Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Community
  • MTPN dan CAN bekerjasama dalam membantu usahawan tembusi bidang perniagaan di peringkat global
  • Community

MTPN dan CAN bekerjasama dalam membantu usahawan tembusi bidang perniagaan di peringkat global

Helmi Aziz July 30, 2024 (Last updated: July 30, 2024) 2 minutes read
WhatsApp Image 2024-07-30 at 8.41.55 PM

Pada hari ini telah berlangsung Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) bersama anak syarikatnya, Connect and Network (CAN), berkolaborasi dengan NW Corporate Advisor Sdn Bhd bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam menganjurkan seminar bertajuk “Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa melalui Program Kerajaan.” Seminar yang diadakan di ibu kota ini bertujuan untuk memberikan panduan dan strategi kepada usahawan dan perniagaan tempatan dalam mengeksploitasi peluang pasaran global melalui sokongan dan program kerajaan.

Lebih 130 usahawan tempatan meraih ilmu berguna mengenai pasaran ekonomi global menerusi penganjuran Seminar Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN). Sebagai pengarah program juga beliau mengumumkan bahawa seminar ini  menampilkan beberapa penceramah terkemuka.

Dengan semangat yang tinggi, Pengerusi CAN, Nicole Ooi Yuet Li, mengumumkan bahawa seminar ini bertujuan untuk memberikan analisis dan panduan praktikal yang akan membantu syarikat-syarikat di Malaysia mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat global.

Penceramah yang dijemput adalah Noraslan Hadi Abdul Kadir, Penasihat Perdagangan Akademi Eksport Malaysia (bekas Pesuruhjaya Perdagangan & Pengarah MATRADE) dan Pengurus Kanan Bahagian Halal, Makanan & Minuman dan Agro berasaskan MATRADE, Badrul Hisham Hilal.

Timbalan Pengarah Bahagian China & Timur Laut Asia MATRADE, Nur Azni Aziz, bersama Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan MATRADE, Remee Yaakub, turut hadir untuk menyampaikan ceramah yang menarik dan berinformasi.

“Pihak kami komited membantu meningkatkan daya saing perusahaan domestik usahawan negara di seluruh dunia,”katanya melalui satu kenyataan.

Selain itu, Timbalan Pengarah Unit Nasihat & Latihan Pengeksport MATRADE, Noor Ezzwanee Ahmad, menyatakan bahawa MATRADE beraspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global.

Katanya,pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi langkah-langkah strategik seperti mengukuhkan daya saing global perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Syarikat Peringkat Pertengahan melalui pendigitalan, kemampanan, dan pembinaan jenama.

MATRADE telah merancang Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (PTPN 2021-2025) yang komprehensif untuk memperkukuh ekosistem perniagaan, demi mencapai matlamat yang lebih besar. Inisiatif ini bertujuan untuk memperbaiki semua aspek dalam dunia perniagaan, menjadikannya lebih dinamik dan berdaya saing.

“MATRADE akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan tertentu seperti usahawan asli, wanita dan golongan muda bagi menyediakan bimbingan intensif yang diadakan selama tiga taun,”katanya.

 

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dari Attack On Titan ke Spy X Family: Cheetah Terus Menyemarakkan Dunia Anime dan Fesyen
Next: Pelancaran Eksklusif Koleksi 9KJ Trishya&Co Bawa Rekaan Unik ke Malaysia

Related Stories

Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Contractors
  • Business & Industry
  • Community
  • Construction
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Real Estate

Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries

Farihin Azlan May 7, 2026
PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.