McDonald’s bakal kurangkan kakitangan korporat

McDonald’s bakal kurangkan kakitangan korporat

SYARIKAT makanan segera McDonald’s merancang untuk mengurangkan beberapa kakitangan korporatnya, lapor Sputnik.

“Kami akan menilai peranan dan tahap kakitangan di bahagian organisasi dan akan ada perbincangan dan keputusan yang sukar akan dibuat nanti.

“Inisiatif tertentu akan dialihkan keutamaan atau dihentikan sama sekali. Ini akan membantu kami bergerak lebih pantas sebagai sebuah organisasi sambil mengurangkan kos global kami dan meningkatkan sumber untuk melabur dalam pertumbuhan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Chris Kempczinski dalam memo kepada pekerja lapor CNN pada Jumaat.

McDonald’s merancang penstrukturan pelan masa depan kakitangan menjelang 3 April. Syarikat itu belum mempunyai jumlah pengurangan kos atau berapa ramai pekerja yang akan dikurangkan.

McDonalds pada masa ini mempunyai lebih 200,000 pekerja korporat dan pekerja restoran milik dan lebih 75 peratus pekerjaan itu berpejabat di luar Amerika Syarikat (AS). – Bernama

Sumber