Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Kilang NBL terbesar dibangunkan di Kedah Rubber City
  • ACTIVITY

Kilang NBL terbesar dibangunkan di Kedah Rubber City

Helmi Aziz February 9, 2022 2 minutes read
1443572.jpeg

KUALA NERANG – Sebuah kilang getah nitril butadiena (NBL) terbesar di dunia akan dibangunkan di Kedah Rubber City (KRC) bermula tahun ini.

Ia bakal direalisasikan dengan termeterainya kerjasama antara pelabur perintis di KRC, Hong Seng Consolidated Bhd (Hong Seng) dengan Mitsui & Co (Malaysia) Sdn. Bhd.

Pengerusi Bukan Eksekutif Hong Seng, Datuk Muhamed Suffian Awang berkata, syarikat itu yakin pelaburan bernilai RM3 bilion itu mampu merancakkan pembangunan KRC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

“Pelaburan kerjasama strategik bernilai RM3 bilion ini bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk menikmati manfaatnya tetapi meliputi seluruh penduduk di negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian projek strategik NCER-Kedah Rubber City di Ladang Bukit Ketapang.

Menurutnya, pembukaan kilang di taman perindustrian tersebut dijangka memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat terutama dalam kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

“Saya percaya pembinaan kilang ini akan memberi peluang kepada industri kecil, SME dan vendor untuk turut serta bersama kita di KRC.

“Kerjasama Mitsui & Co ini juga diharapkan dapat memperhebatkan lagi pembangunan di KRC,” ujarnya.

Muhamed Suffian berkata, sehubungan itu, pihaknya mempelawa individu berkemahiran dalam bidang berkaitan untuk menyertai mereka dalam merebut pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan.

“Anak Kedah yang berkemahiran kini tidak lagi perlu keluar dari Kedah untuk mencari kerja, mereka boleh bersama kami menyokong usaha KRC dengan berbakti di negeri sendiri,” katanya.

Menurutnya, industri hiliran juga akan berkembang selaras dengan pembangunan KRC terutama selepas taman perindustrian itu beroperasi sepenuhnya.

“Limpahan ekonomi akan dirasai di daerah Padang Terap khususnya penduduk setempat dalam masa terdekat.

“Malah bekalan produk berkaitan NBL yang kebanyakannya diimport akan dapat dikukuhkan di sini dengan kehadiran Mitsui dan Hong Seng,” jelasnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Next: Maxis bincang dengan kerajaan pelaksanaan 5G

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.