASEAN untuk menjadikan pelaburan boleh diakses dan menyediakan projek boleh diperbaharui di lapangan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan laporan awal kajian METO mengenai senario peralihan tenaga.

Beliau juga berharap laporan akhir METO akan menjadi panduan penetapan hala tuju peralihan tenaga negara sehingga tahun 2050 dan menyumbang secara lebih signifikan terhadap aspirasi negara neutral karbon menjelang 2050.

Malaysia menjadi ahli ke-144 IRENA pada April 2010. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pembangunan berorientasikan transit – Sinar Harian
Next: ETCM tawar pelan takaful – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.