Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Lampin pakai buang, tuala wanita diiktiraf halal dilancar
  • ACTIVITY

Lampin pakai buang, tuala wanita diiktiraf halal dilancar

Helmi Aziz April 20, 2019 2 minutes read
256162.jpg

MENEPATI konsep halalan toyyiban, sebuah syarikat mengeluarkan produk lampin pakai buang bayi dan orang dewasa serta tuala wanita halal pertama di dunia.

Lampin pakai buang bayi jenama Bae Bae dan tuala wanita Flowra keluaran syarikat Bio Integrasi Global Sdn Bhd itu menerima status pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pegawai Ekskutif Bio Integrasi Sdn Bhd, Datuk Paduka Shahrizal Sarip berkata, dua produk itu menggunakan bahan yang bukan sahaja disahkan halal malah selamat digunakan.

“Produk Bae Bae adalah ia direka bagi membolehkan bayi dan kanak-kanak bergerak dengan selesa termasuk bahagian pinggang yang lembut dan nipis.

“Bagi produk tuala wanita Flowra, ia didatangkan dengan teknologi yang membolehkan penyerapan tanpa kebocoran selain mampu lebih bertahan lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil halal dan pelancaran dua produk itu sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2019 di Pusat Pameran Antrabangsa (Mitec), di sini.

Status pengiktirafan halal daripada Jakim diserahkan oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Shahrizal berkata, tuala wanita dijual pada harga di antara RM4 hingga RM7, sementara lampin pakai buang ditawarkan pada harga bermula RM45.

Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Bio Integrasi Sdn Bhd, David Chen Kon Foon berkata, syarikat itu menyasarkan untuk menguasai lima peratus pasaran bagi tempoh lima bulan.

Katanya, buat masa ini lampin pakai buang Bae Bae dan tuala wanita Flowra dijual atas talian namun akan berada di kedai fizikal dalam tempoh terdekat.

“Sebanyak 80 peratus pengguna yang mencuba produk kita kembali kepada kita dan memberikan pujian yang tinggi,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, buat masa ini produk keluaran Bio Integrasi Global itu dihasilkan di China tetapi syarikatnya merancang untuk membina kilang yang canggih dan moden di Malaysia.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sembelit pun boleh sebabkan slipped disc..
Next: Petron jalin kerjasama dengan pereka fesyen Alia Bastamam

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.