Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • McDonald’s Malaysia tunai zakat RM500,000
  • ACTIVITY

McDonald’s Malaysia tunai zakat RM500,000

Helmi Aziz April 8, 2022 2 minutes read
1656061.jpg

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia meneruskan kewajipan membayar zakat perniagaan bagi tahun kelima bernilai RM500,000.

Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, jumlah itu yang tertinggi sejak syarikat berkenaan mula membayar zakat sejak 2017 selepas diambil alih Lionhorn Pte. Ltd iaitu sebuah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.

Menurutnya, sehingga kini syarikat itu telah membayar zakat keseluruhan sehingga RM9.85 juta.

“Bayaran zakat merupakan salah satu inisiatif kami menyumbang kembali kepada masyarakat yang memerlukan selain menjadi teras McDonald’s Malaysia.

“Terima kasih Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) atas penyerahan Sijil Pembayar Zakat kepada syarikat kami.

“Diharap sijil yang dipamerkan di lebih 40 restoran kami di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan meyakinkan masyarakat terhadap Mc Donaldsdan menjadikan kami terus utuh, ” katanya pada majlis penyerahan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia kepada PPZ-MAIWP dan sumbangan kepada keluarga asnaf di Danau Kota di sini pada Jumaat.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman.

Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata, lebih banyak kerjasama strategik antara MAIWP dan McDonald’s Malaysia akan diteruskan antaranya pemerkasaan asnaf melalui sektor pendidikan.

“Di saat ijazah tiada jaminan peluang pekerjaan tetapi MAIWP bersama McDonald’s Malaysia telah memberikan peluang kepada anak asnaf mendapatkan sijil kemahiran vokasional dengan jaminan kerjaya.

“Ini merupakan salah satu kerjasama dalam usaha menjadikan pelajar berkenaan sebagai ejen pengubah nasib keluarga untuk keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hakim merakamkan penghargaan McDonald’s Malaysia yang meneruskan komitmen membayar zakat perniagaan bagi tahun kelima secara berturut-turut.

Jelasnya, sebanyak 37.5 peratus daripada jumlah tersebut akan dipulangkan semula kepada syarikat tersebut untuk menyantuni asnaf melalui program yang telah diatur.

Pada masa sama, beliau berharap kutipan zakat perniagaan pada tahun ini akan terus meningkat bagi memberikan lebih manfaat kepada penerima layak.

“Dalam tempoh tiga bulan sehingga Mac telah menunjukkan peningkatan pembayaran sebanyak 28 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Ini merupakan pencapaian yang baik ketika negara masih berdepan cabaran untuk ekonomi negara,” katanya.

Menurut beliau, zakat perniagaan antara Januari hingga Mac mencatat kutipan sebanyak RM22 juta berbanding RM17.12 juta pada tahun sebelumnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Next: Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.