Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Mydin Tunjong cawangan terbesar di Malaysia
  • ACTIVITY

Mydin Tunjong cawangan terbesar di Malaysia

Helmi Aziz March 10, 2022 2 minutes read
1622861.jpeg

KOTA BHARU – Syarikat pemborong dan runcit halal tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) membuka cawangan pasar raya ke-67 di Tunjong di sini melibatkan keluasan hampir 1 juta persegi, sekali gus menjadi pasar raya Mydin terbesar di Malaysia.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, Mydin Tunjong menelan kos sebanyak RM250 juta dan disasarkan memperoleh nilai jualan sehingga RM20 juta sebulan.

“Bangunan ini mempunyai tiga tingkat dan disediakan dengan fasiliti seperti bazar, surau, bangunan permainan kanak-kanak dan juga pusat jualan.

“Kita juga menyediakan lebih 400 lot sewaan perniagaan dengan menawarkan 1,000 peluang pekerjaan.

“Kita berharap ia mampu memberi impak positif kepada perniagaan dan ekonomi domestik serta membantu usahawan dan masyarakat tempatan,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Perasmian pembukaan pasar raya berkenaan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunos.

Abdul Rahman Yunos (kiri) turut mengadakan lawatan ke seluruh kawasan jualan Mydin Tunjong di sini.

Abdul Rahman Yunos (kiri) turut mengadakan lawatan ke seluruh kawasan jualan Mydin Tunjong di sini.

Mengulas lanjut, Dr Ameer berkata, antara keunikan lain yang ada di Mydin Tunjong ialah ia mengetengahkan hasil-hasil produk keluaran usahawan-usahawan tempatan dengan adanya Bazar Siti Hawa yang terletak di aras dua bangunan berkenaan.

Katanya, dengan pembukaan cawangan berkenaan, ekonomi penduduk setempat dan negeri dijangka bakal menerima impak positif terutamanya apabila negara telah membuka sektor ekonomi sepenuhnya.

“Kita juga sasarkan jualan yang tinggi sempena pembukaan sempadan nanti dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada semua peniaga yang ada di sini terutamanya masyarakat tempatan.

“Lebih 60 peratus daripada peniaga adalah melibatkan orang tempatan. Ini salah satu usaha kita untuk membantu perniagaan mereka dalam keadaan musim pandemik Covid-19 ini,” katanya.

Orang ramai juga disediakan dengan pelbagai tawaran istimewa sempena pembukaan kali ini bermula 10 hingga 20 Mac termasuklah potongan harga dan sebagainya.

Mydin Tunjong juga turut menyediakan ruang makan dan restoran berkonsepkan medan selera dengan menyajikan pelbagai menu-menu tempatan, termasuklah pelbagai makanan lain dari seluruh negara.

Dengan suasana yang berbeza dan pelbagai perkhidmatan yang disediakan, ia dijangka mampu memberi nafas baharu kepada masyarakat untuk mendapatkan pelbagai barangan di pasar raya berkenaan.

Dr Ameer (kanan) membawa tetamu jemputan melihat bahagian tingkat atas pasar raya berkenaan.

Dr Ameer (kanan) membawa tetamu jemputan melihat bahagian tingkat atas pasar raya berkenaan.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Harga minyak tinggi beri sokongan sementara kedudukan fiskal negara
Next: ‘SAKSAMA BERSAMA’ TEMA SAMBUTAN HARI WANITA 2022

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.