Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • LTAT swastakan Boustead dengan nilai RM703 juta atau 85.5 sen sesaham
  • ACTIVITY

LTAT swastakan Boustead dengan nilai RM703 juta atau 85.5 sen sesaham

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
2112996.jpg
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menswastakan Boustead Holding Berhad dengan nilai RM703 juta atau 85.5 sen sesaham. -Foto DagangNews

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menswastakan Boustead Holding Berhad dengan nilai RM703 juta atau 85.5 sen sesaham. -Foto DagangNews

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan menswastakan Boustead Holding Berhad dengan nilai RM703 juta atau 85.5 sen sesaham.

LTAT telah mengeluarkan notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada Lembaga Pengarah Boustead untuk baki 823 juta saham dalam Boustead atau 40.58% yang tidak dipegang oleh LTAT.

Untuk makluman, Boustead merupakan anak syarikat LTAT dengan kumpulan itu memiliki saham sebanyak 59.42%.

Boustead merupakan konglomerat pelbagai dengan perniagaan teras yang merangkumi sektor perladangan, hartanah, perindustrian, farmaseutikal, industri berat, perdagangan, kewangan dan pelaburan.

LTAT berkata, tawaran itu tidak bersyarat pada tahap minimum penerimaan kerana mereka sudah sudah memegang lebih daripada 50% saham mengundi dalam Boustead.

Bagaimanapun tawaran itu adalah bersandarkan kepada kelulusan Menteri Kewangan atau syor Bank Negara Malaysia (BNM) atau kelulusan BNM dibawah Seksyen 87 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Seksyen 99 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) untuk membenarkan pihak yang menawar memperoleh sehingga 100% kepentingan ekuiti Boustead.

Katanya, pengecualian BNM daripada mematuhi Seksyen 110 FSA dan Seksyen 122 IFSA berhubung dengan keperluan untuk LTAT dan/atau syarikat yang dinamakannya diluluskan sebagai syarikat pemegangan kewangan Affin Bank Berhad dan entiti berlesen yang berkaitan.

“Syarat-syarat ini mestilah dipenuhi dalam tempoh 21 hari selepas tarikh tutup pertama, seperti yang ditetapkan dalam Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pengambilalihan Wajib yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Tawaran tersebut merupakan langkah signifikan bagi LTAT dalam pengambilalihan Boustead yang membolehkan fleksibiliti untuk melaksanakan pelan pemulihan kumpulan itu bagi memastikan kemampanan tabung untuk Angkatan Tentera serta pesara tentera, selaras dengan pelan transformasi LTAT yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, LTAT pada masa ini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memberhentikan atau menstruktur semula pekerja Boustead sebagai akibat langsung daripada tawaran tersebut.

“Tawaran itu bukanlah tawaran mandatori daripada LTAT untuk memperoleh semua baki saham mengundi dalam Affin Bank Berhad, Boustead Plantations Berhad, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad dan Pharmaniaga Berhad yang belum lagi dipegang oleh LTAT secara langsung atau tidak langsung.

“Ia kerana LTAT mempunyai kawalan berkanun terhadap Boustead,” katanya. – DagangNews.com

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tekstur unik, polos hijab Putri N. Rex
Next: Magis motif alam, hidupan safari

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.