Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • KMDI jangka besarkan modal operasi kepada RM400 juta
  • ACTIVITY

KMDI jangka besarkan modal operasi kepada RM400 juta

Helmi Aziz April 21, 2022 2 minutes read
1670708.jpg

SYARIKAT KMDI Harta Berhad menyasarkan peningkatan modal operasi kepada RM400 juta bagi tujuan pembinaan rumah mampu milik dan komersial, perlombongan sumber mineral, ladang kenaf, pembinaan serta pengeksportan bahan mentah.

Oleh itu, pihak tersebut melantik syarikat Citadel Trustee Berhad sebagai pemegang amanah yang berperanan sebagai pengumpul dana bagi tujuan tersebut.

Pengarah Urusan KMDI Harta Berhad, Datuk Azjuriyahti Azlan berkata, pihaknya akan turut melantik Penasihat Syariah untuk memperkemaskan memorandum informasi yang kemudiannya dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam masa terdekat.

Pada masa sama, pihaknya berkata akan menerbitkan saham syarikat dalam masa terdekat.

“KMDI turut bekerjasama dengan Kerajaan Pahang untuk perumahan dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dengan menggunakan teknologi tercanggih di Malaysia dalam sektor perlombangan mineral untuk ladang kenaf dan kilang IBS.

“KMDI mempunyai banyak projek pembangunan di Malaysia, oleh itu kita memerlukan dana yang lebih besar untuk tujuan demikian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Surat Perlantikan Pemegang Amanah di Hotel Wyndham Acmar Klang, di sini pada Rabu.

Majlis menandatangani Surat Perlantikan Pemegang Amanah yang disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan KMDI, Datuk Sri Zailan Abd Ghapar.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Citadel Trustee Berhad, Amir Mokhtar turut menjelaskan peranan pemegang amanah dalam mengendalikan dana daripada pihak-pihak lain yang ingin melabur kepada syarikat KMDI.

Ujarnya, mana-mana syarikat yang ingin mengumpul dana harus melantik sebuah syarikat amanah bagi tujuan tersebut.

“Mana-mana pihak yang ingin melabur kepada syarikat lain tidak boleh memasukkan dana terus ke dalam akaun bank pihak itu. Jadi, pemegang amanah dilantik untuk mengendalikan kemasukan wang tersebut.

“Dalam perjanjian yang dimeterai, mana-mana pihak pemegang amanah yang ingin menamatkan pelantikan ini perlu memberi notis penamatan.

“Jadi, pelantikan ini kekal selagi mereka tidak menghantar notis penamatan,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Masjid Felda Air Hitam lokasi utama World #QuranHour di Johor
Next: World #QuranHour pilih surah Al-Sajdah

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.