Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Khazanah mampu bangkit semula: Penganalisis
  • ACTIVITY

Khazanah mampu bangkit semula: Penganalisis

Helmi Aziz March 10, 2019 3 minutes read
218274.jpg

KHAZANAH Nasional Bhd memiliki pelan perniagaan semasa yang kukuh dan mantap di bawah kerajaan baharu bagi prestasinya untuk jangka panjang, kata penganalisis.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Khan berkata walaupun mencatat kerugian bagi tahun kewangan 2018, perancangan masa depan Khazanah sebaliknya berteraskan hala tuju yang tepat, meyakinkan serta kukuh untuk membolehkan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu kembali meraih keuntungan.

Namun, tegas beliau, usaha tersebut perlu membabitkan langkah pengasingan aset Khazanah kepada aset komersial dan strategik selain menjual aset bukan strategik.

“Khazanah bukanlah satu-satunya dana kerajaan yang mengalami kerugian (pada 2018), malah pihak dana pencen kerajaan Norway yang besar turut mengalami nasib sama apabila kerugian kira-kira AS$57 bilion.

“Bagi saya, punca utama kerugian Khazanah itu adalah turun naik pasaran ekuiti yang ketara di semua papan dagangan, khususnya akibat pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang berlanjutan. Malah, Bursa Malaysia juga terus diniagakan dalam prestasi mendatar pada masa ini,” katanya.

Khazanah mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.271 bilion pada 2018 berbanding keuntungan sebelum cukai RM2.90 bilion setahun sebelumnya iaitu kerugian pertamanya dalam tempoh sedekad.

Keuntungannya turut dijejaskan oleh pengurangan penjualan, pendapatan dividen lebih rendah serta peningkatan susut nilai ketika tempoh transisi atau peralihan Khazanah dalam keadaan pasaran yang suram.

Mengulas selanjutnya, Nazri berkata keutamaan Khazanah pada masa ini adalah menyokong inisiatif ekonomi kerajaan.

Ini termasuk berupaya memberi lebih banyak tunai kepada kerajaan menerusi langkah penjualan atau mengurangkan lebihan ekuiti dalam syarikat berkaitan kerajaan.

“Apa yang penting adalah tadbir urus yang positif, ketelusan dan amalan pelaburan berhemat selain memastikan bahawa Khazanah bebas daripada campur tangan politik. Ia (pengurusan) harus dikendalikan mereka yang profesional.

“Saya rasa Datuk Sharil Ridza Ridzuan (Pengarah Urusan Khazanah) yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mahir untuk menguruskan Khazanah sebagai pelabur institusi yang aktif,” katanya.

Pada tahun lepas, kerajaan telah melakukan penyusunan semula Khazanah yang turut menyaksikan perubahan kepimpinan Lembaga Pengarah dan pengurusan selain mandat serta objektif yang diberi nafas baharu.

Khazanah turut melakukan semakan dan penilaian semula pelaburannya yang jelas dipaparkan menerusi prestasi kewangan 2018 berkenaan.

Selain itu, Nazri juga berpendapat Khazanah perlu mengelak kelas aset yang ‘asing’ atau bukan bidang yang seiring dengan kepakaran dana itu.

Malah, Khazanah perlu mengelak daripada mengulangi kesilapan dana minyak negara di Qatar dan China yang terlalu bergantung kepada satu-satu aset, melakukan terlalu banyak usaha pempelbagaian selain membeli ekuiti dan hartanah swasta yang besar dan berada di luar wilayah masing-masing.

“Kerajaan perlu memberi lebih banyak ruang dan kebebasan kepada Khazanah selain membolehkannya menimba amalan terbaik dana kerajaan di China dan Rusia,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: AirAsia tawar 5 juta tempat duduk harga promosi
Next: Jawapan kepada pilihan berpantang secara tradisional atau moden

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.