Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Lapangan terbang seluruh negara bersedia pembukaan semula
  • ACTIVITY

Lapangan terbang seluruh negara bersedia pembukaan semula

Helmi Aziz April 1, 2022 2 minutes read
1646690.JPG

KUALA LUMPUR – Lapangan terbang di seluruh negara bersedia untuk memastikan pengalaman yang selamat dan lancar buat semua pengguna lapangan terbang, sejurus sempadan dibuka semula esok selepas dua tahun ditutup sejak Mac 2020.

Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dalam kenyataan pada Khamis berkata, kumpulan itu komited dalam memastikan standard tinggi yang konsisten di lapangan terbang.

“Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, kami telah mengadakan libat urus harian dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan operasi lapangan terbang berjalan lancar.

Tiada yang tertinggal dari perhatian kami.

Bukan sahaja kami melihat pada semua aspek perjalanan penumpang, kami juga memastikan pematuhan pada semua peraturan penerbangan,” katanya.

Beliau berkata, antara penambahbaikan yang dibuat termasuk memendekkan proses dokumentasi ketika ketibaan dengan meminta penumpang menyempurnakannya di aplikasi MySejahtera sebelum berlepas dari negara asal mereka.

Kawasan beratur di kaunter Imigresen juga telah diluaskan untuk keselesaan penumpang, tambahnya.

Beliau berkata bagi memudahkan lagi penumpang, fasiliti saringan kesihatan swasta disediakan di lapangan terbang antarabangsa yang berfungsi sebagai pusat sehenti dengan perkhidmatan pratempah menerusi portal dalam talian, bagi penumpang menjalani ujian RTK-Ag profesional.

Berdasarkan jadual penerbangan yang telah difailkan, lapangan terbang seluruh negara dijangka menerima 119 penerbangan pada hari pertama pembukaan semula sempadan negara (esok).

Malaysia Airports turut meramalkan pergerakan kira-kira 20,900 penumpang antarabangsa pada 1 April, iaitu enam kali lebih banyak daripada purata pergerakan harian penumpang antarabangsa pada 2021.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Chester Voo berkata pihaknya telah menjalankan penyeliaan keselamatan efektif ke atas lapangan terbang dan operator penerbangan di Malaysia dan pihaknya berpuas hati dengan tahap pematuhan pada peraturan dan norma baharu.

“Ini sesuatu yang menggalakkan, ketika industri penerbangan bersedia untuk permulaan semula yang selamat. CAAM ingin memuji Malaysia Airports dan operator penerbangan yang mengambil serius pematuhan ini demi keselamatan orang ramai,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bestari mahu perkasa produk kepada pemain industri
Next: OPPO sekali lagi mendahului dalam pengecasan SUPERVOOC dan sambungan berkelajuan tinggi kepada pengalaman 5G rakyat Malaysia masa hadapan.

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.