Meow Cafe dibuka di Kuchai Lama, sedia hidangan seluruh dunia

Meow Cafe dibuka di Kuchai Lama, sedia hidangan seluruh dunia

SHAH ALAM – Restoran pertama di Malaysia yang menghimpunkan pelbagai hidangan tradisional yang merangkumi dalam dan luar negara secara rasmi dibuka di Kuchai Lama.

Meow Cafe yang menghimpunkan hidangan tradisional tersebut dibuka bagi membolehkan pengunjung merasai makanan seluruh dunia dengan persekitaran yang selesa.

“Tidak seperti kafe biasa lain, Meow Cafe direka bentuk sebagai ‘one-stop shop’ untuk pilihan makanan terpilih daripada peniaga tempatan dan negara lain.

“Semua orang boleh mendapatkan masakan khas dan turun temurun dari negeri lain dan luar negara dalam suasana kafe yang berhawa dingin dan selesa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Meow Cafe menampilkan pelbagai juadah terkenal tempatan dan global seperti 328 Katong Laksa Singapura, Penang 3rd Road 888 Mi Hokkien, Mi Kari Kam Long, Mohd Chan Chicken Chop dan Melaka Jonker 88 Laksa Nyonya.

Menurutnya, terdapat juga pelbagai tawaran dan diskaun akan diberikan dari semasa ke semasa kepada pengunjung antaranya diskaun serendah RM1 yang bermula pada 11 Mac hingga 25 Mac ini.

Tambahnya, hidangan unik yang dihidangkan di Meow Cafe diperoleh daripada restoran terkenal dan dimasak oleh chef terkemuka seluruh dunia serta kebanyakan makanan diiktiraf secara meluas.

Dalam masa sama, di Meow Cafe juga terdapat bahagian kopi yang menawarkan kepelbagaian jenis bersesuaian dengan moto ‘coffee temple’.

“Biji kopi kami dari Brazil dan Arabica. Kopi yang dihidangkan di Meow Cafe dikisar dan dibancuh setiap hari untuk memastikan sesiapa sahaja boleh mendapat keistimewaan menikmati secawan kopi segar dan lazat,” katanya.

Terdapat juga hidangan sampingan antaranya Hougang Otah yang terkenal di Singapura.

“Selain itu, pilihan ikan segar dan rempah ratus dibalut dengan daun pisang sedia untuk dipanggang yang boleh dinikmati bersama dengan 328 Katong Laksa.

“Kami juga menyediakan makanan ruji Perancis, Croissant The Loaf yang dibakar segar setiap hari dan ini salah satu croissant terbaik yang pernah anda miliki,” jelasnya.

Meow Cafe juga turut menyediakan Meow Yogurt Ais Krim dan karipap yang mesti dicuba pelanggan kerana dijual dengan harga yang berpatutan.

“Kami menekankan pada rasa dan kesihatan yang mana Aiskrim Yogurt mempunyai lebih rendah lemak, banyak mineral dan nutrien daripada aiskrim tradisional.

“Karipap Meow pula merupakan buatan sendiri kami. Ia dibalut dengan kulit yang segar, kari yang mempunyai tekstur seperti cair, dan ketulan sebenar ayam. Bahagian yang paling menarik ialah inti kentang di dalamnya, lembut dan padu, dibalut dengan pes pedas yang menarik,” katanya.

Selain itu, Meow Cafe turut menawarkan pelbagai makanan sedia untuk dimakan yang boleh dibeli dan dinikmati pada bila-bila masa di mana sahaja.

“Kami juga mempunyai perkhidmatan penghantaran. Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Meow dalam versi iOS dan Android,” katanya.

Menurutnya, bagi pelanggan yang suka OOTD (outfit of the day), di Meow Cafe banyak tempat yang cantik dan hipster untuk mengambil gambar.

Selain itu, pelanggan boleh mendapatkan barangan Meow Meow Signature seperti Meow Beg sejuk, baju-T Edisi Terhad Meow Meow dan banyak lagi pada masa akan datang.

Sumber