Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Lotus’s raikan kepelbagaian budaya Malaysia
  • ACTIVITY

Lotus’s raikan kepelbagaian budaya Malaysia

Helmi Aziz August 31, 2022 2 minutes read
1892742.jpg

LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melancarkan Fiesta Nusantara bersama Lotus’s di lima cawangannya bermula dari Lotus’s Kajang, Selangor pada malam Selasa sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Ketua Unit Pusat Beli-Belah Lotus’s Malaysia, Antony Spillett berkata, fiesta itu diadakan bermula 26 Ogos hingga 4 September 2022 yang membolehkan masyarakat berkumpul untuk bersama-sama merasai, menghargai budaya dan makanan tradisi negara.

Menurutnya, pengunjung akan dapat menikmati pelbagai pilihan makanan Asia Tenggara dari 80 gerai yang tersedia dan mengambil peluang untuk membeli-belah pelbagai produk yang ditawarkan termasuk seni dan kraf, aksesori, fesyen dan penjagaan kecantikan.

“Fiesta Nusantara bersama Lotus’s ini merupakan platform yang menarik di mana terdapat pelbagai vendor dari seluruh pelusuk Malaysia berkumpul untuk mempromosikan makanan istimewa dan produk-produk tempatan yang hebat.

“Karnival ini akan membangkitkan minat masyarakat dan memberi peluang kepada generasi muda untuk merasai kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Antony berkata, tujuan karnival ini diadakan adalah untuk membantu dan menyokong perniagaan-perniagaan tempatan melebarkan sayap mereka dengan membuka peluang untuk berniaga.

“Fiesta Nusantara dengan Lotus’s akan meneruskan jerayawaranya ke cawangan Lotus di seluruh negara, bermula dari kawasan tengah di Lotus’s Ampang, Lotus’s Puchong, Lotus’s Bukit Beruntung, dan Lotus’s Mutiara Damansara.

“Karnival ini adalah percuma, semua pengunjung dialu-alukan untuk menikmati, menyelami dan berbangga dengan budaya yang berwarna-warni yang telah menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan serta kaya dengan perayaan,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Elmina Valley Five kediaman pegangan bebas kini berada pada fasa terakhir
Next: Asniza mekanik pendingin hawa kereta

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.