Neelofa perkenal koleksi Lofa Brand terbaharu

USAHAWAN selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor memperkenalkan koleksi Lofa Brand terbaharu, Human yang bakal menemui pelanggan menerusi platform atas talian mulai Ogos 2019.

Human dihasilkan menerusi kerjasama syarikat dengan rakan kongsi daripada United Kingdom (UK), yang mengetengahkan koleksi baju-T, hoodie dan cenderamata.

Neelofa berkata, ketika ini pihaknya sedang fokus dalam mempromosikan jenama baharu tersebut dalam pasaran untuk ia dikenali.

“Koleksi Human menawarkan produk berupa baju-T, hoodie dan cenderamata yang diinspirasikan daripada peristiwa yang berlaku di New Zealand. Produk ini akan boleh didapati menerusi atas talian mulai Ogos ini.

“Saya mahu bawa mesej dalam setiap koleksi jenama ini. Malah, material yang digunakan pada setiap helaian koleksi pakaian pula amat berkualiti tinggi. Ia selesa dan tidak panas dan mengikut kepada keadaan cuaca di negara ini.

“Kesemua koleksi Lofa Brand dikeluarkan oleh pengilang yang dilantik daripada UK. Pengeluaran hanya akan dibuat mengikut tempahan yang diterima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Neelofa, Lofa Brand ialah entiti yang berbeza daripada perniagaan Neelofar Hijab.

“Lofa Brand merupakan perniagaan yang dikendalikan oleh saya sendiri dan kami akan bekerjasama termasuk menentukan rekaan koleksi Lofa Brand dengan rakan kongsi di sana (UK).

“Sememangnya impian untuk mengeluarkan koleksi pakaian yang ringkas sudah lama ada memandangkan saya sendiri memakai pakaian tersebut. Ia umpama pakaian asas yang ringkas.

“Alhamdulillah, akhirnya saya bertemu dengan rakan kongsi yang ternama di UK. Pihak kami juga telah melihat keupayaan mereka dalam mengeluarkan koleksi pakaian yang berkualiti dan bermutu,” katanya yang optimis mengembangkan lagi perniagaannya di peringkat antarabangsa.



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *