Mydin kini seusia hari kemerdekaan negara

Mydin kini seusia hari kemerdekaan negara

TERKENAL dengan slogan ‘Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!’ Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang merupakan syarikat pemborong dan peruncit terus kekal utuh dan unggul di Malaysia.

Mula bertapak di Kota Bahru, Kelantan dan diasaskan oleh Allahyarham Mydin Mohamed Ghulam Husien pada tahun 1957 iaitu bersamaan dengan tahun kemerdekaan negara ke-62 tahun ini, Mydin terus menjadi pilihan ramai.

Sempena ulang tahunnya kali ini, Mydin memilih tema ‘Mydin 62 Tahun: Utuh Bersama Malaysia’ yang juga sebagai simbolik ulang tahun kemerdekaan ke-62.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk keadaan ekonomi semasa, Mydin terus maju ke hadapan dan kini mempunyai 74 cawangan pasar raya di seluruh negara.

Ameer Ali (tengah) dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman ketika bercakap pada sidang media di Seremban, hari ini.

Ameer Ali (tengah) dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ain Arjuna Aziz Zaman ketika bercakap pada sidang media di Seremban, hari ini.

“Dengan konsep perniagaan berteraskan produk halal, Mydin kini mempunyai 26 cawangan pasar raya besar, 17 Emporium, tiga bazar, lapan supermarket, 12 MyMart, lima Mydin Mart dan tiga cawangan kedai Sam’s Groceria dengan keseluruhan pekerja 8,000 orang.

“Sempena ulang tahun ke-62, saya bersyukur kerana masih boleh terus bertahan dan berkembang walaupun berdepan cabaran yang agak mencabar,” katanya.

Beli-belah di Mydin lebih mudah

Selain itu katanya, beli-belah di Mydin kini jadi lebih mudah dengan penyediaan pembelian secara dalam talian menerusi kerjasama dengan rakan kongsi eksklusif dalam talian di Shopee. platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan.

Menurutnya, kerjasama strategik bersama Shopee itu sebahagian daripada pelan pembangunan Mydin dalam mengembangkan segmen peruncitan dalam talian selepas pelancaran Mydin Online, Klik and Pick tahun lalu.


“Kami menawarkan kemudahan kepada pelanggan setia kami supaya boleh mendapatkan pelbagai pilihan produk dengan lebih mudah selain trend terkini masyarakat gemar berbelanja secara online.

Upara memotong kek sempena ulang tahun ke-62 Mydin.

Upara memotong kek sempena ulang tahun ke-62 Mydin.

“Perkhidmatan Mydin Online Shopping ini dikomersialkan dengan nama Mydin Online, ‘Klik & Pick’ #JomKlikMydin dan aplikasi ini sudah tersedia dan boleh dimuat turun sekarang di aplikasi Google Play Store dan Apple App Store,” katanya.

Promosi ulang tahun ke-62

Dalam usaha berterusan menawarkan penjimatan yang lebih besar kepada pelanggannya, Mydin akan mengadakan Super Brand Day dari 23 September sehingga 29 September ini.

Sementara itu, sempena ulang tahunnya, Mydin menawarkan pelbagai promosi menarik yang diadakan sepanjang 46 hari sambutan bermula 29 Ogos sehingga 13 Oktober ini.

“Kami akan menjalankan promosi harga barangan rendah yang melibatkan lebih 62 barangan. Manakala pelanggan warga emas yang berusia 62 tahun tahun ini, akan menerima baucar Mydin RM5 secara percuma.

“Bagi pelanggan yang memiliki kad keahlian Meriah, boleh menukar satu mata ganjaran kepada satu mata ganjaran Air Asia Big Point dan berpeluang menebus mata ganjaran kepada tiket penerbangan,” katanya.

Perasmian ulang tahun ke-62 Mydin di sini hari ini.

Perasmian ulang tahun ke-62 Mydin di sini hari ini.

Selain itu katanya, pelbagai lagi aktiviti dan peraduan turut dirangka bersama rakan penaja dan pembekal bagi menambah tarikan sepanjang sambutan ini.

“Sambutan ulang tahun ini dianjurkan sebagai komitmen kami dalam menghargai sokongan rakan-rakan penaja, pembekal strategik dan usahawan tempatan terutama Usahawan Kecil dan Sederhana(IKS) serta pelanggan.

“Melalui sambutan ini, pelbagai aktiviti dan promosi menarik di rangka bagi menzahirkan penghargaan kami kepada pelanggan dan masyarakat yang kekal memberi sokongan dan menjadikan MYDIN sebagai pilihan utama untuk membeli belah,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *