Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia ke arah 10 tangga teratas indeks daya saing digital global
  • ACTIVITY

Malaysia ke arah 10 tangga teratas indeks daya saing digital global

Helmi Aziz February 21, 2022 2 minutes read
1504801.jpg

KUALA LUMPUR – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yakin Malaysia mampu mencapai peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.3 peratus sekiranya penambahbaikan kepada peraturan berkaitan perniagaan dilaksanakan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, inisiatif yang diperkenalkan secara digital itu tidak hanya memperkukuhkan persekitaran perniagaan melalui penyampaian peraturan berkualiti malah turut membantu melonjakkan prestasi Malaysia di tangga 10 teratas dalam Indeks Daya Saing Digital Global.

Beliau berkata, kedudukan negara dalam infrastruktur teknologi menunjukkan trend menurun ke tangga 20 pada tahun 2021 berbanding pada tahun 2020 dan 2019.

“Seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), terdapat perbezaan dasar dan peraturan berkaitan dengan penyediaan infrastruktur digital di setiap negeri.

“Salah satu usaha untuk menambahbaik kedudukan petunjuk ini adalah mempercepatkan pembinaan infrastruktur digital melalui perlaksanaan sesi libat urus secara berterusan bagi meningkatkan kefahaman industri mengenai usaha kerajaan dalam menambahbaik persekitaran perniagaan terutama berkaitan dengan pembinaan infrastruktur digital di tepi lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kerjasama kementerian dan agensi berkaitan juga perlu dipertingkatkan bagi pengharmonian data infrastruktur yang penting dalam merangka intervensi bersesuaian untuk mengatasi isu pembinaan infrastruktur digital.

“Inisiatif ini diharap dapat memperbaiki kedudukan negara ke-10 teratas dalam infrastruktur digital menjelang 2025,” katanya.

Inisiatif berkenaan telah dibentangkan dalam Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Abdul Latif berkata, MPC memberi tumpuan kepada pengurusan perubahan yang diterajui bersama MyDIGITAL Corporation dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah), Nexus Produktiviti, kementerian dan agensi bagi menyokong daya saing digital negara.

Katanya, teknologi dan digitalisasi merupakan faktor penting kepada pertumbuhan produktiviti yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

“MPC turut menjalankan deep-dive ke atas petunjuk daya saing bagi mengenalpasti isu spesifik yang menjadi cabaran kepada daya saing negara bagi pelaksanaan penambahbaikan.

“Proses penambahbaikan ini dilaksanakan secara bersama antara sektor awam dan swasta melalui pendekatan inovasi kolaboratif,” jelasnya.

Beliau menambah ujikaji peraturan akan dijalankan bagi meningkatkan prestasi Malaysia menerusi Indeks Daya Saing Digital Global. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fullmoon Pictures melancarkan francais media ‘ THE SUMMIT-97’ bernilai RM150 juta
Next: Takashi Obata dilantik Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.