Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia terus kenal pasti rakan kongsi untuk tingkat ekonomi halal
  • ACTIVITY

Malaysia terus kenal pasti rakan kongsi untuk tingkat ekonomi halal

Helmi Aziz April 6, 2019 2 minutes read
254829.jpeg

MALAYSIA terus giat mengenal pasti rakan kongsi bagi meningkatkan ekonomi halal walaupun berdepan ketidaktentuan politik dan ekonomi global.

Naib Presiden Pembangunan Industri Perbadanan Pembangunan Industri Halal Sdn Bhd (HDC), Hanisofian Alias berkata, memandangkan keadaan ekonomi yang tidak stabil, adalah penting bagi pengeluar halal dunia menyokong dan saling melengkapi bagi mengekal dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Kami tidak dapat menghasilkan segala-galanya secara bersendirian, oleh itu, kita memerlukan satu sama lain untuk membina daya saing dan menyediakan akses pasaran.

“Sebagai contoh, baru-baru ini kami menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Korea Selatan. Ini akan membolehkan kita mempelajari teknologi terbaharu mereka dan memasarkan produk negara di sana. Mereka juga akan mempelajari lebih lanjut mengenai halal dan boleh memasarkan beberapa produk mereka di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Persidangan Halal Dunia ke-11 (WHC ) 2019 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata, Malaysia juga telah mengikat perjanjian serupa dengan Taiwan, Jepun dan Kesatuan Eropah.

Mengulas lanjut, Hanisofian berkata, HDC juga menyasarkan India untuk menjadi rakan kongsi kerana negara itu merupakan antara 10 rakan dagang utama Malaysia tahun lalu.

“Kami melihat potensi besar untuk mengeksport bahan mentah halal dan barang pemprosesan makanan termasuk produk minyak sawit.

“Bagaimanapun, kita perlu melakukan kajian lanjut mengenai ekonomi India, tahap penerimaan dan akses pasaran sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya.

Mengulas mengenai penerimaan halal, Hanisofian berkata, masih ada jurang besar dalam pemahaman orang ramai mengenai makna halal dan logo halal, oleh itu masih banyak yang perlu dilakukan dalam berkomunikasi dan mendidik masyarakat dunia mengenai hal itu.

“Sesetengah masyarakat di dunia masih dipengaruhi oleh Islamophobia, tugas kami adalah untuk memberitahu mereka mengenai maksud halal, makna logo dan nilai yang dibawa.

“Salah satu cara adalah dengan menghubungkannya dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Menggunakan platform seperti SDG, ia adalah titik permulaan bukan hanya mengenai halal memandangkan ia juga mengenai tanggungjawab kepada masyarakat setempat. Ini akan lebih diterima oleh orang bukan Islam,” katanya. -Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: DuitNow tawar hadiah bernilai RM4 juta
Next: CIMB salur RM12 bilion bantu golongan B40

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.